Halaman

Pengalaman Check Kesuburan

Salam..

Geram pulak dengan digimon ni..
Tak nak evolve2..
Digimon adik2 Kaklong dah mati beberapa kali..
Yang Kaklong nyer retarded la pulak..
Apa daaa...

Nak citer pasal lain..

Kaklong dah 2 bulan tak mai period. Harap2 ada baby la dalam perut ni..
Baru2 ni Kaklong check guna pregnancy test tu..

Negatif..

Erm, sedih giler...
Dan dan tu Kaklong ajak Abang Long gi klinik sakit puan; sebelom ubah fikiran..
Sebelom ni Kaklong dah beberapa kali nak pegi..
Sekali tu pegi, klinik tutup..
Waktu2 lain, Abang Long keje..
Bila Abang Long ready, Kaklong pulak tak nak pegi..

Ramai orang suruh buat check-up, tapi Kaklong yang taknak..
Kaklong takot...
Mungkin orang tak faham kot..

Takot kalo dapat tau Kaklong mandul; Kaklong akan rasa sedih giler dan bersalah pada Abang Long for the rest of my life. Dan kalo orang tanya pasal baby ke apa, mesti Kaklong akan terasa hati kerana Kaklong l punca kami takde zuriat. Pastu memang tak berharap apa2 dah..

Takot juga kalo tau Abang Long yang mandul; Kaklong takot tiba2 muncul rasa menyesal kawen ngn dia. Gara-gara dia; Kaklong takde zuriat. Dah la sunyi duk sorang2 kat rumah. Duk umah flat, jiran pun tak keluar rumah, kawan pun takde. Duk la bercakap dengan dinding for the rest of my life. Lagi teruk kalo bergaduh ke apa, Kaklong terungkit bab ni.. Ye la, perempuan ni pendek akal bila marah..

Jadi, kalo kami tak check; masing2 masih ada harapan dalam hati dan berusaha untuk dapatkan baby dengan cara pemakanan dan cara hidup. At least takkan putus harapan..

Panjang la pulak..

Jadi sebelom Kaklong tukar fikiran, kami terus pi klinik sakit puan ni..
Tapi orang Melayu memang macam ni kot..
Kat front desk tu, ada beberapa orang nurse, dan sorang lelaki duduk kat kerusi yang dikhaskan untuk patient nak register. Lelaki tu datang borak-borak.

Masa register tu, lelaki tu terus je duduk situ; Kaklong berdiri je di sebelah dia sambil bagi ic dan tunggu nurse register.
Nurse tu pulak bagus; sambil taip-taip dia duk borak-borak lagi.
Berhenti taip, borak lagi.. Sambung taip, berhenti taip borak lagi..
Aiyoooo..

Register tu patutnya kejap je, jadi lama gara-gara dia tak mampu meninggalkan borakan untuk menyiapkan daftar nama pesakit dalam sistem.

Tak lama kami masuk ke bilik doktor dan cerita detail tentang masalah kami. Doktor cerita apa kemungkinan yang menyebabkan belom dapat zuriat.
Doctor nak buat pap smear, scan, dan amik darah untuk check hormon..
Semuanya dalam lingkungan dua ratus lebih kata doktor.

Kaklong tak jangka macam tu..

Beberapa tahun lepas Kaklong kene gastrik, pastu gi klinik dan tetibe doktor tanya pasal umo, berapa tahun kawen dan ada anak ke belom..
Terkejut gak, tetibe je tanya benda yang takde kene mengena.

Pastu doktor suruh datang semula pada hari ke-3 period, nanti dia bagi makan ubat..
Kalo tak menjadi, dia akan bagi test lain pulak..
Kalo seme tak jadi, baru la check suami..

Itulah yang Kaklong jangkakan berlaku bila kali pertama datang ke klinik sakit puan ni..
Ingatkan abes dalam RM150 camtu, sekali 200 lebih..
Takpe la, buat je..

Pastu dia suruh baring, dengan innocentnya Kaklong baring..
Rupanya kene tanggal seluar dan semua yang bawah sebab dia nak masukkan alat dan amik sample!

Ohhh, tidakkkkk!

Menyesal sangat datang..
Kalo tau aku tak datang!

Peristiwa tu sangat tak seronok; dan tak suka dan lain-lain lagi yang tak.

Kemudian doctor masukkan scanner untuk scan ovari..
Dia tunjukkan ovari dan beberapa telur dalam ovari yang tak matang..
Sebelah kiri banyak, sebelah kanan pun banyak..

KAtanya Kaklong berkemungkinan mengalami PCOS.
Maksudnya telur banyak, tapi tak matang dan buatkan sperm tak jumpa ovum untuk bersenyawa.
PCOS di disebabkan masalah hormon..
Lagipun Kaklong ada ciri-ciri orang yang kene PCOS.
Tapi tak confirm lagi sebab kene check darah.

Dalam 2 minggu lagi kene pi balik tengok result darah.
Dan doktor bagi juga asid folic, katanya kene makan kalo nak mangandung.
Dan Abang Long pula kene check kat lab.

Abang Long nampak macam tak rela je..

Biasa la tu, time orang lain kita encourage pegi check.
Time kita, takot pulak kan.

MAsa bayar tu, sekali kene RM315
Aik, doktor cakap 200 lebih je..
Pelik ni...

Ye la, RM299 pun dikira dua ratus lebih ye tak..
Acis folik yang sikit tu RM15 la kot.

Bye.

4 ulasan:

  1. Kak long..

    nanti ada masa tengok email ye. Siqah ada send email :)

    BalasPadam
  2. Kak Long.. terima kasih share pengalaman check di klinik. Moga dipermudahkan..

    BalasPadam

Komen la sikit ^^