Halaman

Review Kaklong Tentang AJL31

Salam..

Dah 10 tahun kot Kaklong tak tengok Anugerah Juara Lagu..
Ahad lepas Kaklong masih berada kat kampung dan adik-adik cakap "nak tengok Juara Lagu malam ni. Banyak lagu best best. Aiman Tino, Sufian Suhaimi pun ada..."
Wow! Kaklong nak tengok Sufian Suhaimi nyanyi lagu Terakhir.

Nak dekat pukul 9 malam tu, angin masih kuat dan Astro pula takde siaran.
Ntah hape-hape je kan..
Pastu pukul 9.05 malam masih takde siaran..

Tiba-tiba teringat pula, mungkin ada live streaming..?
Sebelom ni selalu juga dengar pengacara rancangan live bagitau ada live streaming kat xxx..
Cuma Kaklong tak pernah amik port sebab ada TV kan..

Cari punya cari akhirnya dapat.
Kitorang tengok kat tonton.com.my

Tapi masa buka tu dah turn Aiman Tino..
Dah separuh dah dia nyanyi..
Frust rasa..
Orang nak tengok dia nyanyi dari awal..

Ramai kawan2 FB kata dia nyanyi tak best langsung..
Tak apa la tak best pun..
Yang dipertandingkan ialah lagu.. Yang penting lagu best..

Apapun Kaklong puas hati dengar Sufian Suhaimi nyanyi..
Kaklong suka melodi lagu Terakhir tu..
Kaklong harap lagu tu menang, tapi ayah cakap liriknya tak cukup indah untuk menang..
Betul juga tu..
Tak begitu terkesan dengan lirik tu, apa yang best cuma melodinya..

Suara Sufian mungkin terlalu muda untuk lagu tu..
Soul pun kurang sikit.. Macam tak rasa kesakitan bila nyanyi lagu tu..
Tapi alunan suaranya sedap..
Mungkin bila masuk 30-an nanti, suara lebih matang, lagu tu akan jadi lebih sedap..

Yang buat Kaklong kagum dengan pentas AJL31 kali ni ialah Shamsul Yusoff.
Terkejut pulak Kaklong dengar dia rap secara live dengan sangat baik..
Pastu stage performance dia pun bagus la..
Macam dah biasa je nyanyi live dan buat konsert..

Awal2nya Kaklong tak expect la bagus sangat sebab dia bukan full-time menyanyi kan..
Tapi... tubik2 je,. macam pro bro.. Hebat hebat.. *clap clap clap*

Masa dorang tukar baju tu, Ucu takut tak sempat..
Kaklong pula tak faham apa benda yg tak sempatnya?
Pastu baru dorang explain maksud drama dalam persembahan tu..
Best best!

Pastu kemunculan Sarimah Ibrahim buat Kaklong hepi sangat..
Dah lama tak tengok dia dalam TV.
Masa kecik2 dulu selalu tengok dia kat NTV7.
Walaupun dah lama tak muncul, tapi pengacaraan dia masih hebat dan tak kekok pun..
Suka dengan lawak2 dia tu..
Walaupun dia tu mixed tapi sebutan dan percakapan Melayu dia tu Melayu sangat kan..
Suka!

Pengacara 4 orang tu macam ramai sangat..
Rasanya 2 orang dah okay kot..
Apapun ada chemistry antara keempat2 pengacara tu dan tak nampak crowded atau kelam kabut macam semua nak bercakap..
Masing2 tau timing masing2 dan tak nampak terlalu formal atau terlalu lepas laku..
Nampak seimbang, ada elemen serius dan ada elemen komedi..

Bagi pemilihan pemenang pula, Kaklong takleh nak cakap banyak sangat sebab kebanyakan lagu tu Kaklong baru dengar haritu.
Sori, dah lama sangat tak dengar radio..
Cuma Kaklong agak2 lagu "Kalah Dalam Menang" tu dapat la top 3 atau persembahan terbaik..
Sebab lagu tu best juga, liriknya pun berbeza sikit dengan lagu2 lain yang dipertandingkan pada haritu dan persembahan tu je yang buat Kaklong naik meremang bulu tengkuk..

Lagu duet malam tu dan lagu balada lain macam biasa2 je..
Maksudnya macam biasa dengar orang lain nyanyi sebelom2 ni...
Atau similar dengan lagu2 popular sebelom ni..

Tapi lepas tengok senarai juri, terus dapat agak lagu rancak tak akan menang..
Lirik yang staright forward takkan menang...

Dan ia ternyata benar!

Tak apa laa..
Juri lagi pandai kan..
Kita ni pandai dengar je...

Ntah la..
Kaklong ni suka lagu yang nampak novel dan lain dari yang lain sikit..
Baru la ada peningkatan dan kepelbagaian dari tahun ke tahun..
Tapi macam Kaklong cakap la, juri lagi tahu...

Nasib baik Di Amaran Mama tak menang..
Lagu tu tak best la..
Mungkin lagi best kalo tukar sikit arrangement jadi lebih pop dan muda..
Pastu suara tu bagi penyanyi yg lebih riang dan energetic yangnyanyikan..
Tapi Kaklong ni apa la tau kan..
Tau dengar je.. Hahaha...

Apapun, lagu tahun ni best juga..
Cuma banyak lagu bab liriknya tu memang kureng berbanding tahun 70-an ke 90-an..
Tahun2 tu penulis liriknya poetry atau penyajak atau penulis..
Pendek kata tugas menulis lirik diberi kepada ahli sastera..
Lirik2 tu pun menjadi tersirat dan banyak metafora yang menggambarkan perasaan yang mendalam..
Lirik sekarang ni banyak yang straight forward aka tersurat..
Sekali dengar terus faham..


Memang patut pun lagu Lelaki Teragung menang kerana liriknya pun indah..
Ditambah pula dengan suara Dayang yang power dan melodi yang sedap didengar..

Harap2 lepas ni kita bole bagi lagu2 yang sedap kepada poetry untuk tuliskan..
Baru la cantik hasilnya nanti..

Yang tak sempat tengok haritu, bole tengok kat playlist bawah ni:



Korang pula camana?
Suka tak tengok AJL31 ni?

Wassalam...

6 ulasan:

Komen la sikit ^^