Hai..
Macam mana, dah start
Menguruskan Kewangan Bisnes Kecik korang dengan menggunakan teknik yang KakLong kongsikan haritu?
Owh, belom ek..
Nah, baca kat
SINI
Kali ni nak share
5 Tips Murah Rezeki versi senang giler..
Designed by Freepik
Ini adalah pengalaman Kaklong sendiri tau.
Sebelum kongsikan tips ni Kaklong nak ingatkan, rezeki tu bukan hanya wang..
Kelapangan masa, persaaan bahagia, kesihatan yang berpanjangan, perjalanan hidup yang dipermudahkan, tempat keje dekat dengan rumah, kedai makan murah dekat dengan tempat keje, bos baik, kereta yang tak pernah buat hal, itu semua adalah rezeki..
Itu pasal ada orang yang pendapatan kecil je, tapi barang2 dia tak pernah rosak, tak pernah jatuh sakit, tempat keje punya la dekat sampai jalan kaki pun sampai, pastu tengahari balik rumah makan masakan isteri, rumah mak ayah pun dalam 1km je dari rumah sendiri, rumah pak mak mertua pun dalam 2km je. Takde masalah nak keluarkan banyak wang untuk balik kampung, Setiap minggu balik kampung makan air tangan ibu..
Itu semua rezeki cuma kita kadang2 tak nampak..
Okay la, tips murah rezeki yang pertama:
Solat Sunat Fajar
Bangun sebelum Subuh dan jangan tidur dah lepas tu.
Kalau nak tidur sangat, tunggu pukul 11pagi.
Sebab time tu rezeki masuk..
RUgi la kalo kita tengah tidur pula..
Alang-alang dah solat Subuh, buat je solat sunat fajar.
Solat ni senang je, lagpun kita dah mandi dan berwangi2 kan..
Rasa macam sikit sangat je Solat Subuh 2 rakaat..
Tambah lagi 2 rakaat baru rasa berbaloi sikit dengan persiapan pagi tu..
Kaklong dah try buat, pastu susah nak tinggal..
Setiap kali nak Subuh mesti teringat nak buat dia..
Paling best automatik je niat tu datang..
Lagipun
Nabi Muhammad SAW bersabda solat sunat Subuh ni adalah lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.
Sejak buat solat ni, Kaklong rasa rezeki tak putus..
Walaupun ada waktu macam malas-malas (Kaklong ni jenis moody. Buat keje ikot mood je), rezeki tak masuk ikot mood tau. Flow dia cantek je..
Korang try la..
Solat Dhuha
Solat ni Kaklong jarang buat.
Ustaz kata solat Dhuha ni susah nak buat walaupun senang.
KAklong faham sangat maksud dia sebab rasa payah betul nak buat..
Kepayahan yg utama ialah sebab tak ingat nak buat..
Bila ingat je, "jap lagi la nak makan dulu", pastu lupa.
Ramai orang bagitau solat dhuha ni untuk tarik rezeki.
Dan ramai yang buat dengan niat untuk dapat banyak duit.
Walaupun begitu sebaik-baiknya korang jaga niat tu.
Solat Dhuha ni buat sebelom korang start bekerja.
Ya, Kaklong tau lafaz niat tu "kerana Allah Taala"
Cuma dalam hati yang dalam tu niat lebih kurang macam ni,
"Aku nak start bekerja ni. Ya Allah permudahkan urusan kerja aku harini dan berikan la keberkatan dalam rezeki yang aku dapat harini"
Kita minta semuanya berjalan lancar dan berkat..
Nanti kalo nak curi tulang pun rasa cam tak mau la..
Orang nak sogok2 pun hati kata tak mau la..
Camtu..
Sebab kita minta Allah jaga, Allah pun jaga kita luar dalam..
Solat Awal Waktu
Yang ni pun susah juga sebenarnya..
Susah kalo tak biasa..
Kaklong pun jenis yang macam "jap lagi la, nak siapkan sikit je lagi ni."
Pastu, dah lambat baru buat.
Sabar je la..
Hikmah solat awal waktu yang Kaklong rasakan sendiri ialah:
Masa jadi panjang.
Dah banyak dah keje Kaklong settle, tengok-tengok, aik, baru pukul 3petang?
Biar betul.
Pastu mula la garu-garu kepala dok pikir nak buat keje apa lagi ni sementara nak pi Poslaju pukul 4.
Refresh.
Tengah-tengah pulun buat keje dan serabut kepala otak, kita pun stop.
Amik wuduk pastu solat.
Lepas siap solat sambung keje.
Rasa macam orang baru, segar je
Yang serabut-serabut tadi tu dah hilang dan fikiran jadi lebih jelas.
Kaklong selalu tangguhkan waktu solat sebab nak settlekan keje dulu.
Pertengahan dan akhir waktu baru la nak solat.
Kalo tak settle karang solat tak khusyuk pula (time tu pikir macam tu la)
Rupa-rupanya bukan..
Solat ni akan buat kita reset semula
Ataupun macam servis badan kita supaya masuk ke mode optima.
BAru senang nak buat keje, sebab dan tenang waktu solat tadi..
Dan satu lagi perkongsian dari kawan Kaklong.
Katanya ada satu waktu tu dia keje satu group dengan pakcik ni.
Pakcik ni bila masuk waktu je terus ajak semua orang solat, tak delay-delay.
Yang lain2 tu ikot je la..
Perbezaan yang dia rasai ialah, dia tak menangguh keje..
Semua keje yang dia dapat terus dia buat sampai siap, takde rasa nak bertangguh..
Dia pun tak perasan perubahan ni..
Dia mula perasan apabila pakcik tu dah tukar depatment lain dan keje dia jadi bertangguh semula (sebab solat lewat)
Korang ada experience macma ni tak..
Pasti ada tertanya-tanya apa kaitan ini semua dengan rezeki.
Kelapangan waktu dan fikiran yang jelas pun adalah rezeki.
Ada beberapa kali (banyak kali juga sebenarnya), masa pada hari tersebut rasa begitu singkat dan banyak keje,. Oleh itu delay dulu solat tu dan bila keje dah settle baru la solat (pukul 3,30ptg)
Akibatnya semua keje jadi rushing dan ada order yang dah packed tapi tak cukup.
Pastu kene la pos balik barang yang tak cukup tu..
Poslaju sepaket RM6 tu..
Ada satu minggu tu disebabkan banyak sangat order ada 8 order tak cukup barang..
Tak cukup sebab tak perasan dia tulis 2pek, Kaklong gi masukkan 1 je.
Jadi RM6x 8brg tak ke jumlahnya RM48?
RM48 buang gitu je..
Walaupun rezeki banyak masuk, tapi banyak juga yang keluar.
Hohoho..
Bezanya, bila solat pukul 1.30tghari, semuanya jadi lancar..
Walaupun banyak order tapi relax je buat satu2 dan siap on time..
Rasa macam miracle pula..
Salah satu cara nak solat awal waktu ialah, bila dengan je azan terus stop keje gi amik wuduk.
Jangan fikir!
Kalo fikir nak solat ke, nak sambung keje; memang tak jadi.
Anggap azan tu ialah Allah panggil kita jumpa Dia...(memang pun sebenarnya).
Takkan la kita nak cakap, "Ala, kejap la. Orang nak siapkan keje ni, Penting ni tau. Jap jap lagi pun bole."
MAcam biadap je kan..
Tak mau tak mau..
Tak mau biadap.
Allah panggil, kita terus hadir.
Kita bagi Allah bangga dapat hamba macma kita.
In shaa Allah dapat syurga tu..
Pastu pasang app waktu azan kat phone..
In shaa Allah azan akan sentiasa kedengaran pada waktunya..
Takde dah alasan,"alamak, dah masuk ke? Tak perasan pula."
Beri duit belanja kepada mak ayah
Berbakti kepada orang tua. Yang duk jauh macam Kaklong ni, cuma tu je mampu bagi..
Adik Kaklong bakti dorang ialah bawa ibu ayah gi mana2 dorang nak pi,.
Yang sorang lagi bakti dia ialah buat keje-keje rumah dan berbual-bual manja dengan ibu (terutama sekali Ucu tu)
Orang tua kita ni bukan nak duit sangat, dorang cuma nak kita ada depan mata..
Pastu layan2 dorang borak ke, shopping ke, camtu..
Tapi itu kemampuan Kaklong tak mampu nak beri..
Kebahagiaan orang tua ni penting tau, terutama sekali ibu..
Kalo dia bahagia dengan kita, in shaa Allah hidup kita ni Allah permudahkan..
KAlo tak mampu bagi banyak, bagi la sikit...
Tak pun sesekali balik kampung tengok barang dapur apa yang tak cukup, pi beli stok untuk sebulan..
Sedekah
Sedekah ni ialah cara untuk menjemput rezeki tau..
Cara nak sedekah ni mudah je..
Salah satunya ialah,
3 pelanggan pertama datang beli pada hari tu, korang bagi percuma.
Kalo berkenaan la. Contohnya gerai goreng pisang ke, nasi lemak ke camtu..
Kalo jual jubah , rasanya tak sesuai pula guna teknik ni.
Kedua,
sedekah kat orang gila..
Orang kusut masai tu tak semestinya gila tau.
Lagipun orang gila tak datang minta RM2. RM5 camtu..
Pstu konfiden je datang minta jalan pun tak lurus je..
Dorang cuma datang merepek-repek pastu minta makanan.
Beri je..
Ketiga,
sedekah kat orang susah..
Kita tau dia susah, kita sedekah..
Terutama yang duk di sekitar rumah atau
ibu tunggal atau anak yatim..
Ibu tunggal ni susah juga tau..
Mungkin dia nampak pakai cantik2 la, ceria2 la..
Sebenarnya mereka perlu berpakaian cantek dan ceria sebab nak cari rezeki.
Tapi kalo dia dah duduk banglo tu, tak perlu la nak bersedekah pula..
Keempat, ni cara Kaklong la ni..
Buat
auto-transfer setiap bulan kepada badan kebajikan..
Rumah anak yatim ke, sekolah tahfiz ke, syria dan palestin ke macam tu..
Sikit pun takpe, asalkan berterusan..
LAgi best kita tak sedar pun kita dah sedekah pada bulan tu..
Kelima,
sedekah kepada saudara mara..
Terutama adik2 time dorang susah..
Adik beradik ni kalo susah tak bagitau..
Dorang hadap je.
Kita sebagai kakak/adik kene alert juga.
Biasanya nampak gaya macma susah hati camtu kan..
Kalo yang ada anak tu, selit je bawah bantal anak ke, atau bagi anak tu cakap, "ni ya buat makan2."
Beri kat adik maybe dia tak mau, kita bagi kat anak dia..
Keenam,
sedekah makanan kat haiwan..
Simpan biskut kucing dalam paket kecik kecik dalam beg dan bagi bila nampak dorang macam lapar minta makanan..
Ketujuh,
sedekah kat sapa2 kita rasa nak bagi.
Kat orang jual sayur tepi kaki lima ke, kat orang yang nampak cam tak laku je barang dia...
Beli dengan niat sedekah..
Sekurang-kurangnya orang tu tak minta sedekah.
Dia usaha berniaga..
Balasan tu nanti Allah akan beri..
Itu la 5 tipsmurah rezeki..
Ada banyak lagi sebenarnya..
Buat yang 5 ni saja pun dah bole melimpah ruah rezeki in shaa Allah..
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Bye