Halaman

Cara Pilih Bra yang Sesuai untuk Jenis-jenis Payudara yang Berlainan

Hai..

Entry ni untuk wanita sahaja dan ada gambarajah seksi yang keterlaluan (90sx), maka lelaki please jangan baca k...

Ingat tak haritu ada share jenis-jenis bra yang dijual kat kedai..
Harini nak reveal bra yang sesuai untuk jenis payudara masing-masing.

Info ni Kaklong dapat kat SINI.

Payudara dengan cup kecil, bentuknya lebih memanjang (tak membulat), sesuai pakai jenis plunge bra. Ia akan bantu naikkan bentuk payudara supaya duk kat tengah-tengah. Ada jenis yang ada padding kat bawah cup untuk beri volume pada bentuk payudara kecil.

Bagi yang mempunyai saiz  yang ketara tak sama saiz kiri kanan, ada sejenis bra yang padding dia bole ditanggalkan. Jadi sebelah tu pakai ada pad, sebelah lagi takde pad; maka kedua2nya akan rasa selesa.. :)

Payudara jenis menjarak (ada ruang kat tengah-tengah dada) dan terkeluar ke kiri kanan, digalakkan pakai t-shirt bra. Dia ada bentuk mangkuk yang menolak payudara ke tengah..

Jenis menjarak juga seperti kat atas, cuma lebih penuh dan tak jatuh; sesuai pakai plunge bra.

Bagi jenis nampak kecil kat atas tapi ia membulat ke bawah (kebiasaanya saiz besar), full-coverage bra lebih sesuai. Ia akan beri sokongan yang secukupnya, menolak bentuk payudara ke atas dan buat kita rasa selesa.

Jenis yang membulat penuh di atas dan bawah sesuai pakai pakai jenis unlined bra (takde padding, takde line yang memberi bentuk kepada payudara. Ia kekalkan bentuk asal si pemakai)

Bentuk yang paling sempurna (bole dikatakan) bole pilih mana2 jenis bra. Tak kesah..

Sebenarnya apa2 jenis bra pun kita boleh pakai asalkan selesa..
Namun untuk lebih sokongan dan mendapatkan bentuk yang lebih menawan, digalakkan pakai jenis yang sesuai dengan bentuk payudara.

Semoga info ni memberi manfaat

Bye

2 ulasan:

  1. Macam dah lama tak masuk blog Kaklong tiba2 banyak tips pulak ni. Wowwww !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaklong pun dh lama tak jalan ke blog Sha.. Tak follow haritu, ni dah follow n masuk dlm bloglist.. :)

      Padam

Komen la sikit ^^