Halaman

My Living Room

Akhirnya inilah layout yang kaklong pilih untuk living room rumah kecik kami ni.


Sebenarnya kaklong paling suka tv tu duduk kat depan langsir seperti yang sebelom ini, sebab sambil makan kat dining table bole tengok tv. Tapi soket tu pulak terdedah. Bila cuba sorok nampak buruk je. Lagipun Farid dah nampak dan selalu nak kaco wayar dan soket kat situ

Selepas macam² layout kaklong buat dalam beberapa minggu ni akhirnya kaklong akur. Inilah layout yang paling praktikal, kemas dan mudah pergerakan. 

Pergerakan tu kene consider pergerakan Cik Abang dan kaklong juga. Kalo bole kaklong nak semua barang yang diperlukan untuk keluar rumah ada kat satu tempat sahaja.


Kat hujung sekali tu ada helmet, jaket, cap, stokin dan beg. Bole terus grab je sebelum keluar. Cuma satu je takde iaitu tempat taruk kunci. Kaklong ingat nak sangkut kunci bawah suis lampu (kat sebelah pintu), tapi Cik abang tak berapa suka gerudi rumah orang, maka kaklong tak voice out la pendapat kaklong ni. 

Satu lagi cara, kaklong rasa cantik sangat kalo depan pintu tu taruk satu meja kurus, gantung cermin bulat pastu ada mangkuk letak kunci kat dalam tu. Tapi kalo bole takmo dah beli perabot lain. Nak guna mana ada je pastu improvise. 

Satu lagi cara (banyak pula caranya) almari kecik yg kat tengah tu kan tukar dengan rak bertingkat (yang memang dah ada kat umah ni). Tapi rak tu ringan, kaklong takut Dak Farid panjat pastu rak tu jatuh hempap dia. Tu la sebabnya walaupun rak tu cantik, tapi tak berani nak guna kat ruang luar ni. Prevent ia better than cure kan.

Sofa belom beli lagi. Kaklong berangan dah nak sofa bentuk L pastu ada arm rest supaya selesa kaklong mengait sambil tengok tv. Lepas fikir² balik rasanya tak perlu kot sofa buat masa ni. Farid masih enjoy merangkak, kita bagi la dia merangkak seluruh rumah puas². 

Satu lagi korang tak perasan ke langsir baru tu. Hohoho..
Hepi giler kot ada langsir baru. Rod tu pun tukar juga. Saje je kaklong nak merasa yang bulat pulak. Langsir hijau tu memang diakui tenggelam dalam rumah hijau ni. Pening juga nak pilih warna langsir untuk rumah hijau tau. Mula² nak oren, last² amik hijau je la. Play safe. Next time (time raya kot) kaklong tukar langsir oren pulak. 

Rod tu memang terlebih panjang. Belom rajin lagi nak potong.

Jam tu pun baru beli jugak. Mula² terpikat kat jam hijau. Pastu teringat pula rumah kan hijau, langsir pun hijau. Takkan la jam pun hijau. Macam giler hijau la pulak. Hahaha.

Sebenarnya kaklong memang suka hijau pun. Tapi takde la semua benda nak hijau. Bila rumah dah kaler hijau, terpaksa la korbankan barang² hiasan yang hijau. Tu yang tak best tu. Pastu nak combine kaler pun susah (la bagi kaklong).

Okay.
Living room dah settle. 
Maybe lepas ni siapkan susun atur dapur pulak.

100 FAKTA WAJIB SOKONG PRODUK MUSLIM & BUMIPUTERA

Share semula tulisan Abdul Muein Abadi

Punya ilmiah, siap rujukan pun FB kata Spam. Jom kita copy and paste ramai-ramai dan sebarkan di whatsapp serta wall masing².
.

100 FAKTA WAJIB SOKONG PRODUK MUSLIM & BUMIPUTERA

1. Statistik membuktikan bahawa pada 2019 penduduk Bumiputera berjumlah seramai 20.4 juta orang, iaitu sebesar 69.3%.  Namun begitu, pendapatan purata isi rumah Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera, iaitu RM6,267 berbanding RM8,213 menurut data 2016.

2. Jumlah penduduk Bumiputera hari ini jauh mengatasi penduduk Cina di Malaysia yang hanya berjumlah 6.7 juta iaitu 22.8%.  

3. Jumlah penduduk Bumiputera juga jauh mengatasi jumlah penduduk India di Malaysia iaitu seramai 2.03 juta yakni 6.9%.  

4. Statistik 2019 ini menunjukkan peningkatan ketara penduduk Bumiputera iaitu daripada 20.07 juta orang pada tahun 2018 kepada 20.4 juta orang pada tahun 2019.

5. Pada tahun 2018 jumlah penduduk Bumiputera juga jauh mengatasi jumlah penduduk Cina yang hanya seramai 6.69 juta iaitu 23% dan India seramai 2 juta iaitu 6.9%.  

6. Hanya dalam tempoh tiga tahun iaitu 2017, 2018, dan 2019, jumlah dan peratusan penduduk Bumiputera di Malaysia melonjak secara berturut-turut iaitu dari 19.78 juta orang pada 2017 (bersamaan 68.8%), kepada 20.07 juta orang pada tahun 2018 (bersamaan dengan 69.1%), dan meningkat lagi kepada 20.4 juta orang setakat ini pada 2019 (69.3%).  

7. Dari segi jumlah penduduk yang berusia 20 tahun dan ke atas pula, seramai 12.5 juta orang adalah Bumiputera, berbanding hanya 6.4 juta orang bukan Bumiputera.  Namun begitu, kesemua statistik demografi ini jauh berbeza dengan realiti penguasaan ekonomi dalam negara.

8. Jika dipecahkan kadar pendapatan purata mengikut kaum berasaskan kepada kumpulan pendapatan T20, kaum Bumiputera mendapat jumlah RM14,098 masih jauh dibandingkan dengan kaum Cina, RM20,534 dan kaum India RM16,163 (Rujuk: kapital.my).

9. Dalam kelas M40 pula Bumiputera memiliki jumlah pendapatan purata sebanyak RM5,953, jauh lebih rendah berbanding kaum Cina RM8,162 dan kaum India RM6,669

10. Dalam kelas golongan B40, kaum Melayu hanyalah memiliki RM2,666, jauh kurang berbanding kaum Cina, RM3,446 dan kaum India, RM3,131.

11. Malah kadar insiden kemiskinan mengikut kaum pada tahun 2016 menunjukkan Bumiputera berada di tempat teratas dengan 0.5 peratus, jauh dihadapan berbanding kaum Cina dan India yang masing-masing hanya sekadar mencatatkan 0.1 peratus kemiskinan .

12. Statistik Utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Januari 2018 juga menunjukkan golongan Bumiputera masih ketinggalan jauh dalam pendaftaran perniagaan francais di mana hanya 236 pendaftaran Bumiputera direkodkan berbanding sebanyak 628 perniagaan francais oleh bukan Bumiputera.

13. Kawalan Bumiputera terhadap syarikat senarai awam hanya pada kadar 7.3 peratus berbanding kaum Cina yang memiliki ekuiti 36 peratus dan kawalan yang tinggi sehingga 59 peratus.

14. Statistik daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada tahun 2015 menunjukkan kadar pemilikan hartanah golongan Bumiputera hanya pada tahap 39.5%, berbanding 53.4% oleh bukan Bumiputera.

15. Malah pergerakan pembelian hartanah dalam kalangan Bumiputera berada pada kedudukan sederhana dengan kadar kira-kira satu peratus setiap tahun sedangkan bagi JPPH, pergerakan pembelian hartanah yang baik ialah pada kadar kira-kira tiga peratus setahun.

16. Bagi pemilikan komersial pula Bumiputera hanya mampu berada pada tahap 9.8% berbanding bukan Bumiputera, 46% .

17. Situasi ini tidak banyak berubah sejak lebih 10 tahun lalu.  Contohnya ialah pemilikan ekuiti Melayu Bumiputera hanya sekitar 18.9% berbanding 40.6% bukan Bumiputera .

18. Pemilikan syarikat Melayu Bumiputera hanya sekitar 20.3% berbanding 75.7% bukan Bumiputera .

19. Pemilikan bangunan komersial Melayu Bumiputera hanya sekitar 11.7% berbanding 88.3% bukan Bumiputera.

20. Dari segi Pekerjaan – Pengurusan Tinggi pula Melayu Bumiputera hanya merekodkan sekitar 14% berbanding 73% Melayu bukan Bumiputera.

21. Bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pula, Melayu Bumiputera hanya mencatatkan sekitar 20% berbanding 70.4% yang dikuasai bukan Bumiputera .

22. Bumiputera juga menduduki posisi Tahap Sosioekonomi Terendah dengan peratusan sebesar 76% berbanding bukan Bumiputera iaitu 23.2%.

23. Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan Melayu Bumiputera iaitu sebesar 73.3% berbanding 26.7% bukan Bumiputera  juga menuntut usaha yang lebih besar untuk menyokong barangan dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran yang turut disumbang oleh diskriminasi seperti mana dapatan kajian Cent-GPS pada Mac 2019.

24. Transaksi pemilikan kediaman dalam pasaran primer oleh Bumiputera berbanding bukan Bumiputera pada tempoh sama adalah 38.8 peratus (RM5.63 bilion), berbanding 56.7 peratus (RM8.23 bilion).

25. Bagi pemilikan komersial, peratus transaksi Bumiputera hanya 9.8 peratus (RM21 juta) berbanding bukan Bumiputera, iaitu 46 peratus (RM1.01 bilion).

26. Menurut data pada 2009, tahap pemilikan kekayaan (aset kewangan dan hartanah) Bumiputera paling rendah berbanding kaum lain.

27. Pada 2009, purata pendapatan isi rumah masyarakat Cina ialah 1.38 kali ganda pendapatan Bumiputera. 

28. Dari segi pemilikan kekayaan, jurang ini meluas kepada 1.9 kali ganda. 

29. Dari segi aset kewangan, masyarakat Cina memiliki 2,135 kali ganda lebih aset daripada Bumiputera.

30. Ini bermakna, median aset kewangan seorang Bumiputera hanya RM1, berbanding RM2,135 bagi seorang Cina (data penyelidik yang kini merupakan Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sendiri, Dr Muhammed Abdul Khalid).

31. Maka tidak hairanlah apabila Pengarah Eksekutif INSKEN, Encik Norizan Sharif mengeluarkan kenyataan pada 2015: “daripada keseluruhan syarikat di Malaysia, 27% adalah syarikat milik Bumiputera dan 90.7% syarikat ini adalah mikro. Apabila syarikat ini dibesarkan, maka sumbangannya kepada ekonomi negara juga menjadi lebih besar”.

32. “Bumiputera mewakili 57.5% tenaga kerja Malaysia yang berjumlah 8.35 juta orang…Data berkenaan gaji yang direkodkan oleh tenaga kerja sektor swasta pada 2016 menunjukkan bahawa gaji purata masyarakat Bumiputera adalah jauh lebih rendah berbanding kaum yang lain”.

33. Pakar Runding Ekonomi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Akbar Ali, ketika mengulas Kajian Separuh Penggal RMK11 -  Tanggungjawab Bersama Dan Berkongsi Kemakmuran dalam Sesi Pembentangan Meja Bulat MPM – Media menunjukkan jurang pendapatan antara bumiputera dan bukan bukan bumiputera, penduduk bandar dan luar bandar, kumpulan B40 dan kumpulan T20 dan M40 semakin melebar terutama sejak 2009.

34. Jumlah pemilikan harta kekal dan tidak kekal termasuk saham dan aset lain serta hartanah kalangan B40 yang majoritinya adalah bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

35. Jurang ini harus ditangani segara kerana dari segi jangka panjang, pemilikan kekayaan lebih bermakna berbanding tahap pendapatan. 

36. Dalam keadaan ekonomi lemah, golongan yang hanya bergantung kepada pendapatan akan berdepan risiko pengurangan atau hilang mata pencarian.

37. Sebaliknya, mereka yang mempunyai tahap pemilikan aset yang tinggi mampu mencairkan aset berkenaan untuk mempertahankan kualiti hidup mereka sementara menunggu ekonomi pulih.

38. Dari segi kawalan sektor korporat pula, Khaidir A Majid, bekas Pengarang Ekonomi Berita Harian menyatakan bahawa walaupun penguasaan pemilikan ekuiti dalam syarikat senarai awam oleh Bumiputera berada pada tahap 22 peratus pada nilai par (ASLI berkata pemilikan itu adalah setinggi 40 peratus pada dasar nilai pasaran), namun hakikatnya kawalan Bumiputera terhadap syarikat senarai awam hanyalah pada tahap 7.3 peratus berbanding kaum Cina yang memiliki ekuiti 36 peratus, tetapi kawalan 59 peratus.

39. Kawalan adalah segala-galanya kerana ia menentukan dasar syarikat dari segi pengambilan pekerja, pemilihan pembekal dan kontrakror serta strategi pelaburan.

40. Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara bertemakan ‘Mendepani Cabaran Bumiputera dalam Malaysia Baharu’ pada 2018 sendiri meluluskan 51 resolusi yang dipecahkan kepada enam bidang fokus utama iaitu Nilai, Moral dan Etika; Pendidikan dan Modal Insan; Penciptaan dan Pemilikan Kekayaan; Perniagaan dan Keusahawanan; Tindakan Afirmatif, dan Pembentukan Strategi/Hala Tuju.

41. Daripada semua resolusi dicapai, 12 tertumpu dalam bidang penciptaan dan pemilikan kekayaan, sembilan ditumpukan kepada perniagaan dan keusahawanan.

42. Namun begitu, Bagi pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, resolusi dicapai agak mengecewakan kerana fokusnya lebih tertumpu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera, berbanding usahawan mikro.

43. Beliau menjelaskan hampir 95 peratus daripada peniaga di negara ini atau 85 peratus peniaga Bumiputera terbabit dalam perniagaan mikro.

44. Negara memerlukan strategi lebih drastik untuk membantu usahawan mikro dan kumpulan berpendapatan rendah (B40), kerana yang perlu ialah strategi pengagihan, bukan strategi pembangunan seperti sebelum ini.

45. Barjoyai berkata, untuk mengeluarkan kumpulan berpendapatan rendah daripada kancah kemiskinan ialah dengan cara memastikan sumber modal, kepakaran dan peluang perniagaan disediakan kepada mereka.

46. Sejarah membuktikan perkembangan ekonomi dan kemakmuran masyarakat Melayu cukup penting, kerana Bumiputera tidak harus menjadi lambang kemiskinan seperti berlaku pada 1960-an.

47. Ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan perbezaan kelas yang besar, mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan orang Melayu ketika itu - perkara ini membawa kepada masalah yang boleh menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, seperti yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969.

48. Sekarang ini, pemilikan Bumiputera dalam kekayaan negara adalah 23.5 peratus. Angka ini tidak banyak berganjak sejak tahun 1985.

49. Ini bermakna masih terdapat pengumpulan kekayaan oleh Bumiputera, tetapi hanya pada kadar peningkatan yang hanya mengekalkan kedudukannya pada tahap 23.5 peratus, selari dengan kadar perkembangan 'pie' ekonomi negara, tidak lebih daripada itu. 

50. Jika Bumiputera mahu mencapai sasaran 30 peratus, kadar pengumpulan aset terpaksa lebih tinggi daripada kadar perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.

51. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sendiri pernah mengaplikasikan satu teori dari kes luar negara: Di Amerika Syarikat, terdapat suatu teori - the escape velocity theory. Teori berdasarkan fizik ini menyatakan kadar pertumbuhan sesebuah ekonomi perlu meningkat kepada suatu tahap yang cukup tinggi untuk keluar daripada situasi kegawatan ekonomi. Teori ini boleh diguna pakai untuk menghuraikan kaedah peningkatan kadar pengumpulan aset Bumiputera yang mana kegiatan ekonomi Bumiputera perlu membina suatu momentum sehinggakan momentum itu menjana suatu kadar perkembangan ekonomi Bumiputera yang cergas dan cerdas.

52. Secara mikronya, kita boleh mengambil contoh sebuah perniagaan yang berkembang yang mana selepas perniagaan ini mencapai suatu kadar jualan yang cukup tinggi – hasil kempen utamakan barang dan perkhidmatan Muslim & Bumiputera, dengan kejayaannya menambat hati dan kepercayaan pengguna, maka jumlah jualan tahunannya akan meningkat secara lestari untuk tahun-tahun selanjutnya.

53. Maka seperti mana menurut Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, untuk Bumiputera menjangkau pemilikan 30 peratus kekayaan negara pada tahun 2020, dengan mengambil pemilikan sekarang sebanyak 23.5 peratus dan kadar ekonomi negara berkembang lima peratus setiap tahun, Bumiputera perlu meningkatkan kadar perkembangan pemilikan aset 1.9 kali ganda kadar perkembangan ekonomi atau peningkatan sebanyak 9.4 peratus setiap tahun. Inilah satu-satunya cara Bumiputera dapat mengecapi sasaran yang kita tetapkan 44 tahun dahulu. Inilah escape velocity kita.

54. Namun begitu, peratusan kekayaan Bumiputera hanya meningkat daripada 19 peratus dari tahun 1985 kepada 23.5 peratus sekarang.

55. Dalam ekonomi berpendapatan tinggi, perniagaan industri perkhidmatan memainkan peranan penting dalam pembentukan keluaran negara kasar, yang mana industri seperti kewangan dan industri sokongannya boleh menjadi antara sumber utama pendapatan negara.

56. Malah, menjelang 2020, penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi disasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus oleh Unit Perancang Ekonomi sendiri di bawah RMK-11.

57. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) sendiri menggariskan lima strategi bagi memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB) dalam meningkatkan pemilikan kekayaan, termasuk memperkasa modal insan dan memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera.

58. Strategi pertama bagi memperkasa modal insan Bumiputera, latihan kemahiran tinggi dan program profesional bertauliah seperti Program Peneraju Skil di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. 

59. Strategi kedua bagi meningkatkan penguasaan efektif Bumiputera dan mengekalkan pemilikan korporat, strategi pelaburan untuk menambah baik pemilikan ekuiti akan diperluas.  Ini akan juga melalui peningkatan pelupusan aset dan aktiviti bukan teras syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan kepada usahawan Bumiputera, serta memperkenal mekanisme pembiayaan baharu bagi aset kewangan.

60. Strategi ketiga, memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera dengan memperkukuh program berasaskan institusi bagi pemilikan aset serta memperkenal mekanisme pembiayaan baharu bagi aset bukan kewangan.

61. Strategi keempat antara lain akan memperkasa KEB dengan mengurangkan pembiayaan dalam industri bernilai tambah rendah dan tidak strategik, mempergiat program pembiayaan usahawan dan mempertingkat program bersepadu kepada perusahaan Bumiputera.

62. Strategi terakhir ialah mengukuh keberkesanan penyampaian program berorientasikan Bumiputera dengan mewujudkan pangkalan data bersepadu yang mengandungi maklumat status sosioekonomi Bumiputera dan mempermudah prosedur kerajaan bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

63. Kempen utamakan perkhidmatan Muslim & Bumiputera profesional tentulah menampung keperluan kesemua strategi RMK11 ini.  Namun begitu, ia direncatkan oleh beberapa kelemahan kerajaan Pakatan sendiri yang sudahlah menyelewengkan kempen ‘Buy Muslim & Bumiputera First’ (BMBF) sebagai ‘boikot’, tetapi lebih membimbangkan lagi turut melaksanakan beberapa tindakan yang regresif dan destruktif untuk mencapai matlamat Komuniti Ekonomi Bumiputera di bawah RMK-11 ini.

64. Antara tindakan yang regresif dan destruktif kerajaan Pakatan ialah Sistem perolehan kerajaan Pakatan kini tidak lagi mesra Bumiputera. Laporan dan maklum balas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menunjukkan bukan sahaja jumlah kontrak makin berkurang malah kerajaan mengeluarkan tender-tender yang terlalu besar nilainya kepada kontraktor Bumiputera. Ini hanya akan menggalakkan amalan Ali Baba kerana syarikat Bumiputera yang layak tidak dapat menyediakan modal dan ini membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan status Bumiputera mereka untuk menjual kontrak kerajaan. Pelbagai pihak telah bersuara namun masih tiada tindakan sehingga kini. Pihak Kementerian Kewangan perlu bertindak segera agar persepsi bahawa masyarakat ekonomi Bumiputera terancam dengan pentadbiran Pakatan Harapan dapat ditepis. MTEM sendiri telah menerima maklum balas daripada persatuan kontraktor Bumiputera yang mengesahkan rungutan ini. Anehnya Kementerian Kewangan seperti tidak peduli tentang maklum balas ini ).

65. Lambakan pekerja asing masih gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan PH. Kegagalan ini bukan sahaja mengancam perusahaan mikro Bumiputera, bahkan akan melambatkan perjalanan Malaysia mencapai status negara maju kerana industri-industri di Malaysia tiada insentif untuk meningkatkan teknologi dan produktiviti mereka.

66. Wawasan dan rancangan kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera masih kurang jelas dan ini menyebabkan kaum Bumiputera mempersoal kesungguhan kerajaan PH untuk menjaga kepentingan mereka. Apa khabar Teraju, Ekuinas, MARA dan agensi-agensi serta program pemerkasaan Bumiputra yang lain? Sudah tentu kita harapkan strategi yang lebih hebat dan berkesan daripada yang lepas. Kita masih menunggu pelan tindakan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang akan merancakkan ekonomi negara.

67. Kementerian Pertanian pula disifatkan sebagai “cukup mengecewakan dengan sikap syok sendiri dan terlalu terpengaruh dengan lobi kapitalis”. Bukan sahaja tuntutan Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi Dan Beras (Padi Rescue) yang tersenarai dalam Manifesto PH tidak dilayan sewajarnya, Halatuju Kementerian Pertanian 2019 - 2020 pula terlalu menekankan konsep 'economic of scale', 'bigger is better' dan 'private driven industri' yang pasti akan meminggirkan majoriti petani di Malaysia dan digantikan dengan kemasukan syarikat - syarikat berkepentingan. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi majoriti petani dan nelayan, rancangan pengenalan Rang Undang-undang Benih dan pengiktirafan kepada Konvensyen UPOV 91 yang akan menafikan amalan turun termurun dan hak petani terhadap benih akan meminggirkan lagi majoriti petani dan menjejaskan agrobiodiversiti tanaman .

68. Pendapatan per kapita pada tahun 2014 bagi Bumiputera hanya sebanyak 21.7 peratus (RM16,066 setahun) berbanding pendapatan bagi bukan-Bumiputera (RM74,067 setahun).

69. Bumiputera hanya memiliki 26.1 peratus daripada aset perumahan di Malaysia manakala bukan Bumiputera sebanyak 63.3 peratus sedangkan bilangan penduduk Bumiputera hampir 3 kali ganda berbanding bukan-Bumiputera.

70. Sumbangan kepada ekonomi oleh SME Bumiputera hanya 12 peratus daripada jumlah KDNK Malaysia.

71. Pemohon kerja Bumiputera masih menghadapi diskriminasi pekerjaan di sektor swasta. Sebagai contoh, keperluan untuk bertutur bahasa Mandarin sebenarnya hanya alasan untuk menawarkan pekerjaan kepada kaum Cina sahaja.

72. Walaupun Cina cuma 24 peratus daripada jumlah 30 juta penduduk Malaysia pada tahun 2012, mereka menguasai kerjaya profesional. Kini, lebih ramai akauntan dan arkitek Cina daripada Melayu, manakala 70 peratus CEO syarikat di Malaysia pada tahun 2005 adalah Cina.

73. Kajian Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed menunjukkan pemilikan ekuiti korporat kaum Cina meningkat dalam tempoh DEB, iaitu daripada 23 peratus (1970) kepada 44 peratus (2006). 

74. Kajian Penasihat Ekonomi Perdana Menteri juga menunjukkan bahawa kaum Cina menguasai 70 peratus aset komersial, termasuk kilang dan bangunan perniagaan negara ini dan 59 peratus syarikat di Bursa Malaysia. 

75. Hasil kajian beliau sekali gus menepis dengan hujah dan dakwaan bahawa pertumbuhan ekonomi Cina disekat kerajaan dan bahawa DEB bersifat diskriminasi atau hanya menguntungkan Bumiputera. Beliau membuktikan dasar membasmi kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan dimanfaat semua kaum, malah penurunan kadar kemiskinan adalah paling ketara dalam kalangan orang Cina; daripada 26 peratus (1970) kepada 5.4 peratus (1990). Kadar kemiskinan Cina hari ini cuma 0.3 peratus berbanding India (1.8 peratus) dan Melayu (dua peratus).

76. RMK-11 turut menyasarkan pencapaian sekurang-kurangnya 11% pertumbuhan tahunan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera.

77. Namun begitu, statistik menunjukkan Bumiputera masih jauh tercicir dalam sektor keusahawanan. 8 Julai 2019, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Hatta Ramli (PAN) dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan, daripada kira-kira 1 juta syarikat, hanya 40 peratus dimiliki Bumiputera.  Menurutnya, ia disebabkan sikap terlalu bergantung pada bantuan kerajaan (https://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/hanya-40-peratus-syarikat-dimiliki-usahawan-melayu-dan-bumiputera-1.932497). Hakikatnya, Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera yang digemakan kini mampu membantu meningkatkan kemandirian usahawan bumiputera daripada bantuan kerajaan.

78. Malah, apabila Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof (PPBM) menyatakan penglibatan usahawan Bumiputera PKS hanya lapan peratus daripada keseluruhan perolehan tahunan RM45 bilion melalui sektor tersebut, ia sesuatu yang merugikan Bumiputera, meskipun komposisi populasinya adalah yang teramai.  Sekali lagi, Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera (BMBF) mampu menjadi antara penyelesaian kepada isu ini. 

79. Kempen Utamakan barang dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera ini juga wajib disokong akibat kegagalan kerajaan Pakatan sendiri untuk mengenakan cukai ke atas ‘modal’ yang dimiliki golongan ‘super rich’ di negara ini.

80. Kekayaan golongan ‘super rich’ yang pernah diistilahkan oleh Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sebelum beliau dilantik ke posisi tersebut dahulu sebagai ‘birth lottery’ ini tidak dikenakan cukai meski pun kini hampir 70% daripada golongan ini mewarisi kekayaan ‘modal’ yang bukannya baru dicipta daripada titik peluh mereka sendiri. 

81. Kegagalan kerajaan Pakatan mengenakan ‘capital gain tax’ kepada golongan ‘super rich’ ini (meskipun kuat dipromosi oleh Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sebelum PRU-14) memerlukan Bumiputera untuk berusaha mengambil inisiatif sendiri bagi merapatkan jurang melalui kempen utamakan produk dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera ini.

82. Kegagalan LHDN dan Kementerian Kewangan untuk menunjukkan iltizam pemantau skema "tax avoidance" yang mirip "tax evasion" yang menjadi mekanisme golongan ‘super rich’ melarikan diri dari membayar cukai juga memaksa warga Bumiputera untuk memberi keutamaan kepada produk Muslim dan Bumiputera sendiri yang jelas majoritinya tidak tergolong dalam kumpulan yang menggubal wang ke luar negara.

83. ‘Tiga daripada empat’ kaum Bumiputera yang menabung dalam Amanah Saham Bumiputera hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM600 sahaja (Rujuk: ‘Antara Dua Darjat’, Muhammed Abdul Khalid).

84. Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) jelas pernah membentangkan kajian pada Mac 2019 yang menunjukkan orang Cina lebih mudah mendapat temuduga di sektor swasta, berbanding orang Melayu dan India.

85. Kajian itu juga menunjukkan wanita tidak bertudung lebih mudah dipanggil temuduga daripada mereka yang bertudung.

86. Menurut Pengarah Cent-GPS Zaidel Baharuddin, kajian itu dibuat dengan menghantar resume menggunakan tujuh nama - tiga Melayu, dua Cina dan dua India - dengan kelayakan yang sama. Setiap nama menghantar 547 resume kepada syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada pemegang ijazah.  Daripada tujuh calon itu, dua calon Cina menerima paling banyak panggilan temu duga, masing-masing 240 dan 179 panggilan.

87. Dapatan kajian Cent-GPS tentang diskriminasi kepada golongan Bumiputera yang tidak berbahasa Mandarin (dan juga yang bertudung) menunjukkan bahawa kempen mengutamakan produk Muslim dan Bumiputera mampu menjadi ‘game-changer’ berskala sistemik dalam jangka masa sederhana dan jangka panjang.

88. Malah sebanyak RM674.4 bilion daripada RM1.1 trilion yang disediakan kerajaan untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah dibelanjakan untuk IKS Bumiputera tetapi IKS Bumiputera hanya mampu menyumbang kurang daripada 9 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

89. Dari perspektif sejarah Islam, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghujahkan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. berusaha membangunkan ekonomi Muslim di Madinah, hinggakan disabotaj oleh Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi yang merobohkan khemah perniagaan yang telah dibangunkan. Sebagai reaksi balas, Rasulullah menegaskan: “Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257). Menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah sendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau: “Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257) (Rujuk: https://www.facebook.com/DrAhmadSanusi/posts/953508864986240).

90. Dari sudut sejarah Alam Melayu pula, Hasanuddin Yusof dari Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam jelas menghujahkan bahawa usaha membantu perniagaan sesama umat Islam telah lama berlangsung di era kerajaan Islam silam yang dilanjutkan ke Alam Melayu.  Antaranya adalah seperti di era Sayyidina Umar dan Salahuddin al-Ayyubi serta usaha para ulama Tanah Melayu menjelang kemerdekaan yang menubuhkan ‘Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS)’ di samping Syeikh Abu Bakar al-Baqir yang menubuhkan Persatuan Al-Ehya Al-Syarif di mana persatuan ini berjaya menjalankan tiga jenis projek perniagaan iaitu kilang padi, stesen pam minyak dan stesen jana kuasa elektrik.

91. Dalam konteks Malaysia hari ini, cukup jelas bahawa pihak yang majoriti tetapi inferior dari segi pemilikan ekonomi ialah Melayu-Islam dan Bumiputera manakala golongan bukan Melayu pula lebih dominan.  

92. Melayu-Islam dan Bumiputera hari ini bolehlah diibaratkan seperti mana aktor ‘negara pinggir’ (periphery states) dalam skema Teori Sistem Dunia Immanuel Wallerstein yang sedang berusaha untuk mendaki hierarki penguasaan ekonomi dalam negara melalui kempen ‘Utamakan membeli barangan Muslim & Bumiputera’.  

93. Hakikatnya, usaha ‘mendaki’ ini sememangnya memerlukan modal yang besar dan suntikan dana daripada kerajaan sahaja tidak mencukupi.  

94. Malah, pada sisi yang lain, kempen ini sepadan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi Bumiputera melalui badan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).  

95. Tiada apa yang salahnya dengan kempen mengutamakan barangan dan perkhidmatan Bumiputera dan Melayu-Islam ini kerana ia bukanlah kempen ‘boikot’ seperti mana yang sengaja disalahertikan – bahkan menepati pula keperluan merapatkan jurang sosioekonomi pada hari ini.  Hal ini boleh disahkan oleh Presiden The Patriots iaitu Mohamad Jamalee yang memulakan kempen ‘Buy Muslim Bumiputera First’ melalui sebuah inisiatif nama Gerakan Ekonomi yang kemudiannya disambut oleh NGO besar lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan UMMAH.  Inisiatif ini jelas sebagai usaha Sekretariat Daulat 812 susulan Himpunan 812 Disember 2018 yang lalu.

96. Hakikatnya di Malaysia, tindakan afirmatif dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) mulai 1970 bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi dan ketidaksetaraan kekayaan antara etnik melalui agihan semula ekuiti dengan matlamat 30% dimiliki Bumiputra dan 40% dimiliki bukan Bumiputra.  Namun begitu, setelah kira-kira 40 tahun perlaksanaan DEB, matlamat agihan ekuiti masih gagal dicapai.

97. Adanya kajian akademik yang jelas menunjukkan bahawa “Negara memerlukan bukan sahaja kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi pada masa yang sama perlu memastikan wujudnya keadilan sosial, berkongsi peningkatan pendapatan yang saksama serta meningkatkan peluang pekerjaan. Ini bertepatan dengan pandangan Abdul Rahman Embong (2003) di mana pembangunan harus bersifat holistik dan menyeluruh agar hasil pembangunan dapat dinikmati bersama dengan setara di kalangan masyarakat dan Kerajaan berperanan melaksanakan pembangunan dan agihan yang saksama dan adil” (Muhammad Najit Sukemi, Madeline Berma Shamsul Amri Baharuddin Faridah Shahdan 2018).

98. Kajian tersebut seterusnya menekankan bahawa “Kejayaan agihan kekayaan ini penting sebagai satu matlamat penyusunan semula masyarakat bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi antara etnik, mengurangkan jurang ketidakseimbangan ekonomi dan sosial antara kumpulan etnik sekali gus serta menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi” (Muhammad Najit Sukemi, Madeline Berma Shamsul Amri Baharuddin Faridah Shahdan 2018).

99. Maka dalam keadaan kerajaan perlu mengejar tempoh singkat Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang hanya berbaki tidak lama sahaja lagi dengan merapatkan jurang pendapatan antara kaum yang semakin melebar di negara ini.  Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera jelas tidak sepatutnya dimusuhi, sebaliknya wajib disokong dengan sekuat-kuatnya oleh seluruh ahli politik kerajaan.

100. Jelas, kempen Utamakan Barangan dan Perkhidmatan Muslim & Bumiputera (BMBF) ini wajib disokong atas dasar keselariannya dengan objektif kerajaan sendiri, membangunkan kemandirian umat Islam dan Bumiputera, keadilan kepada penduduk majoriti dalam negara ini yang sejak sekian lama menjadi mangsa ketidaksaksamaan dan diskriminasi ekonomi ‘sistemik dan sistematik’, melonjakkan ekosistem zakat yang terhasil dari peningkatan harta umat Islam di samping potensi wakaf, dan juga seterusnya meluaskan empayar perniagaan Muslim & Bumiputera di pentas antarabangsa melalui prinsip ‘the escape velocity theory’ yang dinyatakan di atas: peningkatan kadar pengumpulan aset Bumiputera yang berjaya membina momentum hinggakan momentum itu menjana suatu kadar perkembangan ekonomi Bumiputera yang jauh lebih cergas dan cerdas.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains 

Tulisan penuh berserta rujukan boleh copy di sini: https://pastebin.com/hmgxzCFW

#BMBF



Kenapa Ramai Tak Suka Luther? (Umbrella Academy)

Spoiler Alert!

Dalam entry ni ada spoiler citer The Umbrella Academy. Sape belom tengok tu sila baca atas risiko sendiri.

Kaklong tak faham la kenapa ramai orang tak suka Luther tu. Kaklong tengok banyak sangat meme yang mengutuk Luther sampai takleh nak bawa bincang. 

Memang diakui keputusan Luther untuk kurung Vanya tu bukan la keputusan yang terbaik. Tapi bukan ke Vanya yang kelar leher Allison masa mengamuk² padahal Allison cakap baik² je dengan dia (okay, memang nampak sedikit mendesak la).

Cuba awak dapat tahu adik awak (kita namakan Siti) kelar leher adik awak yang sorang lagi (kita namakan Milah) hanya kerana Milah cakap baik² kat Siti bahawa boifren Siti tu penipu. Siti pun ngamuk² tak percaya pastu amik pisau dan kelar leher Milah. Tak ke tu dah melampau batas manusia normal? 

Tetibe Siti datang minta maaf. Adakah awak rasa selamat berada di hadapan sorang manusia yang baru je mengkelar leher asik beradiknya sendiri. Apalagi Luther tak tahu sejauhvmana kekuatan Vanya tu.

Kaklong tak cakap Luther tu betul sangat. Tapi dia takde la bersalah sangat.

Diego, Klaus dan Allison suruh lepaskan Vanya tapi Luther tetap dengan keputusan kerana dia risau apa² akan jadi kat adik² dia dan manusia sejagat. Pada masa tu dia fikir itulah keputusan yang terbaik. Mana la dia tahu Vanya la penyebab Apokalips.

Kaklong pun tak setuju dengan Luther tu tapi takde la sampai marah sangat kat dia sampai takleh bawak bincang. Kesian betul kaklong tengok macam² meme sorang buat untuk Luther. Kesian Luther. Dah ler papa dia hantar dia ke bulan sorang².

Apapun Klaus tetap yang termuah dihati. Sebab dia hensem baik.

Bina Stor dengan hanya RM8.90

Tajuk tu memang tipu sangat tau. Tapi sebenarnya betul je, cuma bukan seperti yang anda fikirkan.

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni, tapi tiap kali nak menulis, kaklong rasa sedikit frustrated lalu tak jadi tulis. Bukan apa, takot penulisan kaklong ni ada negative vibe. Sebabnya kaklong memang betul² frust pasal benda ni. Apapun kaklong akan cuba tulis seneutral mungkin.

Rumah sewa baru kami ni ada 3 bilik, wet kitchen dan takde stor. Jadi kami tido kat master bedroom, bilik kedua jadi bilik utiliti dan bilik ketiga dijadikan bilik kerja online kaklong (tapi Cik Abang yang banyak guna memandang dia yang uruskan bisnes online kaklong sekarang. Kaklong? Kaklong uruskan anak kami la apa lagi).

Rumah ini juga semi-furnished iaitu ada peti sejuk, mesin basuh, dua almari dan dua katil. Macam best je kan. Sebenarnya takde la best sangat bagi kami memandangkan kami dah ada semua perabot dan peralatan elektrik yang diperlukan. 

Maka dipendekkan cerita, dua katil, peti sejuk dan mesin basuh tu kene disimpan. Disimpan tu maksudnya tak akan digunakan sampai bila². Tapi nak simpan kat mana? Hahaha. 

Bilik utiliti tu kalo bole takmo simpan barang² tu sebabnya bilik tu juga akan dijadikan guest room kalo ada orang datang bertandang. At least kene ada ruang untuk hampar sekeping toto. Lagipun tak sedap pula tetamu tido pastu kat sebelah dia ada peti sejuk dan mesin basuh yang tak pakai. Nampak cam tido dalam stor la pulak. Sebagai tuan rumah kaklong rasa kurang sopan pula buat macam tu.

Habis tu kat mana nak simpan barang² ni? Itu la salah satu sebab kaklong pening nak kemas rumah ni. Cik Abang jenis tak kesah messy² sikit. Cuma kaklong nak berubah jadi lebih neat dan sopan. Dah jadi mak kan. Hohihi.

Akhirnya kitorang amik keputusan untuk simpan barang² tu kat wet kitchen kat hujung sekali dekat mesin basuh. 


Ni la tempatnya. Nampak tak kepala paip tu? Itu memang tempat untuk mesin basuh. Mesin basuh pulak kaklong pindahkan kat dalam. Nanti kalo rajin kaklong tunjuk dalam entry lain.

Belakang tu katil 2 biji, mesin basuh (yang tak pakai) dan hadiah kawen. Yaaa.. Hadiah kawen kaklong memang banyak tau. Hampir semuanya pinggan mangkuk. Tapi kaklong tetap juga pakai pinggan mangkuk free. Tak tau la kenapa perangai macam ni. Lagi pelik Cik Abang pun sama juga. Kita dah belikan mug couple tapi dia tetap nak pakai mug Ali Café. Kaklong pula pakai mug Kit Kat yang merah tu. Okay, back to the story. Time ni peti sejuk belom dimasukkan lagi. Mula² ingat nak guna peti sejuk tu. Tapi tengok² dia tak sejuk pun. Air pun tak sejuk. Air batu pun tak keras². Dari membazir letrik better tutup je dan simpan kat belakang. Maka tempat ni la kami jadikan stor. Simpan barang² yang memang tak pakai untuk jangkamasa yang lama.

Tapi yang tak bestnya, tiap kali memasak dan basuh pinggan kaklong terpaksa memandang permandangan ynag kurang indah ni. Rasa menyampah je tengok. Kaklong ingat nak cari something untuk tutup. Nak cari canvas cam kurang sesuai pulak.

Akhirnya masa jalan² kat Mr. Diy kaklong nampak satu rod boleh laras. Kaklong beli yang panjang punya bole tarik sampai lebih 2 meter. Harga dalam rm8.90 je kalo tak silap. Balik rumah terus pasang langsir dan tadaaaa...

Yay!
Dah tutup.

Hepi sangat.
Langsir tu kaklong pakai yang sedia ada yang tuan rumah punya.
Nanti kita cari langsir baru yang tutup sampai ke bawah. Kalo rajin kaklong jahit je kot.

Tadi ada mention yang kaklong frust nak tulia entry ni kan... Apa yang frustnya tu? Kan dah ada stor dan dapat tutup stor tu?

Yang buat kaklong frust ialah ruang stor tu kaklong tengok tersangat sangatlah sesuai untuk dijadikan laundry area.

Kawasan tu ada tingkap dan kipas serta paip dan soket letrik. Kaklong bayangkan hujung sekali tu taruk penyidai pakaian. Sebelah tu taruk ironing board dan iron, pastu sebelah paip tu letak mesin basuh . Booom! Dah jadi satu laundry room. Basuh baju, jemur baju dan iron baju kat tempat yang sama. Tak ke haven tuuuu.... Time hujan tak kalut nak angkat kain. Paling best tak payah pakai tudung time sidai kain. Bila sebut pakai tudung tu maknanya pakai seluar panjang, baju lengan panjang sekali la. Bagi kaklong leceh nak pakai semua tu untuk keluar hanya sekejap.

Kaklong hepi sangat bila nampak ruang ni. Tapi bila memikirkan perlu ruang untuk simpan barang² tak pakai di atas tu, terpaksa la kaklong korbankan ruang favourite suri rumah sekelian alam ni. Sedih dan frust :(

Apapun, kaklong masih lagi cuba cari jalan untuk merealisasikan impian kaklong untuk jadikan ruang itu sebagai laundry area. Nak sangat! Nak sangat!

Buang Ghost Follower di Instagram

Kaklong tengah mencuci Instagram. Haha. Cam kelako je kenyataan tu.

Kaklong cuma unfollow orang yang tak like 10 gambar paling atas kat ig kaklong. Yang like 1 (atau lebih) dari 10 gambar tu kaklong masih lagi follow dan like cam biasa. Ni khas untuk yang tak pernah like je tau. 

Sekali lagi ditegaskan, kaklong bukan batak like ke apa. Masa untuk kaklong online sekarang ni dah limited. Bila berkesempatan online, kaklong terus like je banyak² untuk support kawan² dan influencer. Pastu rasa rugi pulak like orang yang tak pernah peduli pun gambo² kita yang tak berapa nak lawa tu sampai kawan² yg rajin like kita terlepas pandang. 

Bila dah cuci ni, baru la muncul gambo² orang yang kita kenal. Baru rasa syok nak menglike.

Lagipun kaklong rasa segan juga, follower sampai 2000 tapi yang like cuma 40 orang. Nampak macam beli follower je (beli apa benda 2000 je? Nak beli biar la 20 ribu baru rock ooo). Jadi lepas kaklong unfollow ni, harap² dorang unfollow la kaklong balik supaya follower kaklong ada 500 orang je. Baru la tak malu sangat dapat 40 like. Tak gitu? Hahaha.

Ntah apa² je yang kaklong fikir ni. Tapi itulah yang kaklong fikir. 

Kalo korang pun fikir macam aklong, bole try app ni :


Follow cop nama dia.
Dia tunjukkan kita ghost follower utk 10 gambo teratas je la. Kalo nak sampai 25 gambo, kene bayor. Kalo korang serius, bayor je la. Kaklong tak serius pun, so guna yang free je.

Okay la.
Sape² yang rasa kaklong tersilap unfollow tu, jangan bimbang tau. Korang like je macam biasa nanti kaklong follow balik.
Kaklong ada cara nak detect korang semula *cing*

Kabinet TV Baru

Dah test ke 3 Tips supaya rumah sentiasa kemas? Kalau belom, buat la. In shaa Allah, akan nampak sangat perbezaannya nanti.

Kaklong ada 3 wishlist tau. Ketiga-tiganya ada kaklong taruk kat insta highlight. Pi la tengok kalo nak tau. Kalo nak tau la..

Satu dah dapat yakni coat rack tu. Tapi kan, Cik Abang macam tak berapa nak guna je. Guna letak helmet n jaket je. Kasut dia tetap taruk luar, cap dan baby carrier dia taruk kat rack lain yang jauh sikit dari pintu (letak situ dulu sementara bilik tengah belom kemas). Maybe amik masa sikit nak biasakan diri kot.

Wishlist kedua pun kitorang baru je dapat tau!

Tada!
Kabinet tv untuk Netflix kaklong. Astro belom sambung lagi, kitorang layan Netflix je dulu. Hepi sangat tau. Sebenarnya kabinet yang kaklong idamkan ialah yang bawah ni

Jumpa kat shopee. Ingat nak beli online je. Harga pun ok la, bawah rm200. Kaklong ushar yang murah² je. Sesuai la dengan kemampuan diri ini.

Baru² ni kitorang ziarah satu kedai perabot dekat² sini lalu Cik Abang jatuh hati pulak kat kabinet tv yang gambo pertama tu. Pusing² kedai, akhirnya dia kembali ke kabinet tv yang ini juga. Siap ukur² lagi. Pastu terus beli.

Kaklong ok je. Asalkan design simple dan warna dekat² nak putih bole diterima la. Selama ni pakai yang kaler kayu. Nak kaler cerah² pulak dengan harapan rumah nampak luas. 

Lagipun syok juga. Dorang hantar ke rumah yang dah siap pasang. Tak payah kitorang pasang sendiri. Bayor n enjoy.

Sebelom ni kami pakai kabinet kecik warna kayu ni :

Tak sure la ni kabinet apa. Rasanya untuk kasut kot. Dah ada dah masa kaklong masuk rumah Cik Abang time mula² kawen dulu. Perabot² tu seme satu warna je, rasanya Cik Abang beli 1 set.

Kabinet ni kami taruk kat sebelah coat rack tu. Bole la kaklong duduk pakai kasut kat situ. Tapi rasa cam tak sopan pulak pakai dan buka kaaut dlaam rumah. Maybe kene letak kat luar kot..

Apapun yang pasti langsir tu kene tukar baru. Nak tukar kaler apa ek?

3 Tips Supaya Rumah Sentiasa Kemas

Seperti yang dijanjikan harini kaklong nak share 3 Tips Supaya Rumah Sentiasa Kemas.

Bole je nak bagai 10 tips, tapi bagi 3 dulu la. Kalo korang berjaya buat 3 ni pasti rumah korang jauh lebih kemas dari sebelomnya.

1. One Minute Rule

One Minute Rule ni ialah "kalo kerja tu bole buat kurang dari satu minit, buat sekarang." Jangan tangguh atau kumpul banyak baru buat.

Contohnya basuh pinggan n cawan, susun pinggan kat rak, lap sinki atau dapur, simpan mainan anak dalam bakul, apa² je la yang bole siapa dalam satu minit, korang buat je time tu juga. Dengan cara ni, rumah akan nampak kemas je manjang.

2. Setiap Barang ada Tempatnya

Tetapkan tempat untuk setiap barang yang ada dalam rumah tu. Pastu setiap kali nak letak pastikan letak kat tempat yang sama yang telah korang tetapkan tadi. Jangan letak merata² pastu fikir jap lagi la simpan. Memang takkan simpan punya.

Contohnya time masuk rumah terus sangkut kunci kat penyangkutnya, jam tangan taruk dalam laci, beg sangkut kat tepi katil, pakaian tu tanggalkan terus masuk dalam bakul baju kotor, Jangan campak semuanya atas katil, rehat² dulu, mandi, makan, borak² pastu nak masuk tido baru simpan barang. Tapi rasa cam malas pulak nak simpan lalu tolak je semua tu dari katil lalu tido. Tu yang buat jadi selerak.

Pendek kata setiap benda yang kita amik dari "tempat itu", kat "tempat itu" la kita letak balik. Jangan letak kat sana sini "buat sementara waktu" sebab karang tak ingat dah letak mana tadi. Tak pon "buat sementara waktu" tu dah jadi permanent.

Time shopping pun kalo berkenan kat satu "benda ni", sebelom beli fikir dulu kat mana nak letak "benda ni". Kalo takde tempat, jangan beli. Kalo beli juga pun bole je, tapi nanti sama ada dia duduk dalam stor sampai 10 tahun ataupun rumah nampak berselerak dengan macam² barang.

3. Bakul

Bakul adalah alat paling best untuk elak rumah berselerak.

Kalo bole semua benda ada bakul masing². Dalam laci pun ada bakul atau compartment untuk asingkan barang² yang sama jenis. Ini supaya time nak cari barang tu, buka je laci terus nampak. Takde la berselerak dalam laci.

Angkat kain dari ampaian masukkan dalam bakul, jangan taruk atas sofa atau atas katil. Ada sorang kenalan kaklong tu dia malas nak uruskan baju, dia taruk je baju dalam bakul mengikut jenis (tshirt, tudung, seluar, baju kurung etc). Nanti bila rajin baru dia lipat dan iron baju² tu.

Stok makanan kat pantry tu masukkan dalam bakul ikot jenis seperti rempah, mi+pasta+beras pulut, kekacang, kicap+sos, makanan dalam tin, makanan organik, etc. Nanti nak amik, tarik je bakul yang berkaitan dan simpan balik. Kalo berselerak pun dalam bakul tu je la. Rak pantry tu nampak kemaa je dengan bakul² berlabel.

Kat bilik stor tu, kalo ada almari atau rak, taruk barang² stor tu dalam bakul dan labelkan baru susun atas rak. Nak cantik sikit bole cari container berpenutup tu ataupun kotak. Camtu lagi ok, boleh bertindan², jimat ruang. Jangan lupa labelkan, nanti kene buka setiap satu pula cari barang. Pastu jangan la pakai simpan je barang kat mana² bakul. Ikot label la, baru senang cari nanti.

Haaaa..
Itu la 3 tips dari kaklong.
Senang kan..

One Minute Rule untuk pastikan kerja tak menimbun yang buatkan kita lagi malas nak buat nanti.

Setiap barang ada tempatnya, supaya rumah tak berselerak dan mudah cari barang.

Guna bakul untuk simpan/letak semua barang. Biar rumah kita berbakul² pun takpe asalkan lantai, meja, rak dan laci yang berselerak.

Semoga bermanfaat :)


Hat Rack Rumah Baru

Masa pi Ikea Batu Kawan 2 bulan lepas, kaklong jatuh hati kat hat rack ikea tu. Nampak praktikal sangat untuk taruk kat depan pintu masuk rumah.

Inilah rupa hat rack tu.
Gantung cap Cik Abang dan tudung kaklong kat cangkuk atas tu, gantung beg kat cangkuk bawah, helmet kat meja tu dan kasut kat bawah sekali.
Jimat ruang.

Kaklong dah angan² nak beli untuk rumah baru nanti. Harganya dalam rm350. Buatannya pun teguh.

Lepas pindah kat sini kaklong bagitau Cik Abang nak beli rak tu. Dia cam biasa la takde respon apa.

Pastu masa kitorang jalan² kat Happy Home, ternampak rak yang lebih kurang sama bentuknya. Cuma rupa dia takde la se'cun' ikea. Harganya dalam rm150. Kaklong tunjuk kat Cik Abang dia pun terus beli. Haha. Cepat betul dia. Takde fikir².

Inilah dia lepas siap pasang.

Kecik sikit pada ikea tu dan takde cangkuk tengah nak gantung beg. Kitorang letak meja berlaci tu kat sebelah untuk taruk beg, baju hujan, kunci, jam semua barang yang nak grab masa keluar rumah. Laci tu satu taruk stokin, satu lagi taruk tote bag untuk shopping (tapi masih lagi lupa bawa, last² bayar 20sen juga untuk plastik).

Sekarang ni nampak la kemas. Tak lama lagi kelam kabut la tu macam² letak.

Kaklong dan Cik Abang memang jenis messy sikit. Malah Cik Abang lagi organised dari kaklong. Walaupun messy tapi kaklong tahu kat mana barang² tu bila nak guna. Cuma tu la, nampak bersepah.

Sejak ada baby ni kaklong nak ubah habit jadi lebih kemas dan organised. Supaya rumah nampak sedap mata memandang macam rumah orang lain.

Masa memgandung haritu kaklong ada baca cara² nak bagi rumah kemas. Nanti kaklong share ngan korang caranya ya (kalau korang nak tahu la...)

Done Kemas Rumah

Harini Sabtu.
Cik Abang cuti.

Kitorang tunggu orang Unifi datang pasang internet bapak la lama.
Janji 9.30 pagi, pukul 2.30 petang baru muncul.
Tak tahu la kenapa masih ada lagi orang macam ni di zaman serba moden ini.
Sabar je laaaa..

Pagi tadi Cik Abang dah siap kemaskan bilik no 3 merangkap working room untuk bisnes online Kaklong.
Dah cantik dah bilik tu tapi masih ada barang yang kami tak tau nak letak kat mana sebab dah penuh.
Yaaa.. Bilik tu kecik sangat.
Kaklong ada beberapa idea nak buat, nanti la kita citer,

Rumah dah boleh dikatakan kemas.
Tapi bilik no 2 merangkap stor tu masih tunggang langgang.
Kitorang tolak je semua dalam tu, nanti-nanti la kemas.
Barang mengait Kaklong pun masih dalam kotak kat dapur.
Belom decide lagi nak susun kat mana.

Kalo diikotkan susunan dalam rumah ni masih ada yang tak kena.
Terutama sekali dapur.
Dapur tu sekali dengan mesin basuh.
Kaklong tengok ia nampak cantik sangat kalo buat tempat sidai kain kat sebelah mesin basuh tu.
Tapi tuan rumah dah bagi katil dua biji.
Kami terpaksa buka katil tu, dan susun kat belakang mesin basuh, makan space dah kat situ.

Pastu dia bagi juga mesin basuh dan peti sejuk.
Maka mesin basuh tu disimpan la juga kat sebelah mesin basuh kami.
Makan space lagi kat situ.
So takde la ruang nak menyidai baju, kena sidai kat depan juga.
Kaklong bukan apa, Kaklong saja je malas pakai tudung masa sidai baju.
Nampaknya kene pakai juga la... :(

Kaklong tak amik gambor lagi ni.
Nanti Farid tido baru bole amik gambo tunjuk kat korang.

Masa godek-godek instagram, bukan main seronok lagi Kaklong tengok dorang mendeko rumah.
Sangat cantik dan kemas.
Rumah Kaklong tak pernah la kemas macam tu.

Lepas tengok gambo-gambo tu Kaklong terinspirasi nak mendeko rumah jugak.
Kaklong ada gak snap gambar tapi takde maknanya nak lawa cam rumah mereka.
Macam kelam kabut je rumah aku.

Mungkin sebab Kaklong jenis messy, dorang jenis perfectionist.
Tu yang tak menjadi rumah lawa camtu.

Apapun salah satu sebab rumah lawa ialah pemilihan warna dan ngam.
Cam rumah Kaklong ni semua warna campur aduk.

Pastu Kaklong mula la fikir nak cat perabot bagi sama warna je semua.
Kaklong bayangkan kaler krim
Pastu fabrik macam langsir, rug, carpet kusyen tu nak bagi senada je warna dia.
Kaklong bayangkan kaler biru macam citer Troy yang Brad Pitt berlakon tu.

Tapi rasa geram pula sebab rumah ni dah dicat hijau.
Hahahha...
Dah tu camana nak sesuka hati tukar-tukar kaler fabrik.
Kene cari la yang match ngan hijau.
Sabar je laaaaa.

Takpe-takpe.
Kaklong ni ok je.
Lagipun Kaklong kan messy, Kaklong suka je messy-messy colour ni.

Update

Haaaa...
Ni kaklong dah snap gambo.
Gambo messy² je ni. Tak menyempat nak kemas². Kalo nak tunggu kemas memang tak amik gambo la jawabnya...












Blog vs Instagram

Sebenarnya ada banyak je gambar kaklong nak upload dalam instagram tu. Tapi bila tengok gambar² tu tak berapa nak lawa, kaklong batalkan je hasrat. Kat ig semua orang upload gambar yang lawa². Kalau tak lawa tak dapat like. Bila takde like rasa segan pulak upload gambo tadi. Itu kaklong la. Korang ok je kot.

Tapi kalo kat blog ni nak taruk gambar apa pun bole. Takde komen, takde respon, takde orang baca pun tak rasa apa sangat. Tu yang rasa seronok je merepek kat blog. Pastu gambo tak lawa pun takpe, asalkan gambo.

Lagipun blog ni, pembaca pilih nak baca ke tak, nak tengok ke tak, nak follow ke tak. Kat instagram, instagram yang pilihkan untuk kita apa yang kita nak tengok, tak ikot susunan waktu post, dan bukan semua post kita nampak. Feed dia tak telus. Pastu ada la orang konon² dia follow, padahal dia dah mute dah pun kita ni. Tu yang kaklong ada 2k follower, tapi yang like 60 je? Mana yang lain? Hahaha.

Ini bukan batak like ke apa...
Tapi bila ada 2k orang follow, maksudnya dia nak tengok la post kita kan. Kurang² separuh dari mereka (yakni 1k) bagi like. Ini macam sikit sangat je. Adakah mereka tak aktif kat ig, memang tak suka like post sapa² atau instagram tak tunjuk pun post kita kepada mereka.

Walaupun takde peduli sangat like tu, tapi bilangan like tu membuatkan kaklong teragak² untuk post gambar seterusnya. Memang la orang cakap "ala post je, ig kita kan sukati kita la". Tapi ig tu dah jadi macam satu exhibition. Untuk tontonan umum.

Maybe instagram tu kaklong jadikan photo album je. Untuk gambo lawo². Kiranya dah curated la. Blog ni pula tempat yg ikhlas dari hati. Taruk je apaa nak taruk. Betul tak?


7 Hari Pindah Rumah

Dah 7 hari kami pindah rumah.
Penat jugak tau, tak siap-siap lagi mengemas walaupun dah seminggu.

Abang cuma dapat kemas lepas balik kerja, Kaklong pula tak dapat buat apa sebab kene layan Dak Farid sorang ni. Time Dak Farid tido, Kaklong cepat-cepat mengemas, pastu dia terdengar bunyi-bunyi gamaknya terus bangun, meraung dan merangkak cari Kaklong.
Alahai anak... Bagi la can mama buat kerja.

Akhirnya kene tunggu Cik Abang balik juga baru bole buat kerja.
Sama ada Cik Abang mengemas sambil diperhatikan oleh kaklong yang mendukung baby; ataupun Kaklong mengemas sambil Cik Abang jaga baby.
Tapi biasanya cara pertama tu yang menjadi.
Cara kedua tu kejap je bertahan, tak lama karang Farid meraung nak mama.
JAdi Kaklong kene kemas cepat-cepat macam The Flash.

Nah Kaklong bagi footage kronologi 7 hari mengemas rumah.







Masuk hari ketujuh mood mengemas, menyusun, mendeko semua dah hilang.
Dah takde rasa dah. Maybe lama sangat kot duk peram.

Oleh itu, rumah ni biar macam ni je la.
Nanti datang mood tu baru sambung balik kemas-kemas.
Bole tak macam tu..?

Apapun Kaklong godek-godek juga instagram gambar rumah orang nak dapatkan balik mood tu.
Sabtu dan Ahad Cik Abang cuti. Katanya nak clear semua yang terbengkalai.
Kita tengok..