Halaman

iium Confession: Peninggalan Arwah Part 4 (last)

Part 1:
Part 2:
Part 3:

Salam. Sorry buat korang menunggu. Dalam part terakhir ni, ada banyak penjelasan yang mungkin boleh buat korang pening, so, minum air dulu. Then baca.

Aku tahu ramai yang fikir tentang keluarga aku dan keselamatan aku. Aku dah letak diri aku dalam bahaya from the very beginning of this confession lagi. Aku ready untuk menerima apa2 consequences. Sebab aku percaya, aku tahu apa yang aku buat. Sincerely, takde sebab kenapa aku dalam bahaya.

Pasal Ayah aku pulak, itu hal antara Anak dengan Ayah. We good. Cuma Ayah aku disoal bermacam-macam soalan oleh adik beradik dia. Salah dia. Sebab dia sembunyikan hal ni. Bagi aku, walaupun tinggalan ni boleh menyebabkan pergaduhan sesama keluarga, tapi nilai sejarah yang ada dalam tinggalan arwah ni lagi penting. Aku takkan sia-siakan. Apa-apa masalah sekalipun kita boleh bincang. Dan aku kenal ahli keluarga aku. Aku tahu macam mana nak kawal keadaan ni.

Sekarang, pasal Cincin. Aku simpan dulu. Bagi aku habiskan cerita.

Selepas aku ditinggal terpinga-pinga oleh Tok aku, otak aku masih lagi berpusing cuba mencari apa2 Clue or Sign yang boleh memberi jalan pada aku untuk merungkai setiap teka teki dalam rumah ni. Memang dah jadi tabiat aku sejak aku kecik. Suka persoalkan sesuatu perkara sampai habis.

Jam waktu tu dah hampir pukul 4 pagi. Suasana rumah sunyi sepi. Aku gerak ke tempat biasa aku tidur. Bilik gamming. Dari pukul 4 AM, aku cuba fikir balik pasal perabut rumah. Memang agak banyak perabut antik dalam rumah Moyang ni. Tapi still ada juga perabut yang tak berapa antik. Dan juga still ada perabut baru (modern). So okay, ni deduction aku..

Aku nak kenal pasti siapa yang cipta mechanism untuk Hidden Drawer dan Keris tu. Hidden Drawer ni dah wujud masa Ayah Tok aku hidup lagi. Di antara adik beradik Ayah Tok aku, hanya Ayah Tok aku je yang tahu tentang Hidden Drawer ( Sumber : Ayah aku ). Kalau Ayah Tok aku betul2 nak rahsiakan perkara ni, dia sepatutnya cari tempat rahsia lain untuk sembunyikan cincin ni. Tapi dia tak buat macam ni. Aku assume dia tak mahir dalam ilmu pertukangan. Dah , cukup. Aku kena cepat der.

Conclusion, The inventor of Hidden Drawer and Sarung Keris : Moyang

Kita observe balik pasal Hidden Drawer tu. Laci kanan ada gambar Moyang aku dengan Doughlas.

Tulisan : Moyang Lelaki aku.

Laci belah kiri pulak gambar2 Moyang Perempuan aku bersama Moyang Lelaki aku dan juga bersama “teman-teman” dia.

Tulisan : Moyang Perempuan aku.

Aku buat deduction mudah kat sini. Laci belah kanan menyimpan gambar bertulisan Moyang Lelaki aku manakala Laci belah kiri menyimpan gambar bertulisan Moyang Perempuan aku. Ada 45 keping gambar semuanya. So sekarang, 29 keping gambar telah dibakar oleh Ayah aku atas arahan Ayah Tok aku. Dalam 29 keping gambar ni aku percaya kebanyakannya adalah gambar Moyang Lelaki aku.

Sebab dalam 16 keping gambar yang tinggal, hanya ada 1 keping gambar Moyang lelaki aku tapi ada 15 keping gambar yang ada Moyang Perempuan aku. Menurut Ayah aku, Mostly dalam gambar2 tu adalah gambar yang menunjukkan arwah Moyang Lelaki aku berjaya mendapatkan asset dan juga harta. Kesimpulan aku time ni, Ayah aku just bakar gambar Moyang Lelaki aku memandangkan dia rasa gambar Moyang Perempuan aku tak mempunyai apa2 bukti perolehan asset dan harta.

Tapi di sini dia silap, dalam 15 keping gambar tu, ada gambar Moyang Perempuan aku pakai Cincin yang bernilai tinggi. Dan juga gambar Moyang Lelaki aku bersama Moyang Perempuan berada di “The Chartered Mercantile Bank of India”. Bilangan gambar yang dibakar adalah 29 keping. Ini bermakna.

*** Ada 29 Jenis Harta/Asset yang pernah dimiliki oleh Moyang aku dulu ***

Selepas puas berfikir, aku tertidur. Ayah aku kejut Subuh. Aku Solat Subuh dengan Ayah aku. Lepas habis solat, aku tanya dia,

“Yah. Kenapa Moyang tak agihkan je harta dia?”

“Mus kau ni. Tak habis lagi ke?”

“Ni last Mus tanya. Sebab Mus tak faham je. Asal kena sorokkan harta dia”

“Ni cerita dari Ayah Tok. Moyang Mus dulu jenis jaga harta. Dia ada simpan juga peninggalan lama keluarga kita. Moyang Mus ni cerewet sikit pasal harta. Senang cerita, dia kedekut.”

Time ni aku fikir, “patut la setiap kali beli asset/harta, Moyang ambil gambar”. Bagi aku, ni bukan kedekut, tapi appreciate. Then Ayah aku sambung.

“Sebelum dia meninggal, dia ada cakap kat Ayah Tok, dia sorokkan barang2 dia. Kalau sape jumpa, dia punya. Ayah Tok marah la Moyang buat macam tu. Moyang buat macam tu sebab dia tak tahu nak bahagikan sama rata. Jadi, ni lebih kurang wasiat Moyang la”

So sekarang baru aku faham kenapa ramai sangat cari harta Moyang. Yang pasal gambar2 tu, Ayah aku cakap, Mak Tok yang cerita kat adik beradik Ayah Tok. Ayah Tok aku sorokkan gambar tu lepas Moyang aku meninggal. Macam mana Ayah Tok aku tahu pasal Hidden Drawer tu, kitorang tak tahu. Jadi fungsi Hidden Drawer tu pada asalnya adalah bukan untuk simpan gambar. Yang ni, aku masih lagi tak tahu apa fungsinya sampai sekarang. Mesti ada sebab kenapa laci tu disorokkan.

“Yah, kalau Mus yang jumpa, jadi Mus punya la kan?”

“Haha. Good luck with that”

Aku rasa tercabar gila bila Ayah aku gelakkan aku.

Selepas Subuh, aku tidur kejap. Pagi tu, family aku ada yang nak pergi beraya di rumah sedara mara. Ada beberapa orang sepupu aku yang tak ikut sekali. Antaranya, Nora.

Nora tengah usha gambar raya dalam laptop dia di Ruang Tamu 1 (Tingkat 1). Aku park sebelah dia. Buka Astro. Tengok Jep buat lawak. Tergelak2 kejap. Btw, aku peminat Sepahtu yang radical. Aku pandang Nora. Nora tengah riba laptop, duduk atas sofa. Sambil tengok gambar dalam laptop, sambil betulkan cermin mata bingkai bulat yang tak kena dengan bentuk muka dia.

“Kau tengok apa Nora?”

“Gambar Moyangss. Hihi”

Time ni aku rasa nak rampas je laptop Nora dan delete semua gambar2 tu. Aku dah pesan hari tu suruh dia let this thing go. (Padahal aku lagi teruk)

“Kau delete je la gambar ni semua Nora. Pastu kau nak post kat insta kau kan? Pastu semua member2 kau komen gambar ni semua?”

“Haah. Asal Mus? Salah ke? Kau chill boleh tak?”

“Takde la..Gambar arwah tu. Tak elok” Jawab aku dengan selamba.

Nora buat muka dengan aku. Aku ingatkan dia nak blah. Tapi tak. So untuk elakkan awkward moment, aku yang blah. Jadi sekarang, Nora ada gambar2 tu tersimpan dalam laptop dia. Guys, ingat scene ni untuk rujukan pembacaan selanjutnya.

Aku keluar dari rumah tu. Sebab nak smoke di area halaman rumah. Aku takleh nak smoke dalam ruang tamu kalau ada sepupu2 aku. Dorang bising. Aku berjalan kat tepi rumah. Then, “kawan” aku (Lets called her Alya) text (Whatsapp).

“Mus, hows your day?”

“Good2. Tengah dengan member ni”

“Sape?”

“Peter.”

“Peter who?”

Then aku ambil selfie dengan Kotak Rokok bercaptionkan “Peter Stuyvesant. Hihi”

Dia gelak2. Then Alya text,

“Mus, tu bilik ape”

Aku berpaling ke belakang.

“Yang mana?” Tanya aku

“Yang paling atas tu” Dia jawab.

Korang ingat tak aku ada cakap rumah Moyang ni 2.5 Tingkat. 0.5 Tingkat paling atas tu la yang Alya maksudkan. Dan, Tingkat 2.5 ni la yang aku cakap Bilik Tidur dan Bilik Membaca 1 di Corner Lot.

Tengok gambar ni untuk gambaran jelas.

http://imgur.com/a/SxEXk



“Tu bilik study dengan bilik tidur.”

“Ye ea. Ingatkan stor”

“Asal lak stor letak atas2. Haha”

“Sebab yang belah kiri tu takde tingkap”

Haah. Betul jugak. Bilik Membaca tu takde tingkap di bahagian menghadap ke arah kitorang. Secara jujurnya, sepanjang aku hidup, aku tak pernah perhatikan sangat Tingkat 2.5 ni dari luar. So aku tak endah sangat pada mulanya. Then aku fikir, why not aku try selidik bilik2 dalam Tingkat 2.5 tu dulu. Sebab kalau nak simpan something, lagi baik simpan di tempat paling jarang orang masuk kan??

Di sebabkan aku ni sejenis manusia yang tak boleh kalau fikir tak habis, aku naik Tingkat 2.5 tu. Tingkat di mana tempat yang jarang di masuki orang dan tempat di mana aku mengkaji Sarung Keris semalam.

Tengok gambar ni untuk gambaran jelas susunan Tingkat 2.5

http://imgur.com/a/8fKm3







Ruangan dalam tingkat ni ada 2 buah bilik ( Bilik Tidur 10 & Bilik Membaca 1 ), Ruang Tamu, dan 1 Beranda. First inspection, Ruang Tamu. Ada beberapa perhiasan rumah dan perabut rumah yang aku anggarkan usianya cukup lama. Ada almari. Aku cuba investigate almari lama ni. Ada laci. Aku tarik laci keluar. Dengan harapan ada something belakang atau bawah laci. Aku halakan lampu phone belakang almari. Cabut bunga dari pasu bunga. Ada kotak2 lama. Aku kopek satu2. Takde.

Aku masuk dalam Bilik Tidur 10. Benda sama aku buat. Kemudian Bilik Membaca 1. Pun sama. Semua buku2 dalam rak aku keluarkan. Aku dah prepare dah ayat “ Cari buku lama tak jumpa” in case, kalau ada mana2 sepupu aku masuk dalam bilik ni secara tiba2.

Aku dah check Meja dalam Bilik Membaca 1 tu masa aku dengan Nora tunjuk gambar kat Tok. So,aku tak focus sangat dalam bilik ni.

Dalam kalangan keluarga kitorang, aku antara yang paling kerap masuk bilik ni. Sebab banyak buku. Dengan angin yang sepoi2 bahasa masuk melalui tingkap sambil membaca.. Memang feel dan menenangkan. So, cukup. Aku dah cukup arif dengan ruangan ni. Takde apa2 yang mencurigakan.

Bilik Tidur 10 dan Ruang Tamu pun takde yang mencurigakan. Aku kecikkan scope aku, aku mark tingkat ni sebagai “Selamat”. Aku kena cepat sebab aku just ada 2 hari je lagi kat kampung ni. Now or never.

Aku turun balik ke tingkat bawah. Tingkat 2. Tingkat yang paling aku nak selidik. Tingkat ni ada Ruang Letak Gambar. Aku betul2 syak yang Ruang ni paling mysterious. Tapi ada 2,3 orang sepupu aku berlegar2 kat Tingkat ni. So aku hold dulu plan aku. Aku turun Tingkat 1. Nora dan sepupu2 yang lain tengah plan nak keluar. Nora panggil aku dan sepupu yang lain sama ada nak join ke tak.

“Mus. Jom jalan” Ajak sorang sepupu lelaki aku.

“Tak kot Pat. Esok aku kena drive jauh kot. Rehat sikit hari ni”

“Oh. Bak switch. Pinjam kete. Kete aku habis minyak”

“Eh Pat, nanti korang sampai rumah, bagi hon ea. Aku risau aku tertido”

Aku bagi switch kereta aku then dorang semua gerak tinggalkan rumah. Aku tengok dorang dari pintu depan rumah. Dan dalam kiraan 5 saat sebelum dorang melepasi gate rumah..

5..

4..

3..

2..

1…

Bam! Aku tutup pintu. Terus pergi ke arah Ruang Letak Gambar. Time ni pukul 9 AM+. Aku ada lebih kurang 28 Jam lagi dalam rumah ni sebelum aku balik ke tempat kerja aku. Aku pendekkan bahagian ni.

Semua perabut klasik/lama dalam ruangan tu dan semua gambar2 dalam ruangan tu aku check. Takde clue langsung. Just barangan biasa. Takde ruang misteri. Aku check pulak ke semua ruangan lain. Hampa. Sama je. Hampir 4 Jam aku try jadi detective mencari clue2 dalam rumah ni. Takde. Jadi memang betul cakap Tok aku. Dorang tak jumpa. Aku try fikir dalam2 lagi. Then aku thought of something..

Setakat ni, apa yang aku buat adalah apa yang Ayah Tok dan Tok aku pernah buat. Basically, aku rasa, aku just buat balik apa yang dorang pernah buat dulu. Cari tempat dan selidik perabut yang kitorang rasa “Berkemungkinan” boleh dapat clue. Kalau Ayah Tok dan Tok aku tak jumpa jugak, bermakna tinggalan tu mungkin berada di tempat yang lebih “secure”.

Sekarang, macam mana aku nak define “SECURE” ni? Aku try fikir, aku adalah Moyang aku. Kalau aku nak sembunyikan barang2 rahsia. Tempat macam mana yang akan aku sorokkan? Aku letak tenaga aku 100% untuk fikir benda ni.

Ciri2 tempat yang aku fikir, lebih kurang macam ni :

1) Tempat yang jarang orang pergi.

2) Tempat yang orang tak perasan dengan mata kasar

3) Tempat yang orang rasa malas nak buka/ambil

4) Harus ada mechanism yang orang takkan terfikir (e.g Hidden drawer and Keris)

5) Tempat yang senang dibuka dan ditutup

So, kat mana? Dalam kepala aku, just ada 3 tempat yang macam ni.

1) Ruang Santai Tok

2) Bilik Membaca 1

3) Bumbung

Ruang Santai Tok tak banyak perabut. Ada mesin jahit. Mesin jahit tu mesin jahit baru. Mustahil tersimpannya clue dalam tu. Aku pendekkan lagi cerita. Aku ada rasa nak check bumbung. Tapi aku tak rasa Moyang aku akan simpan kat situ. Too obvious. Kalau nak repair bumbung nanti, mesti kantoi kan? Sekarang, just tinggal Bilik Membaca 1.

Aku naik semula ke Tingkat 2.5. Aku check balik. Aku tak jumpa jugak. Aku try alihkan semua buku2 dalam rak buku lagi sekali. Aku buka helaian dalam buku dengan harapan mungkin ada kertas atau whatever dalam buku2 ni.

Time ni dah pukul 2 PM. Aku solat dulu. Lepas solat, aku sambung balik. Hampir 1 Jam aku menggeledah bilik ni. Semua buku ada atas lantai. That’s it. Aku give up. Aku baring atas lantai. Menghadap Rak Buku.

Aku keluarkan phone. Nak text Alya. Sebelum sempat aku text dia, aku nampak something di Rak Buku tu.

**Di sini start pembongkaran**

Ada lubang di bawah setiap Rak Buku.

http://imgur.com/a/E6qzm



Aku bangun dan aku perhatikan lubang di setiap Rak ni. Perfect. Lubang yang umpama di drill. Bukan lubang anai2. Lubang yang perfect circle. This is weird. And here is why..

Apa fungsi lubang ni? Kenapa kedudukan lubang2 di setiap bawah Rak ni berada dalam kedudukan yang sama? Setiap lubang ni berada di tengah2 Rak.

Kalau ada lubang, mesti ada ruang dalam Rak ni kan?? So time ni aku fikir, apa aku nak buat dengan lubang ni. Aku tutup tingkap dan langsir kemudian aku tutup lampu. Aku buka flashlight phone aku then aku suluh lubang ni. Guess what.

Ada cahaya lampu keluar di celahan Rak ni. Bermakna, Rak Buku ni ada ruang kosong di dalamnya. Aku cuba buka Rak melalui bahagian atas. Tak dapat. Orang yang buat Rak ni memang genius. Takkan ada sesape pun yang akan perasan bahawa Rak ni sebenarnya ada ruang di dalam. Jadi sekarang, dalam kepala aku hanya ada satu cara je untuk buka Rak ni. Dan method untuk buka Rak ni adalah lubang kecik yang aku jumpa ni.

Aku cari something berbentuk rod panjang dan berdiameter sama dengan lubang ni untuk cucuk ke dalam lubang. Tak jumpa. Sebab aku takde masa. Sekarang dah pukul 2 PM lebih. Aku turun ke dapur. Cari Pisau. Aku keluar ke halaman rumah. Keluar gate. Aku cari dahan kayu. Aku bawak dahan kayu dan pisau ni ke Bilik Membaca 1 (Bilik tadi).

Atas meja, aku kikis dahan kayu ni dengan pisau. Aku kikis sampai diameter dahan kayu ni lebih kecik dari diameter lubang tu. Then siap. Aku ambil sisa kikisan then buang melalui tingkap.

Aku cucuk lubang tu dengan dahan kayu ni. Hujung dahan ni terasa tercucuk something. Aku tolak secara paksa, Kemudian..

Bahagian atas Rak ni terbuka..

http://imgur.com/a/rVZqH



Aku alihkan penutup Rak ni perlahan lahan dan letak atas lantai.

Aku tengok apa isi dalam stand ni. Adrenaline dalam tubuh aku di secrete lebih laju. Nervous jangan cakap. Pencarian aku selama berhari-hari. Akhirnya berjaya.

Cukup aku katakan, pelbagai jenis barangan kemas dan barangan berharga dalam bentuk material yang mahal. Ada 4 Rak. Rak 2 pun ada sedikit barang kemas. Rak 3 takde barangan kemas atau barangan berharga. Just ada kertas2 lama.

Aku baca satu persatu isi dalam kertas2 tu. Semuanya cacatan awal tahun 1920-an. Ada satu keratan akhbar Pengasuh dan Saudara. Semua tentang nasionalism. Tentang kemaraan kaum cina. Ada sorang ni nama Zhang XXXX.

Ada lagi tokoh2 melayu yang lain. Ada satu keratan surat perbincangan issue salah seorang ahli politik melayu yang di buang ke Singapura. Yang lain, kertas yang mengandungi issue pembubaran KMM. Aku belek lagi helaian lain. Ada 2, 3 helaian yang pelik. Dalam helaian ni ada catatan tentang satu mesyuarat. Lokasi mesyuarat adalah di rumah Moyang aku ni. Yang peliknya, ada satu perkataan yang mention,

“Operation Room”

Ada lagi satu yang memeranjatkan aku. Ada nama dalam catatan ni. Selain nama Moyang aku, ada lagi satu nama yang familiar..

Ayah Tok aku!

Bermakna, Ayah Tok berkemungkinan tahu mostly pasal benda ni. Kalau betullah macam yang aku fikir, ni bermakna Moyang dan Ayah Tok aku pernah berada satu bilik dalam Operation Room.

Okay, seterusnya..

Operation Room? Bilik Operasi? Kat mana?? Rumah Moyang ni ke?? Ni semua soalan yang bermain dalam kepala aku. Aku imbas kembali struktur rumah aku. Macam2 imej masuk dalam kepala. Aku cuba fikir area mana yang paling mencurigakan. Secara tiba2, minda bawah sedar aku teringatkan teguran Alya tadi. Aku imbas balik. Tentang bilik ni takde tingkap arah aku selfie tadi.

**Refer gambar di bawah ni. Ruangan ni just ada tingkap di sebelah beranda. Kenapa takde tingkap di bahagian area ni ? (Red Marking)**

http://imgur.com/a/ldaAK



Kemudian aku perhatikan ruangan bilik membaca ni. Kalau diperhatikan betul2, ruangan bilik ni takla sebesar yang disangkakan. Kalau tengok dari luar, bilik membaca ni kelihatan besar dan luas. Tapi bila aku bayangkan, sekiranya ada tingkap di area Red Marking dalam gambar aku tu, ruang ni akan nampak kecik.

And satu lagi, yang membuatkan ruangan ni sebelum ni nampak besar dari dalam ,adalah sebab adanya cermin kat dinding. Cermin boleh bagi ruangan bilik nampak lebih besar. Rujuk gambar.

Jadi aku buat keputusan untuk ukur dimension bilik ni dari luar dan dalam. Tapi masalahnya, aku boleh ukur dari dalam, tapi macam mana aku nak ukur dari luar? Untuk pengetahuan korang, Bilik Membaca ni, ia berada di tengah2 pelan rumah. Bermakna, susah untuk sape2 nak ukur panjang sebenar dinding yang di Red Mark ni. Senang cerita,

“Moyang aku taknak sape2 tahu saiz sebenar bilik ni”

Tapi dia silap. Yang nak tahu saiz bilik ni sekarang adalah aku. Dan aku ada phone. Aku turun balik ke halaman rumah then ambil gambar. Aku jadi kan tiles bumbung di tepi dinding bilik ni sebagai alat atau unit measurement aku. Aku ambil ukuran tiles kat bawah beranda. Dan aku kira.

Kemudian, aku gunakan tapak kaki aku untuk ukur panjang dinding ni dari dalam. Kemudian aku compare. That’s it. Tak sama. Aku cuba buat benda yang sama dengan Bilik Tidur 10. Tak sama. Panjang luar dan dalam tak sama. So jelas terang lagi bersuluh dah sekarang, ada something wrong dengan Tingkat 2.5 ni

Bermakna, panjang dinding ni (Red Marking) tak sama dari luar dan dalam. Ada lebih kurang 1.25 Depa differences. Di tambah dengan Length Differences Bilik 10, Totalnya adalah hampir 3 Depa. Okay now seriously?? Selain Ayah Tok, sepanjang bergenerasi manusia tinggal dalam rumah ni tapi takde sorang pun yang tahu bahawa ada ruangan lain tepi bilik ni?

Conclusionnya, “Operation Room” yang dimaksudkan oleh Kertas tu tadi mungkin ada di tepi Bilik Membaca ni. Tapi macam mana aku nak masuk? Aku dah cukup puas hati dah sebab berjaya maju ke tahap ni.

Scope pencarian aku dah jadi lebih kecil. Sekarang, lepas aku dapat focus kepada dinding ni, aku baru sedar, sepanjang pencarian aku tadi, aku ada tertinggal satu benda penting. Dalam banyak2 perabut dalam rumah ni, aku terlupa untuk ambil kira cermin dalam bilik ni sebagai perabut.

Memandangkan tepi dinding Bilik 10 takde perabot. Dan dalam Bilik Membaca 1 ni takde perabut lain juga selain melainkan cermin ni, jadi aku cukup yakin yang cermin ni adalah rahsia atau pintu untuk masuk ke dalam ruangan sebelah. Persoalan sekarang, macam mana? Aku kena tutup lampu then guna torchlight halakan ke cermin then cermin bagi pantulan kena pada kunci?? Tak… Tak logic. Mesti ada cara.

Ni yang aku gambarkan susunan sebenar ruangan Tingkat 2.5

http://imgur.com/a/k8euF



Peeett!! Bunyi hon kereta. Sepupu2 aku dah sampai.

Aku gelabah. Arghh. Nasib baik aku ada pesan kat Pat supaya bagi hon kalau sampai. First thing dulu, Aku letak balik penutup Rak ni ke dalam Rak. Masa aku nak masukkan, memang rasa ketat. Kalau nak ikut Law of Physics, ni stress-strain curve punya theory ni. Elastic energy duk push Penutup Rak ni tak nak bagi masuk.

Lepas dah berjaya cover bahagian Rak, aku kumpulkan semua kertas2 yang aku jumpa dalam Rak 3, turun ke tingkat bawah dan simpan dalam bag aku. So sekarang. Aku skip apa yang jadi waktu petang antara 4:30 PM hingga 8 PM. Malam tu aku planned untuk masuk balik dalam bilik membaca tu. Lepas Isyak, aku ambil gambar cermin tu. Dari pukul 9 PM hingga ke 12 AM, aku mengkaji structure cermin ni. Aku jadi was was pulak. Betul ke cermin ni pintu ke ruang rahsia tu?

Pada pukul 12:30 AM, aku naik semula ke Bilik Membaca. Aku buka lampu. Then aku check kiri dan kanan cermin ni. Then aku check bahagian bawah cermin. Aku hulurkan tangan, aku terpegang satu tali.

http://imgur.com/a/3yetC



Ada dua tali. Aku pegang kedua2 tali ni dan tarik ke bawah. Tiba2 cermin ni slide ke bawah.

Rujuk gambar di bawah untuk gambaran jelas. Untuk cermin ni, banyak mechanism yang ada masa nak buka cermin. Lukisan ni hanya gambaran kasar tanpa detail roller dan juga mounting.

http://imgur.com/a/KOvjK



http://imgur.com/a/xj6Nt



So, waktu time tu hampir pukul 2 AM. Suasana memang sunyi. Dalam kepala aku, bermacam2 perkara muncul. Bermacam2 imaginasi. Apa yang ada dalam bilik rahsia ni. Lepas aku berjaya buka Cermin tu, aku buka lampu Bilik Membaca dan masuk ke dalam Bilik Rahsia.

Gelap, penuh debu. Cahaya bilik dari Bilik Membaca je yang ada. Kalau tak, memang gelap gelita. Aku buka lampu phone. Aku suluh ke semua arah. Macam yang korang tengok dalam gambar yang aku bagi tadi. Ruangan ni tirus. Aku tak tahu nak cari punca cahaya dari mana. Mungkin waktu siang, ruang ni cerah. Aku tak tahu. Rasa takut dan gementar semua ada. Tapi rasa ingin tahu lebih mengatasi semua rasa takut aku. Dalam bilik ni, ada banyak kertas2 dan dokumen lama. Tersusun rapi. Aku kutip semua kertas2 dan dokumen2 ni, kemudian aku bawak keluar letak atas meja dalam Bilik Membaca.

Aku belek setiap helaian kertas. Dalam belek membelek tu, aku terkejut bila tengok, ada satu catatan susur galur keluarga aku. Bermula dari Ayah Tok aku sampai ke atas. Ada catatan tentang keluarga aku. Tulisan ni sama dengan tulisan belakang gambar Moyang aku which is, catatan ni ditulis oleh Moyang aku.

So guys, ini tujuan aku buat confession ni. Mulai dari perenggan ni, semua yang aku tulis adalah berkaitan dengan peninggalan sejarah yang berharga.

Catatan ini bagi aku, merupakan satu titik kecil dalam sejarah kita yang aku pasti tak ramai/takde yang tahu. Catatan ni lah yang menjadi sebab, kenapa aku menulis confession ni. Dan IIUMC merupakan satu medium tepat kerana ramai student yang follow. Aku ingin tegaskan. Apa yang aku akan huraikan lepas ni, harap memberi kesedaran kepada pembaca. Tapi aku harap juga, tiada sesiapa yang make this thing as a big deal.

Aku just nak berkongsi, tentang hero yang tidak di dendang..

It starts with,

Keluarga aku pada suatu masa dahulu merupakan keluarga orang besar yang sangat keras kepala. Keluarga kitorang adalah keluarga yang selalu membangkang mana2 pertabalan sultan dalam negeri. Sumber pendapatan nenek moyang aku waktu tu adalah melalui ladang2 dan juga gudang membuat barang perhiasan dan perabut rumah. Tapi sumber pendapatan melalui sumber2 ni bukanlah menjadi priority keluarga aku.

Yang menjadi priority adalah, Pembuatan Senjata.

Pembuatan Senjata merupakan warisan turun temurun keluarga aku. Keluarga aku dulu sangat mahir dalam membuat senjata. Seperti yang di mention oleh sesetengah readers. Senjata yang menjadi tumpuan kemahiran Keluarga aku adalah jenis Tharkul. Sebab dalam catatan ni, Moyang aku ada mention yang keluarga aku dulu memilih senjata yang senang di bawa dan mudah disorokkan untuk tujuan membunuh. Keluarga aku merupakan keluarga yang mempunyai Skuad Elit yang mahir menggunakan Tarkul. Dan Skuad Elit ini kerap di upah untuk membunuh Lanun2 dan juga penjenayah dalam negeri. Yang mengupah biasanya adalah pembesar2 dalam dan luar negeri.

Keluarga aku cuba untuk menambah baik Tharkul untuk menjadi senjata yang lebih mudah untuk di reload dan lebih banyak tembakan dalam setiap reload. Kepala Keluarga ketika itu cuba untuk membuat senjata yang lebih efficient. Dan seterusnya,

Dalam helaian ni juga, ada lukisan/blueprint yang menunjukkan Tharkul yang mempunyai revolver mechanism. Dan juga sehelai lukisan/blueprint Tharkul yang mempunyai more than one barrel. Aku tak pasti sama ada Moyang aku atau Kepala Keluarga dulu yang buat blueprint ni.

Dalam helaian ni juga, ada catatan keluarga aku yang turut serta dalam satu peperangan pada awal 1800+. Dalam peperangan ni, keluarga aku cuba untuk membuat Meriam yang lebih besar dari sedia ada. Sebab Meriam waktu tu belum cukup power nak lawan musuh.

Next helaian, Salah seorang Kepala Keluarga ada menghantar Skuadnya menyerang askar British. Kesan dari serangan ni, keluarga aku di halau keluar daerah dan juga negeri kemudiannya. Dalam catatan ni aku tak jumpa tentang Keturunan aku menolong/assist seorang pejuang tanah air.

Aku jadi makin asyik membelek2 helaian kertas ni. Ada lukisan/blueprint untuk Cermin Rahsia yang aku ceria tadi. Hidden Drawer dan Rak Buku. Ada lagi blueprint lain. Ada catatan tahun 19XX, tentang gempuran ke atas Jepun. Berdasarkan dokumen2 yang aku perhatikan ni, Moyang aku merupakan salah seorang penggerak kepada salah satu persatuan yang anti penjajah.

Macam yang aku cakap sebelum ni, Rumah Moyang aku sekarang ni bukanlah datang dengan percuma. Ada perjanjian antara Moyang aku dan pihak British yang mana aku tak boleh cerita dalam ni.

Aku boleh katakan, segala document2 ni merupakan journal Moyang aku sepanjang dia hidup. Tapi aku tak faham kenapa pengetahuan ni tidak di perturunkan.

Banyak lagi jawapan yang belum terjawab. Tapi aku dah cukup berpuas hati. Dan of course, ini sahaja yang aku boleh kongsikan. Selebihnya, cukup aku dengan keluarga aku je tahu.

Aku kumpul kesemua kertas dan dokumen, then aku simpan buat simpanan aku. Aku ambil kesemua barangan kemas, emas dan letak dalam bilik rahsia tu. Aku turun ke Bilik Gamming, aku ambil kesemua gambar2 Moyang dan letak dalam bilik rahsia ni juga. Then, Aku tutup balik cermin tu.

Dah nak hampir Subuh, Aku turun ke tingkat dua. Aku pergi ke almari keris, dan aku ambil cincin pusaka tu. Nora tengah tidur di ruang tamu, laptop dia terbuka. Aku buka file gambar, dan delete kesemua gambar2 arwah Moyang aku.

Keesokan harinya, aku jadi lain. Tak bercakap dengan sape2. Benda yang jadi semalam memberi impak kepada aku. Aku memang menunggu masa yang sesuai untuk selesaikan semua benda yang aku tahu. Tentang barangan kemas dan barangan berharga yang aku jumpa dalam rak buku. Dan penemuan aku tentang sejarah lama keluarga.

Barangan kemas dan barangan berharga. Aku dah decide dah bincang dengan Tok. Untuk bahagikan sama rata. Tok juga tahu wasiat Moyang. Tapi aku decide untuk semua ahli keluarga kita merasa harta peninggalan arwah Moyang. Cuma satu aku minta, jangan dijual harta2 peninggalan arwah. Dan cincin ni aku pegang. Di sebabkan aku yang jumpa, aku deserved untuk bagi ni cincin kepada Ummi aku walaupun dia bukan berketurunan Moyang.

Tentang sejarah lama keluarga aku. Ini yang aku nak kongsi. Bangsa kita bukan seperti yang tertulis dalam kertas. Bangsa kita lebih hebat dari tu. Malah bangsa kita telah pun lama maju ke depan dari segi teknologi peperangan. Kalau zaman dahulu, bangsa kita dah setanding dengan warga Eropah dari segi teknologi senjata api, sepatutnya kita hari ni harus jadi lebih baik dari arwah nenek moyang kita. Tengok apa yang kita achieve hari ni. Jauh ke belakang. Kita kalah dengan arwah nenek moyang kita. Aku kalah dengan Moyang aku. Dan juga dengan Keturunan lama aku.

So, untuk keluarga aku. Kat tangan Mus ada document lama peninggalan arwah dan juga cincin. Bila Mus submit confession ni, bermakna Mus dah ada kat rumah Moyang sekarang. Datang ke rumah ni. Mus ada dengan Tok. Mus tunjuk semua benda yang Mus cerita dalam ni. Kita bahagi ikut cara Islam. Tapi segala document2 Moyang, Mus nak Mus yang simpan. dan, lastly, Terima kasih juga sebab tak make a scene bila Mus hantar confession macam ni. Tujuan Mus buat semua ni sebab nak orang tahu tentang keturunan kita yang berdarah merah bersama2 orang lain masa penentangan terhadap penjajah dulu. So sekarang, Mus lega. Sekali lagi, terima kasih because you guys still can act cool. Walaupun, penuh text and call. Tapi takpe,

Kepada semua yang membaca, terima kasih kerana sudi mendengar sejarah peninggalan arwah Nenek Moyang aku.

—————————THE END—————————–

– M.U.S

Copy paste: http://www.iiumc.com/peninggalann-arwah-iv-the-last-part/

6 ulasan:

  1. habis jugak akhirnyaaa

    gigih baca sampai tak nampak boss lalu. hahaha

    apa pun tahniah kepada Mus sebab tak "gelap mata" bila dapat semua harta benda. at least dia nak bahagi sama rata jugak kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yay! Best kan kisah ni..
      Kitorang siap siasat lagi siapa moyang Mus tu..
      MAcam2 hipotesis dapat.. Hehe

      Padam
  2. esok sy singgah n baca..hari ni x sempat pulak

    BalasPadam
  3. bagus dan tahniah
    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    BalasPadam

Komen la sikit ^^