Halaman

Kebaikan Minyak Kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil (VCO) untuk Kesihatan Dalaman

Hai.

Dalam bahagian pertama kita dah borak pasal Apa itu Virgin Coconut oil.

Bahagian kedua ni pula, kite borak pasal Kebaikan Virgin Coconut Oil untuk Kesihatan Dalaman.


Minyak kelapa dara ni mengandungi lemak baik iaitu MCFA's (medium-chain fatty acids)- sorry, tak tau nama bm dia. Jadi ia mudah nak hadam. Biasanya lemak lain perlukan proses 26 step untuk hadam kan, MCFA's dalam vco ni cuma amik 3 steps. Giler punya cepat.

Menghindar Nyanyuk
Kecepatan hadam ni membuatkan ia cepat berubah jadi tenaga dan tak disimpan sebagai lemak (yang buat kita gemuk atau sumbat salur darah kita). Dan proses ni juga dapat menghasilkan ketone yang beri tenaga kepada otak dan ini dapat menghindarkan nyanyuk..

Kejap2..
Otak kita menghasilkan insulin untuk untuk proseskan glukosa supaya beri tenaga pada otak supaya berfungsi dengan baik. Pesakit nyanyuk ni, insulin dalam otak dorang dah susut menyebabkan otak takde tenaga untuk berfungsi dengan baik. Alternatifnya, ketone yang terhasil dari proses digest vco tadi terus beri tenaga kepada otak, dan bantu pulihkan sel otak yang tak bertenaga.
Urm.. buruknya bahasa Kaklong.. -___-"

Meningkatkan Daya Ingatan dan Kecerdasan Otak
Kepada yang takde masalah nyanyuk pula, melalui proses yang sama (ketone tadi), ia dapat beri lebih tenaga  kepada otak; dan meningkatkan memori serta ketangkasan berfikir.

My fellow students? Apa lagi?
Jom ar consume vco ni..
Sebiji atau 2 biji sehari je..

Bekalkan tenaga dan meningkatkan stamina
Mudah digest, namun ia juga bekalkan tenaga yang berpanjangan dan mempercepatkan metabolisma badan. Energy source yang tak memenatkan (sebab guna ketone)

Lepas makan (makanan manis dan karbohidrat tinggi), kita mula rasa mengantuk, letih, nak rehat/tido kejap. Kalo tak tido pun rasa macam  malas je nak buat keje/ malas nak fikir banyak2.
Tapi kalo tak makan penat pulak.

Apa yang para atlet buat ialah consume vco ni sebagai sumber tenaga sebelom practice event.
Apa kata korang pun try..
30 minit sebelom practice korang campurkan 1 sudu vco, 1 sudu madu asli, 1 sudu chia seed.
Mesti rasa lain. Try la..


Meningkatkan Sistem Imunisasi (Anti-Bakteria, Anti-Virus, Anti-Fungal)
Bakteria jahat, kulat, parasit dan virus yang membiak dalam perut dan usus kita adalah punca utama pelbagai penyakit.
Mesti ramai tak percaya kalo Kaklong cakap penyakit kulit mungkin berpunca dari usus, bukannya kulit tak bersih atau kuman yang serang kulit.

Salah satu komponen MCFA's ni ialah Asid Lauric.
Lepas digest dia akan transform jadi Monolaurum.
Dorang ni mampu bunuh patogen dalam badan seperti bakteria jahat, menghalang virus dari multiply dalam sistem pencernaan kita; sekaligus dapat mengelakkan badan kita kene infection.

Kalo korang sakit, disaran amik vco ni lebih sikit (3x sehari contohnya), pastu makan banyak sayur hijau dan rebus ayam atau ikan atau daging sekali dgn tulang. Rebusan tulang tu sangat baik utk perut. Jangan rebus daging saja, pastikan ada tulang sekali. Sebab kita nak hantar soldier lawan dgn patogen dalam perut. Pastu elakkan makanan bergula dan karbohidrat tinggi, sebab itu akan jadi tenaga pula kepada patogen tersebut.

Meningkatkan Pencernaan
Minyak kelapa dara meningkatkan pencernaan dengan cara membantu perut menyerap zat seperti vitamin, kalsium dan magnesium. Kalo korang makan sekali vco dan omega-3 fatty acid, proses pencernaan akan jadi lebih efektif.
Siapa yang ada masalah pencernaan dan metabolik (jarang buang air besar- seminggu sekali contohnya; dan makan sikit/sama je macam orang lain tapi gemuk); try amik vco ni. Korang akan lebih kerap buat air besar in shaa Allah..

Mengurangkan Rasa Lapar
Berita best untuk korang yang diet macam Kaklong

Kajian dibuat ke atas sekumpulan manusia, dan didapati orang yang consume paling banyak MCFA's (yang terkandung dalam minyak kelapa), makan paling sikit dalam diet seharian dia.

Satu lagi kajian menunjukkan siapa yang makan banyak MCFA's waktu sarapan, akan makan sikit je masa lunch sebab tak rasa lapar.

Oleh itu disarankan korang amik sebiji/sesudu minyak kelapa dari selepas makan.
Jangan amik sebelom makan, nanti penyerapan dia kurang berkesan.

Mengurangkan Berat Badan

Makan lemak (minyak kelapa) dapat membuang lemak dalam badan.
Macam kelakar tapi logik.

Kajian dibuat ke atas tikus yang disuntik sekali sahaja dengan capric acid (salah satu komponen dalam MCFA's), tengok2 tikus tu makan sikit je dari kebiasaan.

Didapati lemak2 yang dibakar dalam eksperimen tikus tu menyerupai lemak yang dibakar ketika berpuasa. Jadi secara automatik MCFA's ni buatkan badan guna tenaga simpanan (lemak bawah kulit) dengan berkesan tanpa perlu kita berlapar untuk bakar lemak. Ini relate dengan ketone yang dikeluarkan oleh hati dalam proses digest kerana nak cerna dia perlukan 3 steps je instead of 26.

Menghalang dan Merawat Cancer
Proses digest vco tadi menghasilkan ketone kan. Ketone ni adalah sumber tenaga alternatif, Kaklong ada citer sikit kat SINI
Sel cancer ni sebenarnya bergantung kepada glukosa yang terkandung dalam gula, karbohidrat dan benda2 manis. Tapi dia tak dapat akses Ketone, Maknanya dia tak dapat gunakan ketone sebagai tenaga dia, Dorang tak geng. Bila takde tenaga dia tak dapat berkembang, tak dapat multiply, tak dapat berjangkit ke sel lain.

Ada sorang doktor Jepun buat kajian (sorry takde sumber, Kaklong pernah baca je) dan katanya kalo nak elakkan cancer atau elakkan merebak, kene buat sel tu kebuluran. Jangan bagi glucose atau sebarang jenis gula. Kat sini kita nampak relate dia kan.

Menstabilkan Hormon
Virgin Coconut Oil ni dapat membantu menstabilkan hormon secara semulajadi kerana ia mengandungi asid lauric yang tinggi. Kajian menunjukkan ia sangat baik diambil ketika menopause dan membantu menstabilkan hormon estrrogen dalam badan.

Bahagian 3 nanti kita sambung tentang kebaikannya untuk kesihatan luran pula..
Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^