Halaman

Pengembaraan Mencari Kurus Day 4

Hai..

Dah masuk hari ke-5.
Macam cepat je kan..

Tapi kan berat naik 300g.. Huwaaaaaa T___T
Kenapa? Kenapa?
Adakah kerana tak bersenam?

Okay, takpe2.. relax relax..
Kita proceed ke kronologi kejadian hari k-4.

Sarapan:

Semalam selepas subuh perut Kaklong lapar giler..
Dah muak dah makan telur separuh masak, naik loya dah nak telan (Kaklong memang tak suka makan telur). Nak masak ikan atau ayam tapi belom defrost.
Oleh itu, improvise sket:
 - telur goreng 2 biji, dan buat kuah pedas curah atas dia.. Kuah ni cuma minyak, cili serbuk, bawang, air sikit dan garam je. Gula, sos cili dan kicap takleh tau..Kuah ni semata2 nak masking hanyir telur tu.. Bawang tu tak makan semua, colek kuah je..
- air kosong (tak larat nak telan green tea lagi.. T___T)

Makan tengahari:
Semalam busy sket.. Lupa nak defrost ikan.. Pastu tak sempat masuk dapur..
Lapar punya pasal, minta abang beli je..
- kfc (yay!..eh..) - makan ayam je 2 ketul dengan coleslaw

Abang beli snack plate utk Kaklong, oleh itu air, kentang lenyek dan roti abang makan..
Kite makan dua benda ni je.. (sob sob)
Pastu cicah sos cili sesudu, sikit je.. Patutnya tak bole sbb sos cili banyak gula..

Dinner:
Dah tak lalu nak makan.. Lupa juga defrost ayam.
Tapi lapar...
Pikir punya pikir, buat sup je la..
- sup sayur kobis bunga dan pak choy; pastu pecah telur sebiji. 
Konon nak buat telur tu jadi mcm kat restoran siam tu, tapi tak jadi pulak.. Camana ek dorang buat?

Esksesais langsung tak buat.

Air kosong cuma 1.5L je... Kurang 500ml.
Semalam tido awal kul 10, tu yang tak sempat lagi 500ml kot..

Bagi Kaklong Diet Atkins ni memenatkan kerana:

1) Kene masak 
- biasanya abang mkn kat kedai time keje, pastu balik keje tu dia beli je apa2 utk kami makan. Kaklong masak pun sekali sekala je time hujung minggu atau time abang cuti. 
- Dalam diet ni, hari2 kene masak.. Letih.. T__T

2) Masak dan makan 3x sehari (minimum)
- biasanya Kaklong makan 2x sehari je:
  1) brunch - gabung breakfast dan lunch dalam pukul 10 atau 11 
  2) makan petang - lepas tu tu makan dalam pukul 6 atau 7
  3) waktu2 lain kunyah2 biskut, maruku, kerepek camtu..
- dalam diet ni kene masak 3x sehari; pastu makan oun 3x sehari. Bagi Kaklong banyak sangat ni.. Tak larat nak makan.. Tapi makanan dia buat kita mudah lapar (sebab takde karbohidrat dan gula), nak taknak kene makan jugak la.. T__T

3) Telur
- Telur ni sumber protein yang paling mudah disediakan dan lama jugak rasa kenyang 
- Makan telur ni lebih cepat kurus berbanding sumber protein lain seperti ayam dan ikan.
- Tapi Kaklong tak suka telur.. T__T

4) Senaman
- Diet ni paksa badan kita bakar lemak sebagai sumber tenaga; memandangkan karbohidrat dan gula langsung tak masuk. Oleh itu badan akan cepat susut dan akibatnya kulit akan jadi menggeleber.
Untuk elakkan masalah ni, kene workout setiap hari untuk fit-kan tubuh kita.
- Selain tu, bersenam akan turut sama membakar lemak; jadi lagi cepat turun berat badan.
- Tapi Kaklong tak suka bersenam.. T__T

Walaupun memenatkan, Kaklong akan cuba sedaya upaya teruskan juga diet ni sehingga sampai ke target.
Tujuan utamanya sebab Kaklong nak pregnant.
Yang kedua, Abang Long ni awet muda.. Umo dia dah 39 tapi badan dia fit (sebab kerja dia banyak bergerak) dan muka dia pun muda. Selalu je orang ingat dia fresh grad. Kaklong pulak 32 tahun dan memang nampak macam 32 tahun pun.. Mana bole gitu, tak match la...
Oleh itu, kalo Kaklong kurus sket mungkin nampak match ngan abang (agak2 je)

Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^