Halaman

Buntu dengan Dunia Online

Kaklong nak buang diri dari alam maya ni.

Alam maya kini dah uncontrollable.
Kat mana-mana pun kita tak bole pilih apa kita nak tengok.

Kita dah pilih circle yang kita nak tengok.
Tapi semua platform tak bagi kita tengok  circle sendiri.
Dia pilihkan untuk kita.

Tiktok, Reel, Shorts.

Walaupun taknak tapi kaklong tak dapat eak dari scrolllll tak habis-habis.
Walaupun dah penat, kaklong tetap scroll lagi.

Bila balik kampung atau pergi bercuti, kaklong okay je tak masuk ke alam maya.
Tapi bila duduk rumah, memang nak masuk ke alam maya.
Sebab alam maya ni sedap.

Kaklong dah lama dah usaha untuk buang diri dari alam maya tapi tak pernah berjaya.
Kaklong akan patah balik ke alam maya. sebab alam maya sedap.

Ya kaklong dah berjaya buang Tiktok.
Instagram pun jarang buka.

Tapi facebook masih lagi selalu tengok.
Dan selalu sangat terperangkap kat Reel.
Yang terbaru terperangkap kat Shorts pula.

Kaklong taknak la habiskan masa kaklong pegang phone aje.
Kaklong patut guna masa untuk perkara yang lebih produktif.
Kaklong patut ada hobi yang berguna.
Bukan menonton je hobi aku.

Memang tak berguna kalau keje aku cuma menonton je di masa lapang.

Kaklong pun tak tahu camana nak buang diri dari facebook tu.

Kalau nak buang, kaklong kene replace dengan aktiviti lain supaya kaklong tak bosan lalu get back to facebook.

Kaklong dah buntu nak buat camana.

:(


Kaklong ni sebenarnya ada macam-macam benda nak tulis.

Tapi bila ada masa untuk menulis, kaklong dah takde tenaga (fizikal dan mental) untuk menulis.

Menulis ni sebenarnya bagus untuk bantu kita susun kesepahan yang ada dalam kepala ni.

Tapi, macam sekarang ni.
Anak dah tidur.
Tapi kaklong takde keupayaan nak menulis.

Dah setengah jam kaklong duduk depan laptop, tapi tak dapat menaip dengan baik.
Tulis sikit padam.
Tulis sikit padam.

Mungkin juga kaklong patut cuba menulis di waktu pagi selepas Subuh.
Mungkin masa tu otak tengah fresh dan badan ada tenaga.

Betul tak...