Halaman

Wrapping Online Seller yang Kur Semangat!

Salam..

Haritu Kaklong beli online kat Shopee..
Tengok apa Kaklong dapat..

Opocot!

Ngaaaaaaaaaaaaa....

Terkejut saya..
Dengan plastik sampah pun bole ek..
Kuang...kuang...kuang...

Sekali tengok macam mayat je..
Erm... seram...

Bila Kaklong tunjuk kat FB rata-rata semua macam okay je dengan packaging macam ni..
Erm...
Yeke...

Rata2 yang komen positif tu ialah online seller, oleh itu macam paham je kenapa dorang okay sangat dengan penampakan ni...
Kaklong okay je, siap gelak lagi bila dapat ni..

Cuma sebagai peniaga online, Kaklong sendiri pun tak tergamak nak wrap dengan plastik sampah untuk pos kepada customer...

Apapun Kaklong harap korang tak buat la macam ni..
Sebab bukan semua customer okay...
Ada yang jenis cerewet..

Pengalaman Kaklong, ada juga customer komplen pasal wrap Kaklong tak cantik.
Secara logiknya, barang tu semua akan dicampak ke van poslaju, bertukar2 tangan dan buruk juga..
Jadi perlu ke buat packaging yang cantik giler, bila akhirnya lunyai juga bila sampai di tangan mereka..

Tapi itu la...

Kalo kita tak mau memuliakan diri kita sebagai peniaga dimata pembeli;
Sekurang-kurangnya muliakanlah barang jualan kita dan si pembeli yang secara spesifiknya memilih kita untuk meleburkan duit yang mereka bertungkus-lumus cari tu..

Paling normal pun wrap dengan kertas coklat tu dan balut dengan plastik pembalut buku teks tu..
Tu la yang Kaklong buat untuk pos barang yang tak muat dalam plastik Poslaju

Customer rasa hepi bila dapat packaging yang elok..
Dan lagi dorang hepi, lagi dorang nak show off kat social media siap mention kita lagi..
Pengiklanan percuma tu..

Wassalam..

6 ulasan:

  1. huhu sampai macamtu sekali. agaknya masa nak bungkus barang tu depan mata dia ada plastik sampah, itu dia capai saja kot. betul tu setengah cust dia akan komplen tau sebab tak pentingkan kualiti barang tu huhu

    singgah klik iklan kaklong :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/10-tips-penjagaan-bateri-iphone.html kalau sudi jemput join ga elsa tau :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Kaklongpernah baca entry tak puas hati sebab kotak kasut yg dia dapat tu bukan kotak kasut khas kasut yang dia beli. Panjang betul entry dia, walaupun secara logik ia cuma kotak.
      Wrapping ni tak boleh main2 dengan customer yang cerewet.

      Padam
  2. sy pernah beli satu flower crown..packing nya sangat mengecewa kan..huhu
    sy minta tolong kawan utk transfer lepas tu dia terlebih amount, seller tu kata baki dia akan masukkan dalam parcel..tapi bila parcel sampai takda pun dia masukkan lebihan baki tu huhu
    bertambah-tambah kecewa sy masa tu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai, tak pulang baki pula.
      Cuba tanya kot2 dia terlepas pandang..

      Packaging buruk mmg agak mengecewakan kita sebagai pelanggan.. :(

      Padam
  3. taktau nak gelak ka nak marah..heheh sabojelaaa~

    BalasPadam

Komen la sikit ^^