Halaman

Review Filem : Pete's Dragon

Hai.

Semalam gi tengok Pete's Dragon.
Tak perasan pula ia keluaran Disney, masa tengok intro baru tau citer Disney rupanya..


 Citer ni adalah remake bagi citer tajuk yang sama pada tahun 1977...


Macam pernah tengok je citer ni masa kecik2 dulu, tapi tak ingat dah jalan citernya jadi Kaklong tak dapat nak compare.

Ia mengisahkan Pete yg masih kanak2 terserempak dengan seekor naga kat dalam hutan. Time tu kereta mak ayah dia baru lepas eksiden. Sejak hari tu Pete tinggal kat dalam hutan tu dengan naga yg diberi nama Elliot.

6 tahun kemudian ada orang jumpa Pete dan bawa balik ke pekan/bandar, lalu dorang cari mak ayah pete. Akhirnya dapat tau mak ayahnya dah meninggal dalam kemalangan 6 tahun lepas.

Pete pula rasa janggal sangat duk pekan tu, dia nak lari balik ke hutan. Elliot pula cari pete merata2.

Review dia..

Ya Allah... Boring giler..
Kaklong siap lelap dalam wayang tu beberapa kali.

Dari mula cerita sampai ke pertengahan atau dekat2 nak akhir tu slow sangat jalan citer dia. Dah ler slow, macam dibuat2 pula, orang putih panggil unrealistic.

Kaklong faham citer ni fiksyen dan obvious la tak real tapi biar la susunan citer tu nampak real baru la kite tengok ada feel.

Pete masuk hutan terus nampak naga, pastu tanya "do u want to eat me?," tanpa rasa takot pun. Kiter yang tengok ni pun tak debor lalu.. Tolong la, terserempak dengan naga kot, bukan kambing ke, arnab ke..

Naga tu pulak hodoh sangat rupa dia. Ni kan citer budak2, lukis la kiyut sikit.
Yang peliknya muka naga tapi perangai macam puppy? Dia kejar2 ekor sendiri, menghidu-hidu dan ikot cakap pete macam dia tu puppy. Naseb baek takde scene baling bola ke, baling tulang ke..

Tengok ni.. Ngeri duh..
Bila Pete dah besar sikit, tetibe Kaklong konfius.
Ni citer Pete ke, citer Mowgli?
Bakpe sama je rupa; cuma Mowgli tu gelap dan lebih comel berbanding Pete.

Pastu kebetulan pula Pete terserempak dengan Grace, pastu saja2 je nak curi kompas Grace.

Pastu pete saja2 pi intip orang yg nk tebang pokok, pastu kebetulan pulak anak perempuan penebang pokok tu ada kat situ. Kebetulan pula penebang pokok tu pakwe Grace (renjer hutan). Dalam ramai-ramai orang yg ada kat situ, anak perempuan penebang tu kebetulan ternampak kelibat Pete, Pastu saja2 je dia gi ikot pete sampai panjat pokok. Pastu dia pun jatuh (cliche sangat), pastu semua orang terdegar jeritan dia, pastu semua orang pun nampak pete. Pastu tengah nak escape, pete pun pengsan. Sedar2 kat hospital. Erm...

Kaklong faham memang flow dia macam tu. Tapi olahan dia tu macam cincai sangat la.. Cam tak real,macam pementasan sekolah rendah je.

Pelakon kanak2 tu pula memang comel tapi muka takde perasaan. Bila muka takde perasaan, kita yang tengok ni pun takde feel la. Tu yg siap lelap dalam wayang tu..

Come on la.. Walt Disney kot...

Part yang mula rasa seronok nak tengok ialah time Gavin nak tangkap naga sampai naga tu lari ke hutan. Part tu best. Kita pun turut sama rasa cemas, geram, risau, takot dan sebagainya... Ada la selingan humor sket..

Kalo korang ni jenis busy cam Kaklong better tengok 1 jam yg terakhir. Yang depan2 tu tak tengok pun okay je. Tak rugi apa-apa.

Watak Grace dan Gavin dibawa dengan begitu baik. Dah ler Grace tu cantek sangat Kaklong tengok, nampak dia caring dan amik berat sangat kat Pete, naga tu, hutan dan orang sekeliling.

Yang Gavin tu memang kene la dengan gaya gelepor nak tangkap naga dan ada sifat tamak sikit. Tapi time adik dia dlam bahaya, dan dan tu dia masuk ke dalam bahaya nak selamatkan adik dia. Menunjukkan dia bukan la jahat, cuma jenis gelepor nak berlagak kat orang kampung.

Citer ni Kaklong rasa2 la kan, nak tunjukkan kasih sayang antara Pete dan naga dia. Tapi tak sampai..

Mana nak sampai, yang Pete tu muka takde perasaan, yg naga tu pun muka takde perasaan (hodoh pula tu). Part yang nak tunjuk kasih sayang tu kan boring sampai bole lelap. Sampai Kaklong tertanya2 "apakah motif ke"slow"an ini?"

Salah satu sebab kenapa citer ni boring ialah skrip teruk sangat. Macam takde skrip pun. Yang cakap banyak sikit pun atuk tu je. Yang lain2 tu skrip simple2.

Kalo nak tunjuk kasih sayang kene bagi skrip sedap2 dalam scenes Pete borak dgn naga. Memang la naga takleh cakap, tapi bole respond dengan perbuatan dan bunyi. Alaa, benda ni Disney expert la. Cer tengok citer2 Disney yang lain.. Bakpe ntah bole downgrade sampai macam ni..

Mungkin review Kaklong cam emosi je kan..
Tapi itu la emosi yang Kaklong rasa sepanjang 2 jam tu..
Kalo bole nak ajak je abang keluar sebab punya la ngantok aka boring..

Tak best punya pasal Kaklong bagi 🐲 out of 5.

Bye

2 ulasan:

  1. Terus rasa macam nak cari balik filem asal dia (1977) tu dan bandingkan mana yang lagi bagus arahan dia...

    Itulah... nampak naga tu rupa hodoh sangat bila dilukis balik dalam bentuk 3D.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Saya pun rasa nak tengok.
      Tak expect naga tu rupa gitu.. At least macam naga Never Ending Story pun dah okay..

      Padam

Komen la sikit ^^