Halaman

Tak Perlu Korek Telinga

Hai..

Tau tak tahi telinga ni ada 2 jenis...
Iaitu jenis keras dan jenis cair.
Dan ia ditentukan oleh faktor genetik. 

Pemerhatian Kaklong kan, orang yang suka korek telinga ni; bila makin berusia, dia akan makin pekak.
Pekak bukan tak dengar langsung, tapi orang lain asyik kene ulang-ulang je cakap..
Nak nak kalo dia tak tengok kita, lagi la dia tak dengar kita bercakap..

Macam ada sorang ahli keluarga Kaklong yg dikenali sebagai Encik X (bukan nama sebenar), selalu nampak dia korek telinga.
Kalo tak nampak dia korek telinga, dalam tong sampah selalu sangat ada putik kapas yang dah kuning2. Sapa punya lagi kalo bukan Encik X..
Sebab tahi telinga kami jenis keras. Dia sorang je jenis cair.

Dah semakin berusia ni, kita asyik kene ulang banyak kali cakap; baru dia faham..

Pastu Encik Y pun camtu.
Bole kata hari-hari korek telinga..,
Usia Encik Y sekarang dah dekat 40, dan memang Kaklong kena ulang banyak kali.
Baru dia faham..
Tu pun kadang2 cakap faham, tetibe sampai masa kata tak dengar pun kita cakap macam tu..
Aiyooooo...

Encik Z lebih berusia dari ayah dan dia pun sama asyik tak dengar je..
Nak nak bila cakap tepon, kita kene pekik-pekik pastu ulang..

Pemerhatian Kaklong dorang ni ada persamaan iaitu  suka korek telinga..

Kalo kata sebab dah tua lambat pick-up cam tak logik pulak.
Dorang ni lelaki bekerjaya dan banyak buat keje teknikal. mesti otak ligat punya..
Kalo jenis orang duk umah cam Kaklong dikatakan lambat pick-up ada la logik sket..

Sebenarnya kita tak perlu pun korek telinga.
Kerana telinga kita ni ada auto-cleaner..
Sampai masa nanti kotoran tu akan bergolek jatuh dan time amik wuduk kita dah sweep dia bagi licin..
Tahi telinga yang dirembeskan berfungsi untuk memerangkap bendasing dari masuk ke dalam telinga..
Tapi kita pegi korek buang pula, kesian telinga kene produce wax baru..
Lagi tak best, habuk yang dah dibuang, kita pegi mampatkan semula dengan putik kapas..
Ada kebarangkalian tahi telinga yang dimampatkan dari semasa ke semasa akan mengeras sekeras kerasnya. Bahaya tau..

Dalam telinga bukan hanya ada organ pendengaran; tapi yang lebih penting lagi organ yang menjaga keseimbangan badan..
Banyak sangat korek nanti berlaku kebocoran gegendang telinga, susah pulak..

Oleh itu jangan biasakan diri korek telinga ya..
Sekarang memang rasa okay je, sampai masa nanti datang mudarat, susah pula..

Tahi telinga Kaklong jenis keras, jadi apa Kaklong buat ialah titikkan minyak baby atau minyak kelapa dara bagi di lembut.. Pastu korek dengan guna jari kelingking untuk buang tahi telinga yang tercapai je.

Cuba elak korek telinga mulai sekarang ya.

Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^