Halaman

Facebook App yang Lebih Ringan

Hai..

Siapa ada install Facebook App dan Facebook Messenger kat phone dia?
Tau kan 1 app tu dah makan 30MB dalam phone. 2 apps tu dah makan 60mb.
Belom masuk Page Manager dan Facebook Group lagi..
Pendek kata dalam phone kita ni penuh app dia je la..

Dah ler Whatsapp pun dia punya; Instagram pun dia punya juga..
Balik2 muka dia.. 

Kepada korang yang minimalist macam Kaklong, yakni yang tak mau beratkan phone dengan facebook app yang bermacam-macam tu; ni ada 1 alternatif
FACEBOOK LITE APP

Selain facebook app biasa, dorang turut keluarkan app versi lite ni untuk memudahkan pengguna yang tenet slow dan cuma ada line 2G.

App ni juga bapak ringan.. Cuba tekan berapa download size dia?
1.30MB sahaja..

Betul... Tak caya gi tengok..

Alang-alang dah show-off ni meh Kaklong tunjuk paparan dia..
Simple je paparan dia.. Tapi lengkap dan laju pula tu..

Ini pula newsfeed. Bole like, comment dan share post kawan-kawan seperti biasa.

Contohnya nak komen post kawan kita ni kan, bole:
- tulis komen cam biasa
- add picture cam biasa
- add friend/tag friend dalam komen tu cam biasa
- post sticker cam biasa

Kelemahan dia pun ada juga:
- Like tak bole pilih bentuk love, muka gelak, muka terkejut, muka marah tu. Cuma ada tangan tunjuk "very good je"
- Sticker akan keluar secara random kesemuanya sekali, jadi kene scroll la cari yang sesuai nak tepek kat situ

Bagi Kaklong tu small matter je..

Tapi kan; yang paling best giler app ni kan, tau tak ape?
Wooo.. Bole check inbox terus..
Bole check dan reply dan hantar mesej kat kawan-kawan (serta bukan kawan).
Maka tak perlu la Kaklong install Facebook Messenger.

Best kan? Best kan?
Lagipun bukan selalu pakai messenger tu..  Most of the time Kaklong guna Whatsapp.

Haaa..
Apalagi? Jom ler kiter install beramai-ramai..
1.3mb kot.. Beza tu dengan 60mb.
Banyak mana ruang bole isi app lain..

Moh ler kiter..
Moh ler..

Bye

2 ulasan:

  1. pnh guna pstu uninstall sbb xselesa guna. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Dah terbiasa dgn versi canggih; susah sket nak downgrade. :D

      Padam

Komen la sikit ^^