Halaman

Channel Youtube Kegemaranku : eueu

Hari ni kaklong nak share satu channel YouTube kegemaran kaklong :



Kaklong suka mengait dan berkraf.
Masa rasa boring dan sunyi tu, kaklong akan buka YouTube kat tv dan channel ni la ynag mula-mula sekali kaklong pasang.

Channel ueue ni video pasal kehidupan seharian dia. Dia tunjuk dia memasak, buat kerja, unboxing barang, kemas rumah, pergi shopping, benda-benda macam tu je la.

Tapi dia punya video tu berkonsepkan asmr. Video² dia nampak bersih dan kemas (mungkin sebab penggunaan warna yang senada), muzik pun dia pilih muzik yang menenangkan jiwa.

Kadang tu kaklong takde la tengok sangat tapi rasa syok je bila video² tu menemani kaklong mengait.

Kadang tu tengok video yang sama je ulang².

Korang try la tengok kot² sesuai dengan jiwa. Link dia ada kat atas.

Review Drama Jepun I'm Home

 


I'm Home (J-Drama)

Best citer ni.

Drama kekeluargaan 10 episod.

Setiap episodnya mantap dan penuh misteri.

Kisahnya sorang lelaki ni eksiden, pastu dia koma kejap, pastu bila dah pulih dia hilang ingatan 5-6 tahun terakhir ni. Memori dia masak kecik² dan zaman muda² dulu dia ingat. Cuma 5 tahun terakhir ni dia tak ingat langsung.

Yang paling pelik tiap kali tengok anak dan isteri dia, dia nampak anak isteri dia macam pakai topeng. Tak nampak muka dan tak nampak ekspresi wajah mereka.

Maka bermula la episod dia mencari dirinya sendiri. 

Citer ni sedap ditonton dan buat kita muhasabah diri dan sedikit sebanyak menginsafkan.

Setiap episod dia rungkaikan satu persatu misteri tentang dirinya sendiri.

Sangat recommend semua lelaki tengok supaya faham peranan kita sebagai suami, bapa, anak dan anggota masyarakat.

Yang paling best bekas pakwe kaklong berlakon tuuuu..

WooHuhuuuuu

Ada kat Netflix kalau nak tengok.

Ketagih Facebook



Kaklong kene stop facebook.
Ketagihan kaklong makin lama makin teruk.

Masa menulis ni pun kaklong rasa nak buka facebook, nak check. Nak check apapun tak tahulah. Bukan ada apapun dalam tu.

Baru tadi kaklong unfollow hampir semua orang, tapi gagal kerana facebook block perbuatan kaklong tu. Maybe laju sangat kaklong unfollow. Nanti lepas unblocked kaklong akan unfollow lagi.

Kaklong tak unfriend sebab sayang.
Kaklong masih nak connect dengan mereka. 

Kenapa tak deactivate je akaun tu?
Sebab ada beberapa orang friend yang kaklong sayang sangat kat situ. 
Kaklong taknak kehilangan dorang selama²nya kalau boleh.

Kaklong sayang group "Lukis Apa Harini?"
Walaupun tak melukis, tapi kaklong selalu masuk tengok lukisan dorang. 

Ntah la.
Kaklong pun tak tahu apa kaklong cakap ni. Cuma nak luahkan je apa kaklong rasa. 

Facebook tu memang tempat yang sangat bagus. Tapi sistem dia tu terlalu mengasyikkan sampai ralit dan hidup tak produktif.

Kaklong dapat bayangkan betapa banyaknya kaklong bole accomplished dalam hidup kalau takde facebook.



Mak Anak Dua

 



Dak Farid dah nak masuk 3 tahun tapi masih belom bercakap.

Masa dua tahun dulu dia ikot juga kaklong cakap. Sebutan hujung² macam do (tido), cucu (susu), ti (roti), wi (tv) dsb, tapi lepas tu slow² dia stop bercakap.

Sekarang nak apa² dia tunjuk je.
Ataupun amik benda tu bagi kaklong tanpa cakap apa².

Tapi dia kuat je membebel, bahasa dia.
Pot pet pot pet dia bebel.
Tapi satu pun tak faham.
Kaklong cuma ia-kan je la.

Sebenarnya ia berpunca dari kaklong juga.

Masa dia masuk 2 tahun, kaklong start pregnant.
Disebabkan alahan mengandung kaklong kurang bercakap dengan.
Masa uruskan Farid pun kaklong senyap je 
Mandikan dia senyap, basuh berak di senyap, makan senyap, pakaikan baju dia semua senyap.

Cuma cakap ni, ha, ok, jom... Gitu je la.

Itu yang kaklong sedih.
Kaklong la punca dia belom bercakap.

Adik kaklong yang anaknya 2½ tahun pun belom cakap, tapi ada la sebut mama, no no no camtum

Adik kaklong sorang lagi pun cakap anak dia masuk pra baru bercakap. Dia suruh kaklong jangan bimbang.

Betul jugak tu.
Mungkin kaklong yang terlebih² bimbang.

Sekarang kaklong dah sebulan bersalin.

Mood kaklong dah kembali normal.
Kaklong dah rajin nk melayan Farid.

Cuma dalam masa yang sama kaklong rajin jugak melayan mengait.
Bila dah start mengait tu, kaklong dah tak peduli sangat Farid.
Dan kaklong ni selalu je pastikan progress mengait kaklong ikot jadual.

Tadi kaklong stop.
Kaklong kene betulkan semula jadual hidup kaklong ni.

Kaklong ada sorang baby yang baru berusia sebulan dn breastfeeding.
Dan sorang toddler berusia tiga tahun yag masih belom bercakap.

Inilah dia tugas utama kaklong.
Mengait bukan tugas utama kaklong. Ia cuma hobi. Hobi kita buat masa lapang. Bukan meninggalkan tugasan utama hanya untuk berhobi.

So kaklong plan untuk luangkan masa dua jam sehari je mengait.

Mengait masa anak tido.

Atau masa papa spend time ngan anak.

Diharap dengan cara ni kaklong dapat spend time dengan Farid untuk bantu di bercakap.

Dan kaklong dapat juga lepaskan gian mengait walaupun sekejap.

Kaklong dah uninstall fb.
Fb tu pun macam tiktok juga.
Asyik skrol je sampai tak sedar masa.

Walaupun kaklong ada join grup breastfeeding, baby food dan homeschooling; tapi kaklong bole buka kat browser masa tengah lapang hanya untuk tengok grup tu, bukan untuk skrol skrol.

Semoga perancangan ini berjalan lancar.

Aaminn


Mencari Rahmat : Review Filem


Mencari Rahmat

Lain macam la citer ni.
Takde apa nak komplen selain pujian je yang bole diberi.

Kisah tentang apa ek.
Kaklong pun tak reti nak citer.
Kisah tentang orang kaya².

Lakonan best especially Amirul Afendi tu berlakon macam bukan berlakon je gaya dia tu.

Kaklong paling suka skrip dia.
Skrip dia menggunakan bahasa Melayu standard tinggi. Kaklong terpesona sangat dengar dorang bercakap.

Walaupun bahasa Melayu standard tinggi, tapi para pelakonnya tak kekok langsung melontarkan skrip dengan intonasi yang tepat je bunyinya.
Very sofistikated.

Satu lagi kaklong suka camera work dia (yeke nama dia camera work. Kalau salah sori).
Banyak kali kamera dia buat 1 shot 1 babak.
Jadi cameraman tu kene ke sana ke sini shot angle yg cantik sambil² pelakon tu berlakon dari awal ke akhir tanpa cut. Sedap tengok. Cam tengok teater pulak.

Ada satu babak simple tu, babak dalam tandas.
Tapi tandas kecil tu muat pulak 3 pelakon dan sorang kameramen (atau dua, sebab sorang lagi tukang tolak kameramen kan, betul tak). Cantik shot dia time tu.

Citer dia ringan je, tapi digarap dengan indah.
Terutama gambar dan skrip dia. Indah betul.

Amaran : bukan untuk tontonan remaja dan kanak². Sebab ada maki dan babak sensual yang tak keterlaluan (tapi bila tengok Melayu buat rasa la juga kurang selesa kecuali kalau awak jenis Melayu urban).

Ada kat Mubi kalau nak tengok.
Sekarang tengah offer, rm3 sebulan selama 3 bulan. Pastu rm10 sebulan.

Link kat komen.

#MencariRahmat
#ReviewFilem


Baby Kedua Kaklong

 Sebulan yang lepas kaklong selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.15kg pada pukul 2.30 petang.


Sebenarnya kaklong nak tulis kronologi kejadian dari mula-mula contraction sampai la selesai melahirkan baby.

Tapi kaklong trauma.

Hahaha...

Kaklong rasa tak sanggup nak flashback balik dari awal hingga akhir.

Sebab sakit la apa lagi.

Kaklong tengok blogger lain selamba je buat karangan panjang-panjang secara detail proses bersalin dorang.

Hebat betul. 
Kaklong tak mampu.

Apapun, ini in shaa Allah baby terakhir kaklong. Usia kaklong dah 37. Paling cepat next bersalin umur 39 atau 40.

Risiko juga mengandung pada usia lanjut.
So, rancangannya sampai sini je la.

Kami akan besarkan dan didik dua hamba Allah ni dengan sebaik mungkin. 

In shaa Allah.

Tonton Single Terlalu Lama

  

Kaklong gagal tengok drama Single Terlalu Lama ni sampai habis. Last sekali tengok episod yang Eman masuk ke rumah Yusoff Haslam. Pastu tak tengok dah.

Citer tu best. Skrip best. Lakonan pun best, nampak natural dan ada chemistry antara pelakon-pelakonnya.

Yang tak bestnya kisah selingan dalam citer ni. Kisah Odah dengan minyak urut dia. Kisah Eman dengan content dia. Kisah kawan² Andi.

Kisah-kisah tu mengganggu momentom tontonan kaklong.

Tengah syok2 tengok Andi dan Jasmin bersemut, tetibe muncul Odah merepek².

Tengah syok² tengok kesemutan Andi dan Jasmine, tetibe muncul Emna dengan masalah contentnya yang tak berpenghujung tu.

Masalahnya kalau kelakar tu takpe la jugak, kalau kisah² tu best takpe la jugak. Ni annoying giler kot. Try hard nak buat kelakar tapi tak kelakar pun. Apa benda ntah.

Sebenarnya kaklong nak sangat tau apa yang jadi selanjutnya dalam hubungan Andi dan Jasmine, tapi gangguan dari kisah selingan tu sangat melebih² sampai kaklong cam takleh nak tolerate dah. Nak tengok pun fed-up.

Nanti kalau rasa ok sikit jiwa ni, maybe kaklong sambung tengok balik.

Tapi macam tak je.


P/s : owh, satu lagi kisah adik Jasmin dengan tunang punk dia tu. Asyik marah-marah merungut-rungut. Aku pulka yang stress tengok kapel tu.