Halaman

Cara Ukur Saiz Bra yang Betul

Hai..

Entry ni khas untuk para wanita sahaja..
Jika ada lelaki baca, kemudian trauma setahun, jangan salahkan Kaklong k..

Sebenarnya kebanyakan kita pakai saiz bra yang salah..
Tak silap Kaklong dalam 60% wanita dalam dunia pakai saiz yang tak betul..
Mungkin kita salah sorang daripadanya...

Harini Kaklong nak share cara ukur saiz bra yang betul

Lepas ukur ni kan, Kaklong pun terkejut dan rasanya tak mungkin akan mampu pakai saiz yang betul..

Apa yang kita perlu tau ialah saiz band dan saiz cup.
Ada sesetengah suruh ukur masa pakai bra, ada yang suruh jangan pakai..
Ikot suka korang mana2 yang ok..

Cara ukur saiz band:
- amik tali ukur dan ukur di sekeliling bawah payudara sekemas mungkin
- tambah 4 inci atau 5 inci supaya dapat nombor genap
- ini ialah saiz band korang

cth: ukuran 32; tambah 4 = 36 <--saiz band
       ukuran 31; tambah 5 = 36 <--saiz band

Cara ukur saiz cup
- sekarang ukur sekeliling kat puncak payudara iaitu dekat puting sekemas mungkin
- ada sesetengah jenis payudara yang memerlukan kita bongkok 45-90 darjah untuk dapatkan saiz yang betul. Biasanya yang jenis besar.
- Tolakkan ukuran puncak payudara dengan ukuran band
- Rujuk carta dibawah untuk dapatkan saiz cup

cth : ukuran = 40; maka 40-36 = 4 = cup D (rujuk carta)

Maka saiz bra tersebut ialah 36D

Walaubagaimanapun, ukuran ini adalah anggaran sahaja, bukan tepat..
Kerana pengeluar/brand A tak semestinya menghasilkan saiz yang sama dengan pengeluar/brand B.
Namun anggaran ni amat berguna untuk kita shopping bra nanti.

Cup D tak mesetinya payudara besar, saiz A pula tak semestinya kecik.
Ini bergantung kepada bentuk payudara masing-masing..

Camana nak tau bra tu saiznya betul..?


- payudara terletak elok pada cup dan tak menggelembung atau menekan payudara sampai terkeluar. 
- takde payudara terkeluar dari cup dekat dengan ketiak tu
- bahagian tengah bra (antara cup kiri dan kanan) terletak pada kulit (atau rusuk); kalo tak terletak, maknanya saiz bra tu tak betul.
- band belakang bra tu straight dan tak melengkung ke atas

Pengalaman Kaklong juga, kalo kita muat saiz 36D utk model A, tak semestinya muat utk model B (walaupun brand yg sama); untuk model B tetibe kita muat saiz 38C pula..

JAdi sekali masuk fitting room, better bawak 5 helai terus pastu duk la dalam tu setengah jam sampai betul2 puas hati..

Sekali beli bette rbeli 3 helai terus.. Takyah tiap2 bulan beli baru. (bagi Kaklong la sebab malasa nak pegi fitting banyak kali sampai jumpa yang sesuai)

Bye

6 ulasan:

Komen la sikit ^^