Halaman

Mi Udang Sungai Dua yang Sedap!

Salam..

Baru-baru ni Kaklong gi Sungai Dua, Butterworth Pulau Pinang sebab nak gi collect barang yang adik order..

Dah sampai sana, kitorang pun nak makan mi udang sebab Sungai Dua kan popular dengan mi udang..
Nak la merasa.. Hehe..

Tapi kan, bersepah-sepah gerai dan restoran mi udang sampai kitorang tak sure nak masuk kedai mana..
Uuuuu.. haven tul tempat ni..

Last-last kami amik keputusan untuk makan kat satu restoran bawah jambatan..
Nama restoran tu Restoran Aur Gading..

Kitorang order mi udang je dan sotong celup tepung


Bole pilih nak berapa ekor udang dalam tu rupanya...
Kitorang amik 3 ekor sorang sebab katanya biasa orang amik 3 ekor..
Pastu udang pun kita pilih sendiri tau..
Nanti dia timbang..

Kiranya harga ikot berat udang tu la..
Udang pun segar-segar..
Geram je tengok..

Sori gambar kabur.
Tak check betul-betul gara-gara terliuq sangat dah nak makan.. 
Huhuhuu


Memang puas hati la..
Bapak besaq udang dia..

Ini pinggan besar tau.. Sebesar pinggan makan biasa...
Udang tu ada la sebesar separuh tapak tangan..

Dan bila makan..
Perghhhhh!
Sedap giler mi udang aur gading ni..
RAsa dia cukup-cukup lazat..
Masing-masing diam aka khusyuk je menikmati hidangan masing-masing..
Sepatah pun tak bercakap...

Puas hati baq hang... 👍
Hohohohoho....

Baru je nak makan, sotong celup tepung pun sampai..

Rasa dia biasa-biasa je..
Mungkin sebab minyak yang dah berulang guna..

Salah satu yang menarik kat restoran ni ialah suasana dia..

Kami duduk kat meja biasa je..
Tapi ada beberapa area yang luarbiasa tau..

Kat sempat berlangsir tu kan, ada satu ruang korang bole duduk kat atas lantai ala-ala jepun gitu..
Cantek juga suasana dia..
Syok je tengok...

Pastu ada satu ruang macam pondok..
Duk bersila gak kat sini..

Restoran Aur Gading ni pun ada ruang berhawa dingin tau..
Lepas abes makan baru nampak ruang tau..
Kalo tau awal-awal, kitorang masuk sana.. 
Hahaa..

Sori takde pic, dan pic atas ni pun cam tak berapa cantek je kan..
Tak ramai orang masa tu segan pulak nak gi jalan sana sini nampak macam pelancong sangat..
Ngahahaha..

Pastu ada juga ruang solat..
Kalo korang jalan sini dan kesuntukan masa, ok sangat la solat kat sini dulu..
Convenience kan..

Kami makan mi udang 2 pinggan, sotong celup tepung sekor, air buah 2 gelas..
Jumlah kene bayar ialah RM71.60

Standard harga Kenny Rogers kan..
Tapi puas hati makan udang segar dan besaq.

Sekali sekala korang nak makan special Kaklong rekemen korang makan kat sini..
Masakannya sedap, serving cepat, dan suasananya selesa..

Kaklong bagi 🍝🍝🍝🍝 out of 5!

Bye

Dapat Box of Joy dari Lazada sempena Online Revolution!

Hai.

Dapat surprise dari Lazada.
Apa tu? Apa tu?

Jeng jeng jeng!

 ada beg dari MILO, sepaket maggi OatMee dan produk Tefal..

Ada lagi dalam kotak tu tau..
Jom kite buka nak..?

Woah! Banyaknyaaaaa

Ada:
Cereal dari Cerelac
Baby Panda dari PAndaFood
MamyPoko BabyWipe
White Coffee Pandan dari Nescafe
Just Milk dari Nestle
Shampoo dari L'oreal Professionnel  Paris
Mythic Oil dan 3 sample hari gel dari L'oreal juga
Flash Drive for Android Smartphone

Best kan.. :D

Apakah halnya semua ni?

Kalo korang nak tau, ni semua kerja Lazada la ni.
Dorang tengah melancarkan kempen ONLINE REVOLUTION bermula dari 11.11 sehingga 12.12

Moto kempen ni ialah Brand for All dimana mereka telah kumpulkan produk keperluan dan bagi macam-macam offer sehingga 12hb Dec ni. Suka tak?

Yang Kaklong dapat ni adalah antara produk yang dorang offer
Tadi Kaklong tengok ada macam-macam diskaun..

Dari barang keperluan dapur, barangan bayi, produk penjagaan diri, makanan malah gadget yang canggih pun ada baq hang!
Ada tu sampai diskaun 70%, siap free shipping lagi..
Gila ke apa?

Gila tak gila.. Yang penting banyak jimat tuuuuuuu...
Takyah berkejar-kejar sebelom kedai tutup..
Tengah-tengah malam sebelom tido pun bole shopping, waktu lunch hour pun bole shopping..
Sampai masa dorang hantar ke kat umah..
Haven tak haven...
Muahahahhaaaa...

Eh, jangan cakap banyak la..
Jom jom gi Online Revolution kat lazada.com.my 
Ingat, sampai 12.12 je tau..
Banyak lagi masa tu...

Okay, untuk permulaan nak share kat korang voucher yang Kaklong dapat ni..


Korang order je apa2 pastu masa checkout taip kod ni kat ruangan voucher/coupon : AFFbk31ik
Nanti dapat diskaun RM11..
Okay la tu kan, dari takde..

Kaklong pun nak gi shopping lagi ni..

Bye

Ketagih dengan SMULE

Salam..

Giler lama tak update blog..
Blowalking pun tak juga..

Ni semua gara-garam SMULE
Smule ni dah lama wujud, tapi cam biasa la Kaklong ni slow sikit..
Haha..

Baru-baru ni (dalam seminggu dua yang lepas) perkara buruk telah menimpa bisnes kecik Kaklong dan rasa nak give-up terus berniaga.. Sebab mengalami kerugian gara-gara supplier gampang.
Tapi abang pujuk suruh teruskan juga, alasannya kerana dia seronok pos barang setiap hari..
Ape la.. Pos barang pun seronok ke.. -__-"

Dalam kemurungan tu la Kaklong ingat nak download game kat playstore.
Pastu ternampak app smule, teringat pula kawan facebook yang upload video dia nyanyi2..
Kaklong pun download je la. Saje je nak mengubat hati luka..

Tapi lain pula jadinya..
Kaklong jadi terlampau seronok sampai ketagih la pulak..
Disebabkan penat nak kene tengok 7 video baru dapat nyanyi satu lagu, Kaklong amik keputusan untuk subscribe selama sebulan. Harganya RM3.50 atau pun RM28 setahun.
Mula-mula gelepor nak setahun, pastu pikir balik, mungkin ketagihan ni tak berpanjangan, better guna sebulan je..

Ada juga terbaca orang subscribe sebulan, tapi sampai-sampai bil kene tolak RM30++.
Dia guna phone Apple. Yang Android ni tak sure.. Nanti sampai bil baru tau ada charge lain ke tak..

meh ler follow
Selepas subscribe dapat jadi ahli VIP dan akses ke semua lagu.
Mula-mula bayar guna debit card tapi tak jalan.
Kawan fesbuk cakap kene call bank minta dorang tukar setting..
Ada juga yang bayar guna topup. Kalo tak silap bole guna celcom dan maxis..
Disebabkan Kaklong pakai umobile, tak dapat bayar guna topup. Sob sob..
Guna kad kredit abang je...
Naseb baek ada abang.. Kalo masuk bil RM30+ pun, dia bayar je la demi isteri tercinta.. Gitew..

Kalo takde app smule ni, korang bole juga gi kat website dia SMULE.COM
Tak sure la dapat ke tak berkarok kat situ..
Tapi bole la dengar suara kawan-kawan yang sedap giler tu..
Selepas dengar suara-suara mereka pasti korang confident nak nyanyi.
Hahaha...

Masa seronok nyanyi sorang-sorang tu kan, baru la tau bole duet dengan siapa-siapa pun yang kita jumpa. Dalam keseronokan memburu pasangan duet, Kaklong terjumpa sorang ni suara dia best sangat. Terus follow dan duet semua lagu dia yang Kaklong tau je la..
Tak lama tu dia respond dan cakap suara Kaklong best. Hahaha.. Kembang do kene puji..
PAdahal semua orang pun dia puji, sekadar bersopan..
Tapi hepi la kene puji, walaupun tau takde la betul sangat cakap dia tu. Hahaha..

Kemudian dia minta Kaklong pegi kat akaun NadaSwara dan pegi nyanyi lagu2 yang disediakan..
Motif?
Ntah.. Hahaha...
Jangan-jangan dia halau Kaklong kot..

Sekadar untuk bersopan juga, Kaklong ushar lagu-lagu NadaSwara tu, nak nyanyi satu tapi semua lagu nada tinggi...
Ada lagu lagu Indonesia yang Kaklong tak tau nyanyi..
Abaikan je la...

Keesokan harinya, NadaSwara tu pm dan minta Kaklong nyanyi satu lagu dia..
Aik, konspirasi apakah ini..
Last2 nyanyi je la lagu Ziana Zain sebab satu tu je tau..
Tapi tak sedap giler.. Hahahha...
Sekadar memenuhi pelawaan dia je..

Petang tu, dia pm lagi dan ajak Kaklong masuk group..
Group ni dorang buka untuk support ahli-ahli group.
Jadi kita saling berduet, like dan share hasil nyanyian masing-masing..
Seronok la sikit, takde la rasa keseorangan sangat..

Kaklong pun join je..
Lepas join dorang bawa masuk ke group chat; dan baru tau semua ahli group tu Indonesian..
Ada juga beberapa orang yang fasih bahasa Melayu..
Pening juga baca dorang punya chat, nak join bersembang pun tak reti.. Haha..
Baca je la..
Sekali sekala je bagi salam dan tanya khabar, pastu jadi silent reader..
Sebab tak faham dorang borak pasal apa..

Tapi seronok, dorang baik-baik dan banyak ajar Kaklong bahasa Indonesia..
Ada juga kene tipu, tapi datang yang lain betulkan penipuan tu..
Gelak guling2 ngn dorang ni.. COmel sangat..

Puas juga cari orang Malaysia kat SMULE tapi tak ramai la..
Mungkin belom jumpa lagi..

Setakat entry ni ditulis Kaklong dah nyanyi 83 buah lagu..
Sambil-sambil buat keje, dengar lagu suara sendiri.. Hahaha..

Korang ada smule tak?
Kalo ada letak id kat komen ek. Kaklong nak follow.

Tak pon, follow je Kaklong, nanti Kaklong follow balik.
id smule Kaklong : NS_Kaklongchan

Bye