Halaman

Copy Paste : Mengapa Saya Pilih yang Semulajadi?

Salam..

Kaklong ada terbaca kat FB Hafiz Sulaiman (rasanya dia ni doktor kot); yang berbicara tentang makanan atau lebih tepat lagi buah2 dan sayuran GMO (genetic Modified Organism).

Kalo diikutkan hampir semua makanan yang kita makan ni adalah GMO.
Nak cari yang semulajadi dan organik tu cam susah sikit.
Kalo ada pun, mahal harganya.. T__T

Kat sini Kaklong copy paste sebiji sebuntat apa yang beliau tulis kat POST FB NI untuk pedoman kita bersama.

Kalo nak lebih info bole gi tengok kat link yang Kaklong taruk kat atas tu dan baca post2 beliau sebelom ni dan selepas ni.. Jangan lupa follow tau..

Jenama terkenal dunia


MENGAPA SAYA PILIH YANG SEMULAJADI (ALAMI)
BAB 1: GMO & HYBRID
.
.
Realiti kehidupan di dunia zaman moden ini amat mencabar bagi yang mementingkan keaslian bahan makanan mahupun penjagaan badan. Kelahiran bahan-bahan kimia, teknologi penghibridan, pengubahsuaian genetik (GMO) mengubah dan menyelamatkan situasi kekurangan makanan global serta menjadikan kehidupan lebih mudah. Namun pada masa yang sama ia menimbulkan masalah baharu. Antara yang menimbulkan kegusaran saya ialah:
.
.
1) Buah-buahan yang besar,lebih rangup dan lebih manis dihasilkan menggunakan teknik "hybrid". Ia meningkatkan gula fruktosa di dalamnya.
.
2) Jagung ubahsuaian genetik (GMO) mendatangkan hasil berlipat ganda yang menjadi bahan utama penghasilan gula tinggi fruktosa. Gula fruktosa mempunyai permintaan yang tinggi kerana wabak ketagihan fruktosa yang semakin berleluasa.
.
3) Wabak gandum perosak lapisan sepanjang sistem pencernaan dan menyebabkannya telap atau "bocor" dikaitkan dengan masalah alergi, autoimuniti dan kerosakan tisu dan organ. Gandum moden melalui teknik penghibridan ini lebih tinggi kandungan "racun" gluten bahkan kekurangan protein dan zat mineral lainnya. Sebagai balasannya, gandum hibrid memberi untung lebih kepada pengeluar kerana lebih besar saiznya dan hasilnya lebih tinggi.
.
4) Tanaman hasil GMO kebal GLYPHOSATE, racun rumpai paling berleluasa digunakan telah diperkenalkan. Racun glyphosate ini membunuh rumpai namun tidak menjejaskan tanaman GMO kebal glyphosate ini seperti soya GMO, jagung GMO dan sebagainya.
Menurut kajian, penggunaan glyphosate ini dianggarkan lebih 100 kali ganda berbanding penggunaan pada tahun 1970an.
Pada Mac 2015, W.H.O International Agency for Research on Cancer (IARC) mengumumkan bahawa racun rumpai glyphosate ini berkemungkinan menyebabkan kanser. Satu kajian pada ogos 2015 mendedahkan kesan toksik glyphosate ini pada paras yang dibenarkan dalam makanan.
Namun pada Jun 2016, UN Food and Agriculture Organisation (FAO) dan WHO merumuskan bahawa glyphosate ini “unlikely to pose a carcinogenic risk to humans from exposure through the diet”.
.
.
Maksud dalam bahasa mudah faham ialah, glyphosate tidak kelihatan menyebabkan risiko kanser jika dimakan. (Ada sesiapa berani togok racun rumpai?)
.
Malang bagi mereka kerana terdapat pendedahan membuktikan bahawa institusi penyelidikan yang dioperasikan oleh pengerusi perjumpaan FAO/WHO ini dibiayai syarikat pengeluar racun rumpai glyphosate ini..iaitu MONSANTO. Professor Alan Boobis merupakan naik presiden manakala Professor Angelo Moretto merupakan lembaga pengarah International life science institute (ILSI) yang dibiayai jutaan ringgit oleh syarikat Monsanto dan syarikat berkepentingan.
.
.
Sedarlah wahai tuan-tuan dan puan-puan, makanan harian termasuk hasil tanaman dan ternakan kita kebanyakannya adalah hasil ubahsuai manusia yang mendakwa makanan ini selamat dan lebih baik. Benar, GMO dan penghibridan membasmi masalah kebuluran dan kekurangan makanan..Namun begitu, ia menimbulkan masalah baru iaitu berlebihan makanan dan juga kemunculan penyakit-penyakit kronik "slow silent killer" yang berpunca daripada kerosakan sistem pencernaan. Antara perosak utamanya ialah makanan bergluten tinggi akibat hibrid , susu lembu mutasi, makanan proses yang ditambah vitamin dan zat secara tiruan dan kepalsuan. Manakan sama dengan ternakan dan tanaman ciptaan Allah yang seimbang dan sempurna?
.
Senarai makanan utama hasil GMO:
1) Soya
2) Jagung
3) Canola
4) Betik
5) Gula termasuk HFCS dan aspartame
6) Tomato
7) Ubi kentang
8) Cereal dan makanan proses kebanyakannya.
Apa yang dikatakan "paras selamat" mungkin akan terbukti penyebab kanser dan toksin kepada genetik anda di masa akan datang. Oleh kerana saya meragui kajian yang syubhah dari golongan dan institusi berkepentingan, saya dan keluarga saya berazam memilih untuk mengelakkan makanan jenis GMO yang mengandungi glyphosate ini.. saya pilih organik mana yang mampu..dan elakkan makanan pasti GMO seperti soya,canola dan jagung.
wallahua'lam.
.
.
Semoga artikel ini sedikit sebanyak menyumbang kepada penglabelan GMO dalam makanan harian kita :)
.
.
Ikhlas,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Nak get rid terus GMO dalam kehidupan kita ni memang susah; kecuali kalo kita pandai grow our own food atau berkebun. (Amboi, nak cakao omputeh sangat padahal perkataan "berkebun" je pun.. Ngahaa..)

KAlo tak dapat elakkan semua, dapat kurangkan separuh pun dah okay..
KAlo tengok zaman sekarang ni ramai yang mengalami masalah metabolism dan kesuburan (Kaklong la tu.. T__T) yang bersangkut paut sangat dengan ketidakseimbangan hormon; padahal bukan la peminat tegar fast food dan jajan dan instant food pun...

Kaklong dah jadi salah sorang mangsa (mungkin), diharap adik2 dan anak2 yang masih membesar ni dapat berbuat sesuatu sebelomsistem badan rosak..

Semoga perkongsian ni bermanfaat.. ^_^

Wassalam..


5 ulasan:

  1. Memang susah untuk menjaga kesihatan pada hari ini. Segala sayuran dan buah-buahan banyak yg tidak selamat. Lainlah kalau kita tanam sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la.. Buah n sayur pun GMO ditambah pula dnegan pestiside :(

      Padam

Komen la sikit ^^