Halaman

Shopee sudah Tidak Relevan lagi

Photo by Elīna Arāja

Shopee dah tak relevan dah.
Kupon free shipping tu nama je free shipping padahal diskaun Rm3 je. 
Kene bayar lagi rm1.90.
Ntah apa-apa ntah Shopee menipu macam tu.

Dah la kupon free shipping sekeping je sebulan. Nal lebih kene rebut pada masa-masa tertentu. 
Dah penat tunggu pada masa tertentu tu, nak checkout tengok dah tak bole pakai sebab dah habis kene claim.

Pastu sekarang bole guna satu kupon je.
Sama ada kupon free shipping atau kupon cashback. 
Sebelum ni bole guna dua-dua sekali checkout.

Mungkin korang rasa 'ala, tu takpe la, dapat juga jimat walaupun sikit."

Mungkin kot bagi buyer, tapi bagi seller sakit la.

Kupon tu pakai tak pakai tetap kene tolak komisen kalau seller dah join free shipping atau cashback atau kedua-duanya sekali. 
Yang dapat prefered seller lagi banyak kene tolak. Yang dapat prefered seller plus lagi la banyak kene tolak.

Kesian pulak.

Kaklong sendiri pun kene tolak dalam 8%. 
Tapi setiap kali order masuk shopee tolak lebih dari 10%.
Rupa-rupanya sst tu dia tak amik sekali total tapi dia amik setiap bahagian, pastu rounding pulak. Maka jadi la lebih dari 10%>

Lagipun jualan kat shopee dah makin berkurangan sebab orang masuk kedai pun sikit.
Nak ramai kene la bayar untuk iklankan produk, iklankan kedai, supaya masuk atas² setiap kali orang search.

Camtu la.

Sebenarnya kaklong bukan nak cakap sebagai seller. Sebagai seller memang dah lama dah susah kat survive kat shopee.

Kaklong nak cakap sebagai buyer.
Kaklong tiap minggu pun beli barang kat shopee. Tapi sekarang dah makin menyampah pula dengan sistem shopee.

Sebelum ni masa nak checkout okay je topup shopeepay secukup harga total, tapi sekarang dah tak bole. 
Sistem shopee ni totalkan sekali kos pos walaupun kita pakai kupon free shipping. Lepas dah topup termasuk harga shopping baru la dia bagi checkout harga free shipping (yang takde la free pun).
Maka ada la pulak balance dalam shopeepay tu.

Balance tu bukan apa.
Shopee mmg nak pun kita simpan balance dalam tu.
Selain dari nak kita datang beli lagi sbb sayang balance beberapa ringgit tu, shopee juga nak duit tu tersimpan dalam akaun mereka.

Bayangkan la setiap buyer ada rm1 dalam shopeepay, ada berapa orang buyer kat shopee? Ada sejuta orang, dua juta orang?
Kalau dua juta (tapi tak mungkin dua juta, shopee bukan kat Malaysia je) maka ada RM2,000,000 dalam akaun shopee walaupun takde orang beli apa-apa pun lagi shopee dah dapat pun duit for nothing.

Haaa camtu la.
Tu yang shopee nak juga kita punya RM5 tu.
Kita rasa ala RM5 je, tapi ada 35 juta org yg ada RM5 dalam tu. 

K la itu je nak marah.
Sebenarnya ada banyak lagi sistem dia yang berubah tapi kaklong malas dah nak taip.

Sekarang kaklong dah pindah bershopping kat tiktok.

Dua Perangai Narsissist


Kaklong terkejut dgn dua perangai narsistik ni.

Kaklong tau orang narsistik ni mmg mengganggu hidup orang lain.

Tapi dua perangai ni memang lain macam sikit la (bagi kaklong).

Lepas tau ni rasa nak nanges pun ada.

1. Si narsistik (berkemungkinan) suka sorokkan barang pasangan dia. Contohnya phone, kunci kereta, purse dan apa² la yg penting. Bila pasangan dia minta tolong cari, sis narsistik ni tolong cari sambil marah² /bebel² kutuk "kekurangan" pasangan dia yg "lupa letak kat mana". Pastu si narsistik ni buat² jumpa barang tu dan tambah² lagi merendah²kan pasangan dia tu sambil puji diri "kalau saya takde apa nak jadi ngan awak ni" " sape la yg tahan ngn perangai awak ni" " kalau saya takde awak nak jadi apa" etc. 

Ya Allah.
Aku tak tahu la camana kalau dapat pasangan macam ni.

2. Si narsistik ni cemburu dengan anak sendiri. (Taip ni pun menggigil rasa). Dia cemburu sebab anak dia dapat mak/ayah yang bagus (iaitu diri dia sendiri). Pening kan. Jap kaklong nak taip ni pun pening.

Dia cemburu sebab anak dia dapat mak/ayah yang bagi makanan bagus², pakaian bagus², permainan bagus², education bagus², lifestyle bagus² etc. Dia cemburu sebab anak dia dapat kehidupan yang bagus, padahal dia sendiri yg bagi kehidupan yg bagus tu. Pelik kan. Jangan tanya kaklong la, kaklong pun tak faham fikiran macam ni.

Anak si narsistik ni kene pandai up to si narsistik ni punya expectation; tapi tak bole lebih pandai pada si narsistik ni. Kalau anak dia lebih pandai dari dia, dia tak suka, dia cemburu.

Review Knives Out - Netflix

Knives Out (Netflix)


Sedapnya citer ni.

Kisah sorang atuk kaya didapati mat.i vunuh diri.

Tapi ada sorang detektif ni nak siasat juga secara terperinci. Sebabnya dia diupah oleh orang misteri utk siasat kes pemvunuhan. Tapi bukti menunjukkan mmg vunuh diri 

Dia sedap sebab kaklong rasa bedebor sungguh sepanjang menengok citer ni.

Sampai habis citer pun tak habis lagi berdebor.

Pelakon Marta tu la dia punya ekspresi muka tu yang buat kita rasa berdebor dan risau sepanjang cerita. Very good acting.

Daniel Craig mmg sesuai sangat bawa watak detektif. Syok sangat tengok dia jadi pemikir dalam filem ni dan cara dia expose misteri tu sungguh mengujakan.

Syukur sangat dia stop jadi Bond sebab rasa cam talent dia wasted bila jadi Bond. 

Citer ni tiada unsur s*xual atau elgibitikiyu.

5/5⭐

#ReviewFilem

Bukan Ibu yang Sempurna


Kaklong terbaca something yang menarik berkaitan motherhood.


Ada sorang perempuan ni dia dah 'bosan' dengan hidup dia sebagai mak. Dia dah jemu layan anak². Dia tak enjoy pun kehidupan dia sebagai mak. Dia stress. Dia nak freedom.

Dalam masa yang sama dia rasa bersalah kerana berperasaan begitu. Sepatutnya dia kene la hepi jadi mak. Kene la ceria dgn anak² kecik dia. Kena la seronok bermain ngan anak. Kene la rasa bahagia dpt anak.

Tapi dia tak rasa pun macam tu.

Dan psikiatris bagitau dia camni lebih kurang :

"Kita tak semestinya akan jadi ibu bapa yang bagus dalam semua peringkat umur anak. 

Ada yang bagus masa anak baby, tapi bila anak dah remaja kita jadi mak yg tak bagus.

Ada yg tak pandai handle masa anak tu kecik, tapi bila anak tu remaja kita jadi mak yang best, sporting."

Kaklong rasa make sense juga la benda ni.

Kaklong baca banyak komen yang kata masa kecik dulu kene pukul la, kene cubit sampai lebam, kene jerit macam petir, kene pukul dengan selipar, getah paip, kene tarik telinga dsb, tapi dorang okay je bercerita seolah² pengalaman tu tak traumatizing pun.

Mungkin sebab bila masuk ke fasa remaja mak mereka dah jadi kawan, bole diajak bercerita, diajak bergurau, diajak main tiktok dsb. Jadi kenangan buruk dan kenangan manis si anak tu seimbang. 

Kaklong ada terbaca juga yang kalau kita dah buat silap pada anak, dah takde apa kita bole buat pada memori tu, ia akan kekal sebagai memori buruk. Tapi apa kita bole buat ialah cipta memori baru yang indah, supaya memori indah ni dapat menampal memori buruk si anak tu.

Masih belom terlambat.

The Umbrella Academy 3 dah ditayangkan kat Netflix

The Umbrella Academy 3 dah keudara.

Best sangat citer dia.
Puas hati tengok.


Apapun, memang ada unsur elgibitikiyu pun dalam ni.

Season 1 ada aksi gey
Season 2 ada lesbien
Season 3 ada trans pula

Walaubagaimanapun elgibitikiyu tu bukan focul dalam citer ni, cuma dia nak juga masukkan sekor dua wakil dalam citer ni untuk membrainwash otak kita (dan remaja terutamanya) bahawa elgibitikiyu ni normal kononnya.

Apapun citer dia sedap kalau korang bole ignore kewujudan elgibitikiyu tu.

The Umbrella Academy ni diasaskan oleh seorang pakcik kaya yang adopt 7 baby ajaib dan latih baby ni jadi superhero. Malangnya 7 baby ni rebel pula bila dah besar maka 7 superhero ni tinggal kenangan.

Kat bawah ni kaklong nak recall balik intipati season 1 dan 2. Sape belom tengok jangan la baca ya. Nanti tak best pula. Korang tengok je season 1 tu kat Netflix. Memang best cuma ada elgibitikiyu tu je yang tak best satu.

Season 1

Ayah dorang meninggal dunia lalu anak² ni berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir. Tapi lain pula yg jadi. No 5 muncul dan cakap dunia akan kiamat beberapa hari lagi lalu dia berusaha keras untuk elakkan kiamat. Tapi kiamat jugak. Untuk elakkan diri dari matti bersama kiamat No. 5 bawa semua 7 beradik ni ke masa silam.

Season 2.


Mereka sampai ke masa silam tapi setiap orang sampai pada tahun yang berbeza. Pastu No.5 dapat tahu yang dunia akan kiamat pula beberapa hari lagi dan dia usaha lagi elakkan kiamat dengan bantuan adik-beradiknya. Kali ni berjaya dan mereka berpeluang kembali semula ke masa sebenar mereka. Bila dah kembali, semuanya okay kecuali The Umbrella Academy tak wujud. Yang wujud ialah The Sparrow Academy dan 7 superhero tu ialah orang lain. Halamakk

Season 3 kene tengok sendiri la baru syok.

Tapi best.

4/5⭐ (kurang 1 star sbb elgibitikiyu)

Genre Buku Kegemaran Saya

Dah lama sangat ni tak baca buku.

Lepas kahwin dah tak baca buku. Kaklong banyak baca artikel kat internet dan facebook.

Apapun genre kegemaran kaklong dari ialah :

FICTION

Tak kisah la pasal apa² pun asalkan bukan pasal cinta. 

Buku pasal cinta ni biasanya tebal pastu membebel ntah hapa2 je.

Penulis kegemaran kaklong ialah Ahadiat Akashah. Buku dia semua best². Memang ada unsur cinta tapi bukan keutamaan. Banyak plot dia yang bukan bersandar pada cinta semata². Syok baca.



Buku favourite kaklong ialah "Untuk Semua Gadis yang Pernah Kucintai".

Dan ada satu lagi buku tajuknya "Putik".
Buku ni trauma juga la baca.

Namun begitu,bukan buku fiksyen yang paling banyak kaklong baca.

Paling banyak kaklong baca buku sains dan psikologi. Pastu business and financial.

Kaklong baca buku2 tu demi ilmu pengetahuan je. Ikotkan suka tu, tak suka pun. Baca dan simpan dalam otak.

Tapi buku fiksyen kaklong taruk bawah bantal sampai lunyai buku tu. Punya la suka.

Korang pula suka buku apa?


Purple Famili

Alahai, lamanya laaaa kaklong menghilang.

Dah la lama menghilang, blog ni pun lembab semacam ni kenapaaaa.

Kene tukar template ke ni?
Alahai, malasnya.

Takpe la.
Yang malas tu kita kemudian.
Kita buat yang rajin dulu.

Alang-alang dah muncul ni nak update la sikit.

Gambo raya 2022

Raya kalini muka mmg sebek, sebab kaklong keluar beraya pukul 3. Hahaha.

Kenapa?
Kenapakah begitu?

Sebab baju raya tak siap.
Adik kaklong yang jahitkan baju raya kami sekeluarga. Kan tahun ni raya mengejut, adik ingat sempat siapkan sehari sebelum raya.
Rupanya dah raya.
Hahaha.

Disebabkan takde baju raya, kaklong duk rumah je ngan baby sambil makan kuih raya. 
Dah siap baju tu, pukul 3 baru la start beraya. Tu pun tak basuh pun baju tu.
Hohoho.

Fatin sekarang dah masuk 11 bulan. 
Dah ada 2 batang gigi.
Makan pun takyah blend dah cuma penyek² sikit supaya dia mudah kunyah.

Dah merangkak dah dia.
Laju merangkaknya.
Pastu bila main tu macam lasak jugak la.
Berguling sana sini.
Macam tak percaya pulak ini baby.

Farid pula 3 tahun 9 bulan.
Dah masuk tadika dah.
Tapi belom boleh cakap.

Apapun dia dah ikot² dah orang cakap hujung² tu. Cuma sebutan tak betul.
Kadang tu dia cakap, tapi kaklong tak faham.

Harap² genap 4 tahun dia bole cakap dah.

Teacher kata Farid banyak improve.
Teacher pun cakap Farid bukan speech delay sebab dia banyak cakap tapi bahasa alien.

Kaklong faham Farid tak banyak vocab.
Dan ia berpunca dari kaklong yang tak banyak cakap ngan dia.

Kaklong memang tak banyak cakap, tapi tak sangka efek dia sampai macam ni sekali.

Apapun dongibab.
Kita buat je terus.
Lambat pun takpe Farid asalkan sampai.

Gambate neh!