Halaman

Pencuci Muka Terbaik

Hai..

Kulit muka Kaklong tak ada la masalah sangat .
Cuma satu je.

Resdung.

Silap makan sikit, gatal muka.
Silap makan , naik jerawat.
KAang-kadang jerawat halus, kadang-kadang jerawat besar yang merah menyala dan pedih bila tak disentuh. Kalo sentuh lagi pedih..
Paling tak syok bila kene infection, dia pun bernanah..
Huuuuuu... Tak best..

Susah sangat nak cari pencuci muka yang sesuai.
Pernah satu yang sesuai ialah Clean & Clear. Time tu memang clean and clear sungguh kulit wajahku.
Pastu jenama tu tukar packaging sikit..
Bau dia berubah, texture dia berubah dan hasilnya pun berubah..
Dah tak sesuai dah pakai..

Pastu try and error sampai la jumpa pencuci muka Nivea yang kaler pink.
Yang tu sesuai..
Lepas pakai dua tiub, Kaklong pi cari tiub yang ke-3, dah takde dah yang tu..
Dia tukar packaging dan nama sekali.
Try la pakai yang lain, tapi tak berkesan jugak..
Huuuuuuuu


Sekali lagi try and error dan jumpa sabun muka homemade dari satu kakak ni..
Kaklong order yang kolagen punya..
Sebuku kecik tu RM30.
Try pakai, alhamdulillah, clear muka, moist dan halus je..
Suka sangat.

Tapi cepat abes la..

Masa nak beli kali kedua, tengok kakak tu upgrade sabun tu supaya lebih berkesan (kot)
Beli sekali lagi yang kolagen juga

Tapi

Wooooooo!
Teruk sangat.
Muka naik gatal-gatal, miang, dan berjerawat macam kene serang..
Pedih sangat kulit mukaku..

Stop pakai kejap..
Taknak la salahkan sabun tu.
Kot2 Kaklong ada silap makan..

Pastu try pakai balik, confirm memang sabun tu tak berkesan malah buat jadi lebih worst.

Try and error lagi.
Dan akhirnya Kaklong pakai ni..
Syahirah..
First time pakai waktu tu malam tau.
Pagi esok tengok jerawat semua kecut.
Eh? Biar betul.

Dua tiga hari pastu muka rasa clear je.
Dah kurang gatal, kurang kusam dan rasa lembut serta moist.
Ni dah masuk tiub yang ketiga setakat ni..
Jenuh gak nk tunggu abes.

Tapi nak kata muka Kaklong clear sampai takde jerawat tu tak mungkin la.
Sebab Kaklong kan ada resdung.
Taknak ada resdung takleh makan seafood, takleh makan kacang dan mungkin ada benda2 lain lagi yang takleh makan.

Kaklong ni semua benda pun hentam.
Huhuhu..

Kalo korang tercari-cari pencuci muka yang sesuai, try la Syahirah ni; kot2 la berkesan.
Bole didapati kat pasaraya dan farmasi.
Harganya pun mampu milik..

Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^