Halaman

Pengalaman Jual Emas kat Ar Rahnu Express

Hai.

Baru-baru ni beberapa barang niaga Kaklong telah abes secara mengejut sebab kene borong.
Dan dan tu nak restock, tapi tak cukup pulak duit (borong kene banyak, bayar pun kene banyak la jugak jawabnya.. T__T)

Takde duit punya pasal, Kaklong decide nak gadaikan emas simpanan Kaklong..
gold coin 3 keping

gold bar 1 gram 3 keping

suku dinar 3 keping

Yang lain2 simpan lagi..
1 Dinar ni pun simpan

Sebelom ni Kaklong ada cuba jual direct dengan harga beli kepada orang lain, tapi rata-rata nak murah lagi, dan offer harga yang bukan-bukan..
Tanya2 stokis pun takde yang nak amik buat masa ni.
Kaklongtakde la tanya semua orang; setakat yang Kaklong kenal je la..

Kat Pulau Pinang ni tak banyak Ar Rahnu yang terima emas Powergold
Dan Kaklong tak dapat nak tunggu proses jual beli dari stokis.
Oleh itu, kami pun pusing2 la cari Ar Rahnu..

Ar Rahnu Yapiem hanya terima barang kemas.
Ar Rahnu Exchange tak terima emas amethyst (katanya takde dalam list)
Nak pergi pajak gadai bukan Islam, nanti ada riba kan.. Kalo bole nak elak la..

Last2 masuk pulau cari Ar Rahnu Express..
Bapak payah nak jumpa sebab kami tak kenal area pulau..
Akhirnya jumpa pun..

Naseb baek Ar Rahnu Express terima semua jenis emas termasuk gold bar, gold coin, dinar, barang kemas
KAtanya sebab dorang Habib Jewels (atau under Habibs Jewel ke apa macam tu la, Kaklong tak faham sangat), maka semua emas pun dorang amik.. Mungkin kerana mereka bole leburkan utk buat barang kemas. 

Dia offer nak beli, harga RM160/gram emas 24k.
Jadi dapat RM1223.00

Kalo gadai/simpan dapat 75% dari nilai tu pastu upah simpan RM12 sebulan selama 6 bulan.

Ni first time Kaklong gadai emas, macam blur2 je tak tau nak decide.
HArga emas semasa pula Kaklong tak check, sebab pikir nak gadai je..

PAstu pegawai tu bagitau, kalo barang kemas better pajak sebab sayang bentuk dia dan ada sentimental value..
Emas gold bar dan dinar camni bole jual sebab beli lain pun bentuk camni gak..
Lagipun lepas cabut ni, wrapping dia dah rosak, nak jual balik pun tak cantik..
Apapun terpulang pada Kaklong..

Betul apa dia cakap tu..
Memang la sayang kan, tapi kalo beli baru, ada packaging baru, no siri baru..
Berat tetap sama..

So, decide nak jual, takyah pikir pasal nak tebus balik nanti.
Saje je nak tunjuk, nanti tak caya pulak

Pegawai tu buka wrapping emas tu dan timbang
Pastu dia pegi check ketulenan emas tu pula.
Pastu dia buat keje kat komputer dia dan amik cash bagi kat Kaklong

Erm, senang sangat.
Sukanya!

Pastu kami pun balik.

Balik je terus Kaklong check harga beli balik emas pada hari tersebut.
Kalo tolak semula kat syarikat, dorang amik dengan harga RM1402
Beza RM179

Takde la rugi, sebab harga time Kaklong beli tahun tahun lepas jauh lebih murah..
Cuma kalo jual direct dapat extra RM179..
Tapi takde pulak orang nak beli time ni.. T___T
Harga emas 2 tahun kebelakangan ni..

Pasni kene kumpul semula emas gantikan 6 keping yang hilang tadi..

RAmai juga yang cakap better simpan barang kemas, bole pakai, takyah bayar zakat..
Kene ukur baju kat badan sendiri la..
Kaklong payah nak kumpul cash. Ada duit je, pegi borong, ada duit pegi borong..
Kalo simpan, duit slow je masuk..
Kalo belanja, laju je masuk..

Tu pasal simpan emas kecik2 ni..
Paling murah RM100++
Paling mahal RM250++

Harga macam ni, memang bole sangat Kaklong beli.

Sapa yang macam Kaklong angkat tangan.

^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^