Halaman

Laptop Rosak

Salam.

Semalam laptop Kaklong rosak.
Masa on tu dia tulis "The RCP Server is Not Available"
PAstu klik ok, dia suruh masukkan password. Password apa? Mana ada set password.
Masa taip pun huruf tak keluar.

Google jugak cara, tapi tak faham..
Pastu abang balik, godek2 tak dapat jugak..

Abang cakap, dia kene explore dulu mana kedai baiki laptop, dan cuti pun lambat lagi (abang keje shift).
Haaa.. bila nya? Orang nak keje la..

Netbook abang tu ada, bole guna dulu sementara..
Kaklong ok je, cuma netbook dia tu lembab.
Kita klik, 3 4 saat kemudian baru dia respond.. Kita dah biasa komputer laju..
Takpe la nak wat camana..

Yang buat Kaklong panik ni, semua keje selama 6 tahun duk dalam tu..
Dan Sabtu lepas, Kaklong baru rakam 4 video tutorial, transfer semua dalam tu sebab memory card kamera ni dah penuh.
Nak buat semula? Tak sanggup.. T__T

Pastu adik cakap, bole keluarkan hard disk tu pastu beli kabel dia utk akses semua data dalam laptop.
Haaaa.. ok2..

Lepas Maghrib kitorang terus gi cari kedai komputer.
Abang la yang tanya2 seller tu, Kaklong cam biasa melilau buat bodo je cam takde kene mengena.
Kabel tu takde jual, kene cari kedai lain..

Sebelom keluar tu, tengok2 laptop kejap..
Ada offer laptop RM1011..
Saje ngecek abang, "nak laptop ni bole tak?"
Abang cakap, "amik la"
Hahaha.. Bestnya pakai amik2 gitu.

Masa nak keluar abang tanya lagi, "nak yg ni ke?"
Eh, betul ke nak  bagi? OMG OMG!
Kaklong cam blur2 kejap, tak expect bole dapat.

Akhirnya amik yg RM1599, sebab yg murah tu pakai Intel Celeron.
Tak sure la beza dia tapi seingatkan Kaklong Celeron utk pakai ringan2, sekali sekala, sikit2 ok la..
Yg buat byk keje cam Kaklong ni better jangan.

Satu lagi Kaklong suka sebab keyboard dia ada nombor kat tepi:
Nampak kan , kat sebelah kanan dia tu ada nombor.
Sangat bagus, senang untuk Kaklong update tracking number..

Tapi yang tak best screen dia tu panjang, Kaklong kene gerakkan kepala ke kiri ke kanan nak baca screen tu. Huhuhu..

Pastu abang sembang dengan seller tu pasal nak cari kabel tapi tak jumpa, dan seller tu cakap kabel takde, tapi casing ada..
Eh, casing ada? Seller tu gi amik.

Casing lagi bagus, takde la risau harddisk tu rosak ke apa.
Yay, dapat 1 casing..
Tetibe laptop lama yang gedabak tu telah berubah menjadi kotak kecik ni..
Seronok pulak rasa..

Sebelom tido, Kaklong replace laptop lama kepada laptop baru ni..
Tapi dalam proses tu Kaklong rasa sebak dan pilu..
Dah 9 tahun laptop tu berkhidmat dengan Kaklong.
Belom hantar baiki pun lagi, dah replace dengan yang lain..

Rasa seolah-olah Kaklong curang.
Rasa macam dalam scene karangan "Saya sebuah laptop" yang tuan dia dapat barang baru pastu tak pedulikan dia dah. Pastu dia pun nanges tapi tetap bangga kerana telah berkhidmat selaam 9 tahun.

Sekarag pun masa tengah menaip ni rasa tak bole move-on la..
Aiyooo, apa ni macam orang putus cinta je..

Tapi bila tengok harddisk ni kan, rasa macam scene Hiro jumpa flash drive kat tangan Baymax.
Ya, laptop lama Kaklong masih ada kat sini dan masih guna, cuma sarung dia je tukar..

Mungkin Kaklong bole namakan Mr. Lappy v2 (sebelom ni Mr. Lappy je)

Okay la, merepek2 je..
Nanti Kaklong update Pengembaraan mencari Kurus yang terbengkalai tu ya..
Harini sakit kepala, takleh berpikir dengan baik..

Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^